"Kalau macam tu, kita akan pergi sana waktu rehat." kata Caden. Sejurus itu, dia bangun dan melangkah keluar. Ken menutup semula papan kenyataan itu dengan kain hitam. Dia mengajak Zafril untuk keluar. Ken mengintai lubang kecil yang terdapat pada salah satu bahagian lukisan untuk memastikan keadaan mereka selamat sebelum keluar. Setelah memastikan tiada sesiapa di bahagian dewan, baru mereka melangkah keluar dari sebalik lukisan tersebut.Ken dan Zafril melangkah ke kelas beriringan. Tepat mereka membuka pintu, kedengaran loceng sekolah berbunyi. Nasib baik tiada guru lagi yang masuk ke dalam kelas. Mereka berdua mendekati Ayyan yang kelihatan termenung.
"Yan?" panggil Zafril. Namun, panggilannya tidak diendahkan. Merajuk ke? Zafril memandang ke arah Ken dengan tanda tanya. Ken mengangkat bahunya. Bahu Ayyan ditepuk menyebabkan dia tersentak. Dia menoleh ke arah dua sahabatnya yang baru sahaja muncul. Senyuman diukir perlahan. Namun, pada Zafril senyuman itu seperti cuba menutupi sesuatu.
"Kau okay tak?" tanya Zafril. Sebelum Ayyan sempat untuk menjawab, guru subjek Bahasa Melayu mereka telah masuk ke dalam kelas.
"Okay, sila duduk tempat masing-masing."
***
Waktu rehat merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh Zafril. Dia tidak sabar untuk pergi ke bilik muzik. Sebaik sahaja loceng keempat berbunyi, dia orang pertama yang bangun dari tempat duduknya di makmal biologi. Latihan yang diberikan oleh gurunya telah disiapkan dan segera dihantar ke hadapan untuk keluar awal.
Dia menyuruh Ken dan Ayyan untuk cepat menyiapkan latihan.
"Cepat!" bisiknya perlahan sebelum keluar dari makmal biologi. Ken memuncungkan matanya sambil melihat ke arah Zafril. 'Kecil besar je aku tengok kau ni. Macamlah bilik muzik tu berjalan ronda satu sekolah!' katanya dalam hati. Ayyan pula kelihatan bingung. Kenapa nak cepat-cepat ni?
Setelah 5 minit, baru dia melihat kelibat Ken dan Ayyan menghampirinya. Dia bangun dan segera menggamit kedua orang rakannya untuk mengikuti langkahnya. Kelihatan Caden sedang berbicara dengan seseorang dengan serius.
"Caden." Panggil Zafril. Dia menoleh dan mengangguk kepalanya. Caden menyuruh pelajar tersebut untuk berlalu pergi.
"Jom." Mereka bertiga menyelusuri koridor di tingkat 3, di mana lokasi bilik muzik yang telah dijadikan tempat larangan. Zafril hairan kerana tiada satu pun guru yang berkeliaran di kawasan situ. Selalunya bila dia cuba untuk memasuki kawasan tersebut, pasti ada sahaja kemunculan mana-mana sahaja guru.
"Kita buat apa dekat sini?" tanya Ayyan. Ada apa-apa yang dia terlepas ke?
"Nanti aku cerita." balas Zafril. Saat mereka berada di hadapan bilik muzik tersebut, Caden cuba untuk menolak pintu masuk namun sepertinya telah lama dikunci. Kalau nak merempuh mungkin akan menghasilkan bunyi yang agak kuat kerana bunyi rempuhan itu akan bergema di sekitar kawasan yang telah ditutup itu.
"Macam mana ni?" tanya Ken.
"Kau nak buka pintu ni ke?" tanya Ayyan sambil melihat ke arah mereka bertiga.
"Haah. Kau boleh buka ke?" Ayyan mengeluarkan sepit rambut yang kecil yang berada di dalam dompetnya. Dia bergerak ke hadapan pintu dan memasukkan sepit rambut tersebut ke dalam lubang kunci.
"Kau ingat ni cerita detektif ke guna sepit rambut? Mana boleh sepit rambut buka..."
Klak! Pintu bilik muzik itu telah terbuka.
"Pintu." sambung Ayyan sambil tersenyum mengejek ke arah Ken. Baru sahaja mereka ingin melangkah masuk, kedengaran bunyi tapak kasut bergema di kawasan tersebut.
"Shit!" Caden mengeluarkan walkie talkie di sebalik blazer miliknya.
"Red code!! Hantar orang segera!!!" Arahnya. Dia menyuruh mereka segera untuk masuk ke dalam bilik muzik itu. Dia berada di bahagian luar pintu untuk memastikan bahawa guru yang dijumpainya tidak mengesyaki ada pelajar yang mencerobohi kawasan itu.
***
Adelia yang mendengar arahan Caden dari walkie talkie yang dipegangnya segera membuat sesuatu pengumuman. Butang 'on' ditekannya untuk menghidupkan pembesar suara.
"Semua guru, sila berkumpul ke bilik mesyuarat dengan segera untuk taklimat hari sukan yang akan datang! Ulang suara. Semua guru, sila berkumpul ke bilik mesyuarat dengan segera untuk taklimat hari sukan yang akan datang. Terima kasih." Butang 'off' ditekan. Walkie talkie diambil dan dia bersuara.
"Sky here. Red code is going to green again. Over. Other member, please check if the teacher already moving to the meeting room."
"Everything is under control. Over." kata salah seorang ahli Hidden Card yang sedang memerhatikan gerak geri guru yang baru sahaja keluar dari kawasan larangan tadi setelah mendengar pengumuman yang dibuat.
Masing-masing menarik nafas lega. Adelia melihat mesej seorang guru yang tadi telah memintanya untuk membuat pengumuman pada pukul 12 tengahari. Tetapi dia membuat pengumuman lebih awal daripada sepatutnya. 2 jam lebih awal.
'Awalnya awak umumkan, Adel.' - Cikgu Wen.
'Maaf cikgu. Tapi kalau mula awal, cikgu tak perlu pulang lewat hari ni. Betul tak?' - Adelia.
'Betul juga tu. Terima kasih, Adel.' - Cikgu Wen.
Secara logiknya dia tidak tipu. Memang itu kebenarannya namun dia hanya meng 'awal' kan sahaja perkara tersebut.
YOU ARE READING
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Mystery / ThrillerHIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belajar di sini bukan calang-calang orang. Sama ada pintar atau kaya,i...