3 : betrayal

526 22 9
                                    

Bunyi air paip menitis semakin samar-samar menusuri gegendang telinga. Pantulan seraut wajah Nuh dalam cermin tandas ditenung hiba oleh sepasang mata ambernya.

Cahaya malap dari lampu pendaflour dilihat kembang kecut bersilih ganti. Nuh merasakan tempat tertutup itu kian sempit. Bila tubuh semakin tak enak, dia simbah air ke muka untuk sedar kembali.

"Tak.. Tak.." Geleng kepala berkali-kali. Namun semakin hati tak mahu, penglihatannya semakin menerowong.

Nuh pandang wajah basahnya dalam cermin. Air rambutnya berlinangan ke dagu lalu jatuh mencecah sinki. Skleranya bertukar merah sehingga terserlah urat mata. Dadanya rasa sesak teramat.

Keluar saja Nuh dari jabatan psikiatri, dia terus melancong ke tandas. Dinding tandas menjadi saksi penderitaannya. Wajah yang dibasahkan berulang kali menampakkan rupa Nuh persis orang baru lepas mandi.

"Allah.. Allah.. Allahuakbar.." Payah sekali lidah mahu menggulung kalimat suci itu.

Bila wajah kembali diraup dengan air, tangan Nuh terhenti di mukanya. Suasana berubah gelap. Lesap segala deria rasanya apabila terasa rohnya berpisah dari jasad.

Tahun 2022, dia kembali lagi pada tanggal jatuhnya peristiwa hitam itu. Langkahnya laju meniti anak tangga ke tingkat atas. Sesampai saja, dia terus tolak pintu bilik utama.

Nuh pegun. Pasangan yang sedang berbaring santai di bawah duvet tebal itu tergopoh-gapah menutup apa yang mata amber itu tidak perlu lihat. Akan tetapi semuanya sudah terlambat.

Dia sudah nampak semuanya. Bukti kecurangan Emma tersaji indah di depan mata.

"Emma Roselle!" Melengking kuat Nuh bersama ekspresi wajahnya yang bengis.

Emma kecur liur di atas katil. Dia toleh ke arah Farehan yang baru menyarung seluarnya. Mereka berpandangan sesaat sebelum visinya tertala pada Nuh semula.

"Kau sini, Emma!"

Nuh mara ke katil lalu duvet itu diselak. Tangan meragut kasar lengan Emma agar turun dari tempat itu.

"Nuh, please! I boleh explain!" Dia menarik-narik tangannya.

Pagutan Nuh pada lengan Emma dilepaskan secara kasar. Tangan cuba ditahan dari menampar pipi wanita itu, sudahnya dia tolak Emma sehingga jatuh terduduk.

"Kau diam, Emma! Aku dah jelak dengan semua alasan sampah kau!" Tudingannya bertukar ke Farehan.

Nuh mengorak langkah besar dan Farehan terus cuak. Dia cuba untuk melarikan diri namun lehernya sempat dihambat sebelah tangan Nuh.

"Kau.." Cengkaman dieratkan.

"Aku tak sangka kau musuh dalam selimut aku selama ni, Farehan. Kau manusia paling bangsat aku pernah kenal!" Bila nafas semakin tipis, tangan Farehan merayap ke tangan berurat sahabatnya.

Pembetulan, bekas sahabatnya! Sebaik saja Nuh menerima fail pencurangan Emma dengan kawan baiknya Farehan, nama lelaki itu sudah pupus dari kitab pertemanannya.

"Nuh! Berhenti!" Emma cuba menghalang Nuh yang bagai sudah dirasuk syaitan. Tubuh suaminya dipukul-pukul.

Dush! Sebijik penumbuk dilayangkan ke muka Farehan. Lelaki itu tersungkur sehingga berlaga dengan langsir yang menutupi pintu gelangsar.

Bila Nuh serang balik, Farehan cuba menahan. Mereka beradu tenaga sehingga tangan Nuh diselaputi darah milik Farehan. Bunyi orang berlawan dan jeritan nyaring Emma memenuhi sekitar bilik empat segi itu.

Prang! Dush! Buk!

"Argh!" Buku lima melayang lagi. Farehan terteleng dan kembali menyembah bumi. Nuh tarik tubuhnya dan penumbuk yang sedia terangkat berhenti di udara.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now