Bab 3

89 27 3
                                    


"So how? Ada perkembangan ke budak tu?" tanya King.

"Dah dua minggu berlalu, tapi budak tu macam tak kisah pun. Like he did nothing. Macam nak cari bukti pun tak ada." Joker mengeluh.

"Silent move worth success plan." Queen mengacak - acak kad poker. Dia meletakkan kad 'Ace' di hadapannya.

"Kau yakin ke dia nak cari pembunuh abang dia?"

"Dah tu, takkanlah dia nak tanam jagung pula dekat situ." Queen hanya mendiamkan diri mendengar King dan Joker berbicara. Mereka dah lama mencari peluang untuk membuka kembali kes tersebut. Namun, pergerakan mereka terbatas disebabkan identiti pembunuh masih belum diketahui. Takutnya orang sendiri yang menjadi musuh dalam selimut. Kehadiran Zafril sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

***

Dah dua minggu dia sekolah disitu dan dia sudah mula melihat apa wang tidak dilihat oleh mata masyarakat. Kebanyakkan pelajar yang membuli di sini hanya golongan kaya sahaja. Yang tidak membuli hanya memekakkan telinga sahaja saat mendengar teriakan mahupun erangan kesakitan daripada mangsa buli.

'Someone who knows everything but did nothing is the worst than the bullies.'

Dia hanya mampu membantu mereka secara tersembunyi sahaja. Ayyan menasihatinya untuk melakukan perkara itu demikian supaya dia tidak terkena tempias pula. Zafril mengeluh seketika. Belum dicampurkan lagi dengan kes arwah abangnya yang masih belum ada perkembangan dalam pencariannya.

Zafril pernah cuba mendekati bilik muzik tersebut namun dia ditahan oleh guru yang lalu disitu. Kata mereka, takut tempat itu berhantu.

'They didn't know that the most scariest thing is human for real, not a ghost.'

Saat dia berjalan menuju ke kelas, seorang pelajar perempuan menghalangnya. Zafril berhenti di hadapan pelajar perempuan tersebut dan mengangkat keningnya.

"Hai, Zafril kan?" Zafril hanya menganggukkan sahaja.

"Evelyne." Tersenyum gadis itu sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Senyuman itu memudar saat Zafril hanya berjalan melintasi dirinya. Rakan - rakan Evelyne yang lain seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka. Seseorang menolak salam perkenalan Evelyne?

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Evelyne, anak kepada salah satu pasangan hartawan yang terkaya. Cantik, bijak dan sempurna. Itu kata orang lain yang menilai dirinya. Ramai pelajar ingin berkenalan dengan Evelyne bahkan menjadi teman rapat gadis itu tetapi bukan bagi Zafril. Dia hanya melihat sebuah kepalsuan yang terdapat disebalik wajah pelajar perempuan tersebut.

***

Di sebalik pasu bunga sekolah, Ayyan sedang khusyuk mengintai seseorang. Bahunya yang ditepuk oleh Zafril membuatkannya dia terkejut.

"Ish, kau ni Zaf! Terkejut aku."

"Apa kau tengok tu?" Matanya melihat Ken bersama seorang perempuan. Eh sekejap .... macam kenal. Perempuan hari itu!

Dia pun ikut bersembunyi dengan Ayyan untuk mengintai Ken. Nampak gaya mereka macam rapat. Serius sahaja air muka mereka yang sedang berbicara itu. Gadis menepuk bahu Ken sebelum pergi.

Ken juga beredar selepas beberapa minit. Ayyan dan Zafril berjalan ke menuruni tangga setelah memastikan Ken tiada di sana lagi. Masing-masing mendiamkan diri. Apa yang Ken bualkan dengan perempuan itu? Sejurus mereka turun, Ken tersenyum sambil melambai tangan ke arah mereka. Sekarang adalah waktu balik, jadi semua pelajar berpusu-pusu hendak pulang cepat ke rumah.

'Nak tanya ke tak ni?' Detik hati Zafril. Dia ingin mengetahui hubungan Ken dan pelajar perempuan tersebut.

Akhirnya, dia hanya mendiamkan diri sahaja. Zafril risau kalau Ken tidak suka jika hal privasinya dicerobohi oleh orang lain. Ayyan juga memilih untuk berbicara tentang perkara lain supaya dapat melupakan hal tersebut.

***

Zafril yang baru sahaja mandi segera mengangkat panggilan yang baharu  yang diterima telefonnya menjerit - jerit meminta untuk diangkat.

"Zaf, okay tak dekat sana?" Suara Puan Cahaya menjengah pendengarannya.

"Okay je. Ibu sihat?" Hanya sekadar berbasa-basi. Jarang ibunya mempunyai waktu untuk menanyakan perihal dirinya.

"Sihat je. So how's your study? Rumah apartment tu okay? Selesa tak?" Bertubi-tubi soalan datang menyerang dirinya. Zafril hanya mengangguk walaupun dia sedari ibunya tidak dapat melihat perbuatannnya itu.

"Okay je ibu, jangan risau. Rumah pun selesa. Sesuai untuk Zaf yang bujang ni." Kedengaran suara Puan Cahaya tertawa kecil mendengar jawapan anak lelakinya. Banyak juga yang dibualkan mereka. Puan Cahaya menceritakan aktiviti hariannya dan begitu juga dengan dirinya. Namun, tidak semua perkara diceritakan. Malam yang panjang itu dihabiskan dengan mendengar luahan sang ibu bersama anaknya.

Setelah subuh menjelang, dia segera menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Dia bersiap-siap untuk keluar bersama Ayyan dan Ken. Mereka telah merancang untuk keluar bersama-sama ke pusat beli-belah. Boy's out.
Hahahahah. Telefonnya berbunyi menunjukkan panggilan daripada Ayyan.

"Oi, dah siap ke belum? Dah nak cair aku tunggu ni." Kedengaran suara Ayyan bergema sebaik sahaja panggilan telefon diangkat. Zafril yang memakai earpod itu hanya tertawa sahaja. Dia memakai kasut dan bergerak ke parkir motor. Ngauman motosikalnya itu kuat kedengaran sehingga dia menyelusuri  jalanraya yang sesak itu.

***

King duduk di kerusinya sambil melihat Queen yang sedang menulis beberapa teori di papan kenyataan itu.

"Did you really think that he can solve his brother case?"

"Why not? Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi."

"But, he need to find out who is his brother." Queen siap mencoret sesuatu di hadapannya. Dia kemudian duduk disebelah King. Rokok di dalam poketnya diambil sebatang dan dibakar.

"You need to stop smoking."

" I wish I could." Matanya melihat carta organisasi Hidden card. Ya, mereka dikenali dengan nama Hidden Card kerana menggunakan kad poker sebagai identiti dan simbol. Organisasi rahsia yang dipegang selama ini bila-bila sahaja boleh dipecahkan sekiranya tersilap langkah.

Semua ahli mereka dipilih sendiri dan direkrut oleh setiap empat ketua tersebut. Kebanyakkannya Ace dan King sahaja yang lebih banyak memilih ahli mereka. Queen hanya mencari latar belakang selebihnya diserahkan kepada Joker untuk menguji kemampuan mereka. Queen mengeluh seketika. Satu- satunya kes yang tak dapat dia selesaikan adalah kes kematian pelajar yang bernama Zarif.

Keganjilan kes itu adalah semua bukti tidak kukuh untuk mengatakan arwah pelajar tersebut membunuh diri. Tapi, nalurinya yakin bahawa kes itu adalah disebaliknya disebabkan dia telah menemukan sebuah nota dibawah loker arwah Zarif. Nota yang menunjukkan bahawa pelajar itu diburu oleh seseorang.

# Maaf kalau bosan.

HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE] Where stories live. Discover now