Tangannya bergerak menampal petunjuk pada papan yang berwarna hitam itu. Zafril memandang beberapa petunjuk yang dia ada sekarang.Sangat sedikit. Tak sempat dia nak meminta Ayyan ceritakan tentang kejadian tadi. Wajah gadis tadi kembali menjengah ke dalam fikirannya. Entah kenapa dia merasakan kalau gadis itu mengenali dirinya. Zafril ingin meminta Ayyan menceritakan semua perkara tentang sekolah itu esok supaya dia dapat memperoleh beberapa maklumat lagi.
Badan direbahkan ke atas katil untuk tidur. Harapnya dia akan ada waktu terluang esok untuk datang ke bilik muzik tempat arwah abangnya meninggal. Firasatnya kuat mengatakan bahawa masih ada bukti yang tertinggal di situ. Mata dipejamkan dan akhirnya dia berlayar ke dalam alam mimpi.
***
"That is his brother, am I right?" Tanya King.
"Yes." Queen mengesahkan perkara tersebut. Tangannya ligat bermain dengan poker kad itu. Dia melihat kad yang baru sahaja diletakkan oleh King.
"Jadi, macam mana ni? Kau nak uruskan dia ?" Tanya King. Queen meletakkan kad poker miliknya. Sudah menjadi kebiasaan mereka bermain kad sambil berbincang.
"Chill, dia datang sini pun mesti sebab nak tahu kenapa atau macam mana abang dia mati." Joker mengutarakan pendapatnya. Mereka berada di sebuah bilik yang hanya diterangi sebuah mentol lampu. Segala maklumat yang ada ditampal pada papan kenyataan bersama benang merah. Gambar Zafril ditampal dan dibulatkan dengan markah merah.
"Pastikan dia tak masuk campur. Kalau tak, nanti menyusahkan sahaja."
"But it's more fun to play with him. Don't you think so?" Joker meletakkan kadnya dia atas meja. Senyuman menghiasi wajahnya. Kemenangan miliknya hari ini!
"Let him do whatever he wants. Just watching him from the far." Queen menyusun kadnya dia atas meja. Sempurna. Joker mengeluh dan King hanya mendiamkan sahaja. Selalu begini. Hanya ada dua orang sahaja yang susah dikalahkan iaitu Queen dan Ace ketika bermain kad ini. Peraturan mereka ialah yang kalah wajib mendengar arahan orang yang menang.
'Let's see what you want to do.'
***
Zafril menunggang motosikal ke sekolah. Dia dapat melihat ramai pelajar dihantar oleh ibubapa mereka. Perasaan cemburu terbit di hatinya. Dia memakirkan motosikalnya dan membuka helmet.
Dia menoleh ke sebelah saat merasakan bahawa ada seseorang sedang memarkirkan motornya. Helmet dibuka dan beg galas dibawa turun. Zafril agak terkejut apabila melihat pelajar perempuan semalama ada di sebelahnya.
"Hai?" Sapanya dengan tersenyum. Dia sangka gadis itu akan membalasnya namun disebaliknya. Gadis itu hanya menghiraukan Zafril dan bergerak menuju ke kelas.
'Sombong siak.'
Dia juga turun dan bergerak ke koridor kelas untuk pergi ke loker penyimpan untuk mengambil beberapa buku. Ayyan yang telah datang menghampiri dan menyapa Zafril.
"Yow....moody nampak." usik Ayyan.
"Tak adalah Yan. Aku mengantuk je." Padahal dalam hati telah menyumpah seranah perempuan tadi. Panas pula hatinya. Kita dah tegur dia, balaslah balik. Ini tidak!
***
Kelas dimulakan dengan subjek sejarah. Sudah pasti kebanyakkan pelajar akan berasa mengantuk apabila berada di dalam kelas subjek ini. Ditambah pula dengan cuaca yang sejuk. Kalau tidur ni, fuh...mesti lena. Pandangan dilemparkan keluar untuk melihat para pelajar yang sedang bersukan di padang.
Sedang ralit dia melihat, tiba-tiba bulu romanya naik. Terus dia memandang ke hadapan. Alamak! Malang tidak berbau. Puan Nora sudah berada di hadapannya. Dia merenung tajam ke arah Zafril. Pemadam papan putih dilontarkan kepadanya namun terkena pada Ayyan yang sedang nyenyak tidur. Al kisahnya hari ini, dia didenda untuk berdiri diatas kerusi di luar kelas bersama Ayyan. Itu pun Ayyan masih mahu lagi melelapkan mata.
"Ayyan, kau tak cerita lagi pasal semalam." Segar bugar pula mata Ayyan ketika itu. Ayyan melihat sekitarnya terlebih dahulu sebelum membisikkan sesuatu kepada Zafril.
"Yang semalam kau nampak tu semua pelajar yang ada ibu bapa yang berpengaruh dekat sekolah ni."
"Maksud kau?"
"Macam mana nak cakap eh? Kalau kau nak kekal dekat sekolah ni, sama ada kau kaya atau pandai. Sekolah ni ada tiga golongan. Satu, orang kaya dan dua, golongan bijak pandai. "
"Yang ketiga tu?"
"Orang yang masuk sini sebab dapat biasiswa dan tak pandai."
"Kalau masuk golongan ketiga tu ?"
"Jangan harap kau dapat hidup aman dekat sini. Lagi- lagi kalau kau tak pandai dan orang susah memang habis kau kena jadi punching bag semua bagai." Zafril tercengang mendengar hal tersebut. Sekolah apa macam ni?
"Kau berpengaruh, kau selamat."
"Tak ada orang ke yang mengadu tentang hal ni?"
"Kalau kau nak mampus awal, silalah pergi lapor. Tapi aku cakap, memang budaya sekolah ni macam ni. Nak ubah macam mana pun tak boleh."
" Kau pernah dengar Hidden Card?" Tanya Ayyan.
"Apa benda pula tu?"
"Organisasi rahsia pelajar. Semua golongan akan cuba untuk masuk organisasi ni. Tahu kenapa?"
"Untuk berkuasa dekat sini?"
"Pandai pun kau ni." Zafril terdiam mendengar semua yang diperkatakan oleh Ayyan. Siapa sangka sekolah yang arwah abangnya masuki ini merupakan neraka dunia bagi golongan orang yang susah. Kenapa budaya mereka begini?
***
Ken mendekati dua orang rakannya yang sedang berada di perpustakaan. Khusyuk betul buat kerja sampai tak sedar dia datang.
"Huii, buat apa tu?" Ayyan dan Zafril mengangkat kepala melihat Ken yang duduk di situ.
"Kau tak buta kan? Nampak tak kerja bertimbun ni?" Geram pula dia tengok Ken ni. Dahlah tak masuk kelas.
"Memang tak buta tapi nak dengar suara kau. Takut bisu pulak." Sindir Ken sambil tergelak. Zafril turut tergelak apabila mendengar balasan Ken.
Ken mengeluarkan bukunya lalu melakukan tugasan yang sama seperti mereka. Zafril merasakan ada seseorang yang memerhatikan mereka dari salah satu rak buku itu. Dia memandang lama pada arah rak buku tersebut.
"Kau tenung rak buku tu kenapa?Tunggu benda tu bergerak?" tegur Ken.
"Ada orang ke dekat situ?" Ayyan menyoal Zafril apabila kawannya ni ralit betul tenung bahagian rak buku tu.
"Macam." Zafril bangun untuk mendekati rak buku tersebut namun hampa apabila dia melihat hanya kemunculan seekor kucing sahaja disitu. Kucing? Macam pelik.
Dia mengangkat kucing tersebut dan diletakkan diluar. Zafril duduk semula dan menyambung pekerjaannya yang tertangguh itu. Tanpa dia sedar,memang ada yang memerhati tindak-tanduknya.
YOU ARE READING
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Mystère / ThrillerCover by: yyouraphrodite HIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belajar di sini bukan calang-calang orang. S...