"Aryan." Aryan memandang ke arah Ken dan Caden yang telah tiba. Dia tersenyum sinis melihat mereka berdua yang mendekatinya."Wow! Looks who are here!" katanya dengan kuat. Satu bangunan bergema disebabkan suaranya. Dia menarik Zafril dengan kasar untuk bangun. Aryan menolak Zafril ke arah belakangnya supaya tiada orang boleh menyelamatkannya.
"Kenapa Aryan? Kenapa mesti kau!" tempik Ken dengan lantang. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa segala yang berlaku kepada mereka selama ini berpunca daripada orang yang berdekatannya.
"Kenapa? Kau tanya aku? HAHAHAHAHHA! Kenapa kau tak tanya diri kau sendiri, apa salah kau dekat aku!"
"Athelia." Caden menatap tajam ke arah Aryan.
"Yeah, that's true. Semuanya berpunca daripada kegagalan Hidden Card untuk selamatkan dia! Apa gunanya korang kalau satu nyawa pun korang boleh selamatkan!" Marahnya. Selama ini, dia hanya berpura-pura ketawa dan hidup seperti biasa walaupun dendam membara di dalam dirinya.
"Athelia terseksa seorang diri! Dekat mana korang masa tu? Sibuk sangat nak uruskan hal abang kau yang dah nak nazak tu! Kalau Keith nak mampus sekalipun, itu urusan dia! Kenapa korang sibuk sangat nak bantu dia?!"
"Dia kawan kitorang!"
"Athelia bukan kawan korang ke?" Caden dan Ken terdiam. Ya, mereka tidak terlalu rapat dengan arwah Athelia dahulu. Jadi, mereka kurang tahu tentang gadis itu.
"Hidden Card was told to be such a fair organisation but I didn't see any of it." ujarnya dengan sinis. Baginya, kematian Athelia merupakan kesalahan Hidden Card.
"You guys are being selfish! Sebab tu dia mati bunuh diri. Tak ada sesiapa yang nak bantu dia." Zafril yang hanya mampu mendengar pertelingkahan ketiga-tiga orang di hadapannya merasakan kehadiran seseorang yang lain. Itu...
"Jadi, kenapa kau sendiri tak tolong dia masa tu?" tanya seseorang. Mereka berempat menoleh ke arah seseorang yang melangkah mendekati mereka.
"Queen."
***
"Dato' Zahid, you have a guest." Dia menganggukkan kepala membenarkan tetamunya untuk masuk. Senyuman yang menghiasi wajahnya pudar saat melihat seseorang melangkah masuk dengan berkeyakinan bersama sekeping fail di tangan.
"Hello, Dato' Zahid." kata Puan Cahaya. Dia duduk di salah satu sofa tanpa dijemput. Dato' Zahid merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan situasi sekarang.
"Kenapa kau datang sini?"
"Saja. Jumpa bekas suami pun tak boleh?" Dejavu. Dia mengetap rahangnya ketika melihat Puan Cahaya yang agak sinis memandangnya.
"Seem's like your secret business will get expose soon."
"Apa maksud kau?"
"Aku tak suka tunggu lama-lama. Masuk!" Puan Cahaya memanggil beberapa pegawai polis untuk menahan Dato' Zahid. Dato' Zahid mencuba untuk melepaskan diri daripada pegangan pegawai polis yang memegangnya.
"Aip! Don't move. Nanti lagi sakit." Dato' Zahid memandang tajam ke arah Puan Cahaya yang tersenyum kemenangan.
"Like I said before, aku sendiri akan tarik kau jatuh kalau kau cuba untuk buat sesuatu dekat Zafril."
"Aku tak buat apa-apa!"
"Kau yakin? How about the person that you sent to watching him?" Terdiam Dato' Zahid ketika itu. Dia memang merancang untuk menculik Zafril namun benda lain pula yang jadi. Saat itu, Zafril tiada di rumah, jadi rancangannya tidak dapat dilaksanakan.
"Tengok kau menunduk sekarang ni pun, aku dah cukup puas hati. Apatah lagi, bila kau...."
"...masuk lokap." katanya perlahan. Dia mengarahkan untuk pegawai polis itu membawa Dato' Zahid keluar. Namun, pandangannya terhenti saat dia melihat sesuatu di televisyen.
"Zaf...?" Apa yang dia lihat ini?
YOU ARE READING
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Mystery / ThrillerHIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belajar di sini bukan calang-calang orang. Sama ada pintar atau kaya,i...