Bab 41

50 8 0
                                    


"Elena."

"Kenapa kau tak tolong dia masa tu?" Elena mengulang pertanyaannya. Aryan menyalahkan mereka atas kematian Athelia. Macam mana pula dengan dirinya? Dia sendiri pun tidak membantu gadis itu semasa dia dibuli. Aryan hanya mendiamkan diri sahaja.

"Kau tak tolong dia sebab kau sibuk nak tutup jenayah kau sendiri."

"Maksud kau?" tanya Caden. Apa yang dia tidak tahu lagi tentang kes dahulu.

"Kau yang bunuh kawan kau sendiri Aryan. Kau masukkan racun masa Keith tengah koma dulu!" jerkah Elena. Dia telah mendapatkan maklumat rahsia daripada Roy. Bagaimana dia boleh mendapatkan maklumat yang disembunyikan oleh Zarif itu biarlah rahsia. Aryan mula tertawa mendengarkan kenyataan yang keluar dari mulut Elena.

"Ya! Aku yang buat semua tu! Kau tahu kenapa?" jeda Aryan.

"Sebab dia sibuk sangat berkepit dengan Athelia! Aku suka Athelia tapi dia tak nampak! Yang dia nampak cuma Keith sahaja! Jadi, kalau Keith tak ada mungkin dia akan pandang aku seorang tapi dia tetap nak ingat tentang orang yang dah mati tu!" tempik Aryan. Kecemburuan menguasai dirinya dahulu sehingga dia melakukan pembunuhan. Membunuh kawan sendiri dengan cara yang halus.

"Kau gila!" marah Ken. Abangnya mati dibunuh oleh kawan abangnya sendiri. Terus fikirannya teringat kepada Ayyan. Saat dia menoleh ke belakang, dia melihat Ayyan yang tergamam mendengar kata-kata abangnya.

"Memang aku gila! Gilakan dia sampai sanggup buat apa sahaja untuk dia sukakan dekat aku tapi dia tolak aku!"

"Jadi, arwah Zarif?" Aryan berdecit sebal.

"Kalau jantan tu tak cuba-cuba untuk bongkarkan rahsia aku, mungkin dia hidup lagi. Tapi, takkanlah aku nak lepaskan dia semudah tu sahaja kan? Aku buat semua ni untuk arwah Athelia."

"Kau yang bunuh dia." kata Zafril. Mereka terkejut mendengar kenyataan itu.

"Kau sendiri yang buat dia bunuh diri. Kau upah Ciel untuk buat benda tak senonoh dekat dia sebab kau nak dia rasa terseksa sebab tak pilih kau, betul tak?" Zafril yang sedang duduk itu mendongak memandang ke arah Aryan yang turut terpaku mendengar kata-katanya.

"Tak, aku tak bu..." Zafril menekan sebuah alat rakaman yang dia telah dapatkan dari bilik muzik tadi.

Bergema suara Aryan dan juga suara seseorang. Suara Athelia. Caden menggenggam erat buku limanya mendengar segala perbualan itu. Tak! Itu bukan perbualan melainkan penyeksaan yang dilakukan oleh Aryan kepada arwah Athelia.

"Bangsat!"

"Kau yang bunuh dia sendiri! Lepastu, kau salahkan kitorang. Kau memang tak guna!" Aryan menutup telinganya. Tak, dia tak buat semua itu. Tipu! Dia menarik kasar Zafril untuk bangun dan bertindak menikam bahagian tangan Zafril yang memegang alat rakaman tersebut.

"Argh!"

"Abang, stop it!" jerit Ayyan. Dia tak sanggup mendengar lagi. Tak sangka, abang dia sayang selama ini telah memusnahkan kehidupan orang lain. Aryan menatap kosong ke arah Ayyan.

"Kemalangan Adelia dulu pun kerja kau kan?"

"Ya! Semua itu kerja aku! Tapi aku tak buat semua tu seorang diri." katanya mendatar. Ken berkerut dahi. Apa maksud Aryan? Elena menarik nafasnya sebelum menuturkan nama seseorang.

"Cassandra."

***

"Kenapa?" Cassandra hanya tersenyum kecil sebelum senyumannya mati.

"Abang aku. Diorang bunuh dia. Salahkah aku nak balas balik perbuatan diorang?" Datar sahaja suaranya.

"Kau dah diperalatkan."

"No! Dia janji nak tolong aku balas dendam, jadi aku tolong dia. Kitorang berdendam dekat orang yang sama tapi tujuan sahaja yang berlainan."

"Kau tahu alasan kenapa Ciel kena bunuh dengan Zarif?" Cassandra terdiam. Sejujurnya, dia tak tahu alasannya. Namun, yang dia pasti, dia perlu membalas dendam atas kematian Ciel.

"He raped someone until that girl committed suicide. Adik aku. Adik kawan baik kau sendiri." Cassandra menoleh ke arah Adriez yang tenang sahaja di situ. Adriez yang melihat reaksi Cassandra tahu bahawa gadis itu tidak mengetahui apa yang terjadi.

"Kau tahu siapa yang upah dia buat macam tu? Orang yang kau tolong selama ini. Senang cerita, kau sendiri yang bantu orang yang buat abang kau mati. So, who should be blame for this?" kata Adriez.

"Tak! Kau tipu, kan?" Adriez menggelengkan kepalanya.

"Kau dah jadi rakan subahat pembunuh. Pengkhianat dan penipu juga. Jadi, aku minta maaf."

Beberapa orang pegawai polis menerpa ke arah mereka. Cassandra cuba melarikan diri namun lengannya ditarik kuat oleh Adriez.

"You have to pay for everything that you did, Cassandra. Everything. You commited a lot sin, kau kena sedar tentang tu." Pegawai polis yang tiba itu menggari tangan Cassandra dan menarik gadis untuk pergi dari situ. Adriez memandang pemergian Cassandra dengan pandangan yang kosong. Dia mendail nombor seseorang.

"Make sure that everything will be fair in the court." Dia akan pastikan semua yang terlibat mendapat balasan yang setimpal.

HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE] Where stories live. Discover now