17 : elevator

125 17 4
                                    

chapter ini, about deep talk.

Nuh meraup rambut hitamnya. Setelah berita tentang Marissa sampai ke pengetahuannya, paranoidnya semakin meningkat. Jauh di sudut hati, sebaris nama terlintas. Raes Puspawangi.

Setiap kali kes yang menimpa orang terdekat, firasatnya yang cuba husnuzon sebaik mungkin akan kalah bila teringat gadis Rusia itu. Ya Allah, adakah ini sebuah petunjuk? Dia tak mahu buat tindakan melulu, takut jatuh fitnah.

Tak mahu bertambah serabut, hala tuju dibawa ke kafeteria hospital. Secawan amerikano dipesan. Mana tahu boleh redakan fikirannya sebelum beralih ke tugas pra-pembedahan.

"Cantik gila dia ni!" Sementara menunggu pesanannya siap, telinganya tertangkap suara puji-pujian dari kumpulan doktor lelaki.

Bila pujian makin melambung, Nuh secara tak langsung menoleh ke sebelah. Sekali mata terlihat apa yang sibuk dipuji mereka. Terpapar halaman instagram seorang wanita.

iraes : Застряла между невинностью и безумием

Kerut dahi, mata segera dilarikan.

Raes? Itu Raes Puspawangi ke? Bagai menjawab soalannya, dia berbunyi lagi.

"Kau tak tahu? Dia kat luar memang free hair. Nak nampak dia tutup litup, kau tengok dia masa kat hospital ni ajela." Farehan memberitahu.

Suara dia juga yang sibuk memuji tadi. Nuh berdecis, dah kebas isteri orang pun sibuk nak usya perempuan lain. Menyampah!

Bila pandang balik ke telefonnya, mereka sudah skrol ke gambar Raes yang lain. Sekali lagi Nuh larikan anak mata, rasanya tadi dia nampak gambar motosikal. Kenapa bila pandang gambar tuan empunya motosikal pulak?

 Kenapa bila pandang gambar tuan empunya motosikal pulak?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

iraes : Зеркало, я Злая Королева

"Aduh, caption semua dalam Bahasa Rusia. Tak ada dalam BM ke? Penat jari aku nak translate," Azlan merengus.

"Ini kalau dapat kat aku ni.. fuh! Menang besar!" Sorakan Farehan disokong kawan-kawannya.

"Aku pernah nampak dia bawa Yamaha dia tu, sumpah gempak siot! Bukan kaleng-kaleng perempuan muka suci macam dia bawak motor besar!"

Nuh mampu geleng kepala sahaja. Dia malas nak tambah dosa dan berlama-lama kat sini. Usai membuat pembayaran, dia terus pamit dari kafeteria.

Air Amerikano disisip ke bibir. Bila air hangat itu melepasi esofagus, rasanya nikmat sekali. Berkat lima ringgit yang hilang tadi, fikirannya perlahan-lahan sirna.

Kaki berhenti di hadapan lif. Sedang menunggu, tiba-tiba hadir satu bau yang sangat dikenali menusuk ke rongga hidungnya. Aroma dari Clive Christian No1. Hanya seorang manusia sahaja dia kenal menggunakan parfum mahal ini.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now