Mata dikesat berkali-kali untuk menghilangkan rasa mengantuk. Dia melihat sekeliling. Dah terang. Sebaik sahaja mereka selesai solat subuh tadi, mereka kembali semula ke alam mimpi. Cuti hujung minggu harus dimanfaatkan.Ayyan disebelahnya masih lagi tidur nyenyak. Ken? Hilang. Mungkin dia pergi beli sarapan atau berjoging. Dia bangun dari tilam dan duduk di sofa. Tangannya mencapai televisyen.
Pelbagai siaran mula dilihatnya. Zafril masih lagi sibuk menekan remote tv itu. Dah macam rumahnya sendiri. Terjangkit dengan perangai Ken yang selamba sahaja. Pintu rumah yang dibuka itu membuatkan dia menoleh. Adelia yang baru sahaja selesai berjoging melangkah masuk ke dalam.
Dia melihat Zafril yang turut memandang ke arahnya.
"Apa?" Soalan itu hanya dibiarkan begitu sahaja.
"Ken mana?"
"Mana aku tahu." katanya sambil naik ke atas. Nak segarkan badan dulu. Zafril melihat berita tergempar yang tiba-tiba sahaja muncul di televisyen.
"Seorang pelajar lelaki ditemui lemas di dalam kolam di sebuah sekolah. Mangsa ditemukan oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan di sekitar kolam renang itu. Mangsa bernama Darwin Farid, anak kepada pemilik syarikat F&Y Corporation. Mangsa dipercayai tergelincir dan tidak dapat berenang untuk menyelamatkan diri." Tergamam Zafril mendengar berita tersebut. Adelia yang sempat mendengar berita itu yang memikirkan sesuatu.
"Eh itu bukan Darwin ke?" Terkejut Zafril mendengar suara Ayyan di sebelahnya. Jejaka itu sedang ralit memerhatikan siaran televisyen. Entah bila dia bangun pun Zafril kurang pasti.
"Innalillahiwainnalillahirajiun." ucap Zafril dan Ayyan. Baru sahaja beberapa hari yang lepas arwah bertumbuk dengannya. Tapi hairan, bagaimana Darwin boleh lemas sedangkan dia tahu berenang?
Mereka berdua dikejutkan dengan kehadiran seseorang. Lelaki. Dia berjalan menghampiri mereka dan menghulurkan tangan untuk berjabat. Lambat- lambat, Zafril menjabat tangan tersebut.
"Kawan Lia?"
"Ha?" Tercengang mereka mendengar nama itu.
Lia? Anak siapa pula tu?
"Adelia, budak." Lambat pula otak budak-budak di hadapannya ini berfikir. Dia melihat hanya ada mereka berdua sahaja. Dia mencari-cari kelibat Ken. Selalunya Ken yang ada di sini.
"Abang." Adriez memandang ke arah Adelia yang baru sahaja turun. Dia mendekati adiknya dan memeluknya. Zafril dan Ayyan masih lagi terkejut. Bukan disebabkan berita tadi tapi kehadiran seseorang yang tidak disangka mereka. Abang Adelia?!
****
"Kau gila!?" kata Queen. Ken masih lagi tenang memandang ke arah Queen. Dia baru sahaja mengemukakan cadangannya sebentar tadi dan seperti yang dia jangka, Queen akan menolak cadangan tersebut.
"Cadangan kau ni tak masuk akal, tahu tak!" Queen menghempaskan punggungnya ke atas kerusi.
"Yang mana satu cadangan aku yang kau tak setuju, lantik Zafril jadi Ace atau tukar ahli? Which one?"
"Kau tak fikir ke risiko, Joker? Kalau Zafril tolak tawaran kau, dia berkemungkinan besar akan bagitahu tentang organisasi ni dekat orang lain. Paling teruk, terus ke pihak berkuasa! Lagipun, dia belum tahu apa-apa pun tentang Hidden Card ni."
"Well, sebenarnya dia dah tahu pasal Hidden Card." Queen mengerutkan dahinya saat dia mendengar penyataan yang baru sahaja keluar dari mulut Ken.
"Maksud kau?"
"Diari Zarif. Maklumat Hidden Card yang selama ni dia simpan. Rekod kes, logo, dan carta organisasi ni. Zafril dah jumpa dan dah tahu segalanya. Cuma dia belum tahu identiti ahli Hidden Card dan persoalannya sekarang, dia syak kita yang bunuh arwah Zarif." Penjelasan Ken membuatkan Queen terkejut. Baginya, itu merupakan masalah besar untuk mereka.
"Kau nampak tak tu? Dah ada masalah!" bentak Queen.
"Sebab dia tak tahu abang dia siapa lagi! Kalau dia tahu? Kau rasa macam mana?" kata Ken. Sebuah tab dicampakkan ke atas meja. King yang daripada tadi melihat perbalahan antara Queen dan Joker mula bersuara.
"Aku rasa tak salah pun cadangan Joker tu. Ada baiknya juga." Ken tersenyum kemenangan sambil memandang ke arah Queen yang sedang menahan geram.
"Tapi..." Mati senyuman Ken mendengar perkataan 'tapi' itu.
"He needs to find out who is the leader in the Hidden Card organisation, then I will approve him to be an Ace."
"Seriously? Masa genting macam ni pun kau nak uji dia ke?"
"Kau yakin ke dia mampu?" sampuk Queen. Dia kurang yakin dengan kemampuan Zafril. Walaupun Zafril dan arwah Zarif itu adalah adik beradik, belum tentu sifat mereka serupa.
"Kita tengok dulu sejauh mana kebolehan dia. Kalau dia dapat teka lebih daripada satu identiti ketua di antara kita, maksudnya dia layak." kata King.
"How about the other members?" Tanya Ken. Queen juga turut memandang King. Perlu ke mereka menukar ahli?
"Sky dah tak bagi perlindungan dekat ahli-ahli kita sekarang, jadi kita kena usahakan sesuatu. Tukar. Itu sahaja cara untuk selamatkan diorang semua daripada kena buru dan dibunuh . Lepas tu, Joker tolong hantar diorang ke sekolah-sekolah lain. Make sure they will be safe there. Queen, cari latar belakang pelajar yang berkelayakan untuk jadi ahli baru." Queen hanya menganggukkan sahaja menandakan dia bersetuju, begitu juga dengan Ken.
"Move faster. Pastikan kita selangkah ke hadapan."
The true battle will happen soon.
YOU ARE READING
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Misterio / SuspensoCover by: yyouraphrodite HIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belajar di sini bukan calang-calang orang. S...