"You failed to keep him alive." Queen memandang ahlinya yang diarahkan untuk melindungi saksi terakhir. Dia sedikit kesal dengan kematian pelajar itu. Orang itu hanya menundukkan wajahnya, tidak berani bertentang mata dengan tiga orang ketua dihadapan."Dahlah, benda dah jadi. Kau pun tak boleh putarkan waktu." Joker cuba untuk menjernihkan suasana. Dia menyuruh ahli tadi itu untuk keluar.
"Senang kau cakap, sekarang kita ada masalah besar. Saksi dah tak ada, si budak Zafril tu dah kena tahan sebab dia dah jadi suspek pembunuhan. Kau rasa? "
"King, arahkan ahli kau untuk pantau kes tu. Kalau boleh, pastikan si Zafril tu keluar awal." Queen berkata kepada King sebelum melangkah keluar. Dia betul-betul kesal kerana mereka lambat selangkah ke hadapan.
Joker dan King mula untuk menggunakan pengaruh masing-masing untuk mempercepatkan proses kes itu disiasat. Mereka tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama dulu.
***
Zafril membuka matanya. Dia melihat sekelilingnya yang agak berbeza, tidak pernah dia datang sini. Oh lupa pula. Dia dah ditahan pagi tadi. Sejuk betul sel tahanan ni.
'Bila aku boleh keluar ni.' bisik hatinya.
Dia memandang orang tua yang disebelahnya. Kelihatannya sedang khusyuk beribadah. Selepas itu, pak cik itu duduk di hadapan dengannya. Zafril meminta sejadah yang digunakan pak cik itu supaya dia dapat menunaikan solat. Dia memohon kepada Allah SWT untuk membantu dirinya yang sedang dalam kesusahan. Selesai solat, dia memberikan sejadah itu semula kepada pak cik tadi.
"Anak ni nama apa?"
"Zafril, pakcik."
"Zafril....muka kamu sama macam seorang budak ni. Nama dia Zarif tak silap pak cik." Zafril yang mendengar nama Zarif disebut itu segera mendekati pak cik tersebut.
"Dia pernah datang sini ke?" Tanya Zafril.
"Pernah. Masa tu tak silap pak cik umur dia baru 15 tahun. Muda lagi." Zafril yang mendengar hal itu terkejut kerana tidak menyangka abangnya pernah masuk ke sini.
"Dia pendiam sikit. Tapi ramah je bila pak cik ajak berbual. Sama macam kamu. Abang kamu ke?" Tanya pak cik itu.
"Ye, Zarif tu abang saya." Sebelum pak cik itu hendak berbicara lagi, pintu sel dibuka. Zafril dipanggil ke bilik siasatan untuk disoal siasat.
***
"Kau tolonglah aku, Adel." rayu Ken. Bunyi kuat daripada kenderaan yang melalui jalan raya menyebabkan dia kena menjerit sedikit. Adelia yang sedang berjalan dengan Cassandra hanya menghiraukan permintaan Ken.
" Kau tak kasihan ke dekat dia?" Langkah Adelia terhenti. Dia berpaling.
"Polis kan ada. Biarlah diorang buat kerja."
" Polis makan rasuah." bidas Ken. Adelia terdiam. Dia tahu, itulah hakikat dunia mereka yang sebenar. Duit ada, semua benda jalan. Kalau tidak, jangan haraplah. Cassandra menggoyangkan tangan Adelia sambil membuat isyarat untuk membantu Ken.
Dia mengeluh. Telefonnya yang berdering diangkat. Seketika dia mendiamkan diri mendengar si pemanggil bercakap. Dia menjeling ke arah Ken. Adelia berjalan menjauhi mereka untuk menjawab soalan si pemanggil.
"Hm okay." Kemudian, dia melangkah semula ke Ken dan Cassandra yang tetap berdiri disitu.
"Esok dia keluar." Ken yang mendengar ucapan Adelia agak gembira. Cassandra juga tumpang gembira dengan hal tersebut. Dia pasti Zafril bukan pembunuh sebenar. Adelia menaip mesej kepada seseorang.
'THANKS!' - ADELIA
Dia menutup telefonnya. Dia kembali berjalan bersama Cassandra dan Ken untuk pergi ke litar perlumbaan.
***
Macam nak mati dia dikerjakan. Ini bukan soal siasat, ini soal hukuman!! Dia mengelap bibirnya yang berdarah ditumbuk oleh pegawai polis yang memandangnya sinis.
"Baik kau mengaku."
"Aku tak buatlah! Dasar polis makan gaji buta!!" jerkah Zafril. Dia cuba untuk bangun namun pegawai polis itu meminta anak buahnya untuk memukul Zafril. Dia menahan kesakitan yang dirasai sebelum seseorang menghalang tindakan mereka. Pegawai polis itu bukan menyoalnya sebaliknya memukul dirinya untuk memaksanya membuat pengakuan secara paksaan.
"Apa yang korang buat ni!!" Dengan wajah yang bengis ketua balai polis itu memandang ke arah mereka semua. Terkulat- kulat mereka untuk menjawab pertanyaan ketua polis itu. Dia tidak menjangka Ketua pegawai polis daerah turut berada di situ.
"Dii...a tak nak mengaku tuan." Kata pegawai polis tersebut.
"Kau ada bukti dia yang buat?" Terdiam mereka semua. Matilah mereka.
"Kamu ingat negara kita ni tak undang-undang ke ?!!" Habis satu balai itu bergegar dengan suara Tuan Inspektor Mohd Fauzi.
"Tak ada bukti langsung yang tunjukkan dia yang bunuh pelajar tu. Hasil bedah siasat mayat pelajar tadi pun tiada langsung cap jarinya. Apa kamu semua buat ni?" Berkerut-kerut dahi Inspektor Hasyim ketika itu sambil memandang anak buahnya yang membuat onar.
'Undang-undang konon.' Zafril menyumpah seranah di dalam hatinya. Kalau ada undang-undang, mana mungkin abangnya disalahsangka membunuh diri. Mana mungkin pelajar sekolahnya yang lemah terus-terusan dibuli.
"Tim, bawa dia ke sel semula. Esok dia akan dibebaskan dengan ikat jamin." arah Inspektor Hasyim. Dengan badan yang penuh kesakitan, dia bangun dan berlalu pergi.
"Ta...pi.. tuan.." Belum sempat membantah, Tuan Inspektor Mohd Fauzi telah menghempas sebuah sampul ke atas mejanya. Terbeliak matanya melihat isi kandungan tersebut.
"Tuan..."
"Kau boleh kemas barang kau dan berambus. Aku tak perlukan pegawai yang makan gaji buta dan tak buat kerja betul-betul."
Padan muka kena pecat!!
'Power can make you gain everything. But if only in the right hand, it will useful to everyone.'
![](https://img.wattpad.com/cover/370007856-288-k547803.jpg)
YOU ARE READING
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Mistério / SuspenseCover by: yyouraphrodite HIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belajar di sini bukan calang-calang orang. S...