7 : mission

285 24 3
                                    

MAKMAL TOKSIKOLOGI FORENSIK

Tewas dengan permainan minda sendiri, Nuh memilih jalan yang tak sepatutnya.

Tak sangka dia akan buat kerja sebegini. Tak cukup lagi ke jadi penggodam tak bertauliah, wahai Safar Nuhzen? Sebelum ini, dia hanya patuh pada pujuk rayu Qays dan Eymen untuk menyiasat latar belakang pesakit-pesakit mereka.

Bagi Nuh, setakat nak selidik kebenaran tiada apa hal sangat. Walau ayat manis bak tumpah gula mereka sangat mendambakan pelempang sulungnya, tapi dia turutkan juga permintaan mereka.

Sebab sayang, Nuh sering kali meruntuhkan tembok dinginnya. Tak apalah, dia bukan buat silap besar kan?

Tekad Nuh untuk menyiasat kes Anaqi menemukan dia dengan sepupu sendiri- Izz Rayden, pakar toksikologi forensik.

Nuh berdiri dengan wajah penuh serius. Iris amber di sebalik kaca matanya memandang Izz yang sedang tekun meneliti laporan analisis dadah.

"Any news?" Kedua belah tangan yang rapat ke dada dikejapkan. Sedari tadi hanya bunyi alatan canggih menjadi latar belakang makmal mereka.

Laporan diletakkan di atas meja. Izz Rayden toleh ke wajah sepupunya.

"It is neurotoxin. Memang sangat jarang ditemui. Commonly, it can be found in certain parties involved in criminal activities. Covert operations, illegal experiments- you name it. Kalau kau terkejut, aku lagi terkejut."

Kini kerusi yang diduduki Izz berpusing menghadap Nuh sepenuhnya. Dia angkat satu botol kecil yakni sampel bahan ke udara.

"Setitis Xyloxin ni disalahgunakan, BOOM! Punah tujuh keturunan weii.." Sempat lagi Izz bergurau, Nuh hanya geleng kepala.

Tumpuan Nuh beralih ke skrin komputer yang memaparkan hasil analisis. Bagai faham dengan apa yang sedang bermain di dalam fikiran sepupunya itu, Izz menggeserkan roda kerusi ke mejanya.

"Oh, tu. Aku baru selesai buat beberapa ujian kromatografi sebab nak tentukan komposisi kimia Xyloxin ni. Pandai baca, kan? Hah, tak payah susah-susah aku explain." Sejurus itu, Izz menyilangkan tangan ke belakang kepalanya. Botol sampel sudah mendarat di atas meja.

Nuh diam membisu. Apa sahaja piil Izz memang dia buat bodoh sahaja. Kenapalah kebanyakan staf hospital ini ada susur galur dengannya? Bincang lima minit, buat perangai lima belas minit.

"There's a Venom," gumam Nuh.

"Hah? Venom yang banyak gigi tu ke? Apa kaitan?" Izz menyampuk dengan kening yang berkerut.

Nuh menajamkan pandangannya dari ekor mata. Tak kuasa nak layan soalan tak berapa cerdik dia.

"Ada culprit di sebalik kes Anaqi. Sparse chemicals in a kid's body? Impossible." Kecerlungan mata Nuh bertambah.

Dia dan Eymen bersependapat. Tanpa pengetahuan Eymen, dia menjalankan misi menyiasat demi nyawa dan keadilan Anaqi. Dah tambah satu kerja sampingan pula.

"Wow! Dr. Nuh kita dah masuk mod Detective Conan ke? Sebab tu tiba-tiba nak pakai khidmat aku ek?" Jelas lagi nyata ayat itu adalah sebuah sindiran.

Nuh hela nafas berat dan pandang muka girang Izz. "Ye dan terima kasih."

Ketawa kecil Izz pecah. Dia merapatkan lagi sisa jarak mereka yang terpisah. Kepalanya mendongak untuk melihat Nuh yang duduk bersandar sementara dia duduk sepenuhnya.

"Aku rasa kes ni rumitlah, Nuh. Kalau kau nak siasat seorang diri, sampai Xyloxin tu bermaharajalela pun tak akan selesai lagi." Sengaja Izz merendahkan abiliti Nuh.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now