Bab 32

46 11 0
                                    


"Apa yang kau cuba buat dekat sana Ken?" tanya Adelia. Adriez telah keluar untuk menyelesaikan sesuatu urusan. Ken meneguk jus oren yang diambilnya daripada peti sejuk.

"Zaf yang ajak datang sana. Dia kata dia nak jumpa Roy, aku bawa jelah."

"Adel, kau tahu arwah Zarif ada simpan barang dengan Roy?" Adelia menggelengkan kepala. Barang? Tak pernah pula arwah Hadi menyebut apa-apa perkara tentang Roy.

"Aku syak arwah Zarif dah tahu siapa yang buru dia. Cuma dia tak nak bagitahu kita. Alasan? Aku tak tahu." kata Ken. Dia dapat rasakan kalau sebenarnya maklumat tentang pembunuh itu ada pada Roy. Masalahnya, kata kunci. Apakah kata kunci yang perlu diberikan?

Tiba-tiba sebuah panggilan masuk. Adelia menjeling nama sang pemanggil sebelum menjawabnya. Ken melihat reaksi Adelia berubah ketika itu. Seakan-akan ada sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku telah terjadi.
Panggilan ditamatkan setelah 3 minit.

"Kau ada cakap apa-apa ke dengan Xiwen masa bergaduh tadi?" tanya Adelia.

"Tak ada. Kenapa?"

"Aku rasa dia dah tahu."

"Siapa?"

"Zafril. Rasanya dia dah tahu siapa Ace dan ... teruk lagi, dia dah tahu siapa Joker." Ken bangkit dari kerusi yang didudukinya. Macam mana Zafril boleh tahu? Wajah bingung Ken ditatap oleh Adelia.

"Queen. Dia kata dia dengar apa yang Xiwen cakap dengan kau dan dia nampak Zafril ada dekat situ juga. His face looks like he is listening something." Ken meraup wajahnya. Mesti dia terdengar perbualan di antara dia dan Xiwen. Zafril bukan manusia dungu yang tidak boleh nak faham apa yang mereka kata.

"Jadi, macam mana sekarang?"

"Kau kena terangkan semua benda dekat Zafril. Semua. Termasuk semua kegiatan Hidden Card dan identiti Ace." Adelia rasa itulah perkara yang sepatutnya mereka lakukan sekarang untuk mengelakkan masalah berlarutan. Kerisauannya sekarang hanyalah satu. Adakah Zafril boleh menerima kebenaran tentang Zarif atau lebih tepat..Ace?

****

Pintu pejabat dibuka secara kasar menyebabkan perbincangan beberapa orang pekerja terhenti. Masing-masing kelu untuk berbicara apabila bertemu empat mata dengan pemilik Syarikat terkemuka, ZeHan Holdings. Dato' Zahid mendekati kerusi duduk berhadapan dengan seseorang.

"I never know that I will a have guest today." kata Puan Cahaya sambil menatap ke arah pembantu peribadinya.

"I'm sorry, miss. I already stopped him but..." Puan Cahaya mengangkat tangannya. Dia meminta agar semua pekerja untuk keluar dan menyambung pekerjaan masing-masing. Fail di tangan diletakkan ke atas meja.

"Kenapa kau datang sini?"

"Saja datang melawat bekas isteri, tak boleh ke?" kata Dato' Zahid dengan sinis. Dia memandang riak wajah Puan Cahaya yang sangat tenang ketika itu. Matanya tertancap pada tag nama di atas meja.

'Cahaya Athirah, Ketua Pendakwa Raya.'

"Straight to the point. Kenapa kau datang hari ni?"

"Take him far from Gaviel High-School." Puan Cahaya tahu siapa yang dimaksudkan oleh Dato' Zahid.

"Why should I?" Dia menyilangkan kakinya. Masing-masing menatap antara satu sama lain. Dia pasti Dato' Zahid mempunyai urusan rahsia disebalik sekolah tersebut. Semasa kes kematian Zarif dua tahun yang lalu, Dato' Zahid nampak seperti terkesan dengan kes tersebut.

Namun, ada sesuatu yang menghairankan Puan Cahaya. Kenapa semasa kes itu ditutup Dato' Zahid tidak membantah? Dia mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar untuk menghalang penutupan kes itu. Dia juga boleh untuk mengupah sesiapa sahaja untuk mencari dalang disebalik kejadian yang malang tersebut. Tetapi Dato' Zahid hanya mendiamkan diri seolah-olah dia telah menerima kenyataan bahawa Zarif mati kerana membunuh diri.

"Hentikan dia atau aku sendiri yang turun padang." ugut Dato' Zahid. Puan Cahaya tertawa sinis mendengar ugutan tersebut.

"Kau berani ke nak kotorkan tangan kau?"

"Ingat Cahaya. Aku boleh buat apa sahaja ...."

"Termasuk cederakan anak sendiri? Kau memang tak sedar diri Zahid. Kau buatlah apa yang kau boleh buat tapi kau kena ingat, Zafril sekarang ada bawah penjagaan aku. Kau sentuh  dia sekali, aku sendiri akan jatuhkan kau." Tajam mata Puan Cahaya menatap iris Dato' Zahid. Keadaan menjadi tegang seketika sehingga Dato' Zahid memilih untuk keluar dari pejabat tersebut.

Interkom ditekan."Rizu, masuk."

"Yes, miss?"

"Hantar orang untuk lindungi Zafril." Rizu menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi. Puan Cahaya membuka laci mejanya dan menarik satu fail keluar. Fail kes kematian Zarif. Dia tahu banyak benda yang pelik tentang kes tersebut, cuma dia belum mempunyai apa-apa bukti ketika itu dan pengaruh untuk menghalang kes itu ditutup.

Dia menatap bingkai gambar dua orang kanak-kanak lelaki di atas mejanya. Zarif dan Zafril. Ibu mana yang tidak sedih mendengar kematian anaknya. Dia merasakan penyesalan yang amat dalam di lubuk hatinya. Kalaulah dapat diputarkan waktu, mungkin dia akan bawa arwah Zarif tinggal bersamanya. Jauh daripada Dato' Zahid.

Saat mendengar berita kematian Zarif, hatinya seakan dihiris-hiris oleh sesuatu yang tajam. Namun, dia perlu berlakon bahawa dia tidak terkesan atau sedih dengan hal itu. Sedangkan hakikatnya bercanggah dengan perasaannya yang pilu. Dia perlu kuat untuk Zafril. Puan Cahaya pasti anaknya sedang melakukan sesuatu di sekolah tersebut.

"Ibu rindu Zarif."

HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE] Where stories live. Discover now