19 : serena

107 11 3
                                    

Sebuah lori berhenti di hadapan pintu belakang Lilith Heights. Kemudian empat orang lelaki turun untuk memunggah masuk barangan yang dibawa. Raes yang sedang duduk silang kaki menjadi pemerhati mereka.

"Letak elok-elok! Jatuh benda tu aku penggal kepala kau." Batang merah lipstick ditutup setelah selesai dicalitkan pada bibirnya. Dia bangun dan menghampiri kotak yang tersusun kemas.

Isi kandungannya adalah pager. Dalam pager itu pula ada dadah. Atas arahan Najin, dia ditugaskan untuk cek satu persatu pager. Pastikan semuanya terkandung dadah yang dihantar terus dari kilang pager milik Raes.

Ya, Raes pemilik kepada kilang pager yang berlesen dan ternama— Guezz. Tiada siapa tahu akan kenyataan itu. Pengeluaran alat komunikasi lama itu hanya untuk menutup bisnes hitamnya yang sering kali berkait dengan dunia jenayah.

Bila Raes dan Najin bergabung, alternatif ini memudahkan urusan perdagangan dadah Najin. Kuorta pemasaran dadahnya tiada had limit. Dengan pengaruh sebenar Raes Puspawangi, proses embargo kedua-dua barang mereka berjalan lancar.

Raes berdiri di pintu masuk. Seorang pengangkut barang muncul dan Raes dengan sengaja kedepankan kakinya.

Buk! Lelaki itu tersadung, kotak di tangan turut terhempas ke lantai. Mujur isinya tak terburai. Orang belakang sudah buntang mata dan pandang satu sama lain.

"Kau jatuhkan kotak?" Lelaki itu kaku di tempatnya, hati berdegup kencang.

Tumit Cesare Paciotti berhenti di tepi tubuh yang terlentang. Raes tekap belakang leher lelaki itu dengan sebelah tumit runcingnya lalu tekan hingga terbenam di balik lipatan kulit.

Bila rintihan bergema, Raes mencekup rambutnya hingga terdongak. Dia meludah tepat ke mata. Dipegang kepala itu dengan kedua belah tangan lalu dikilas ke belakang.

Prak! Bunyi tulang patah. Semua saksi terbuntang mata. Tangan mereka menggigil memegang kotak agar tidak jatuh.

Raes pandang mereka dan tayang muka selamba. "Tunggu apa lagi? Jalanlah! Pijak sekali mayat kawan korang ni." Sempat tendang lelaki itu dan terus beredar ke tempat duduknya semula.

Tubuh yang terkujur kaku dan Raes di kerusi malasnya dipandang silih ganti. Juan menjeling Raes sebelum memungut baki kotak yang ada. Mayat lelaki tak dikenalinya itu dipijak begitu sahaja.

Operasi balas dendam Eiser telah bermula. Satu pasukan terbahagi kepada dua, mereka dikerahkan untuk mensabotaj pager dan dadah di kilang Raes.

Setiap pager niktograf yang dibuat khas untuk penggunaan organisasi Najin akan disalurkan dengan bom jangka dari Aegis Regency. Dadah bernama NGlaz itu pula akan menghadapi masalah dari segi kualiti, kesan, dan penghantaran.

Pasukan kedua pula menguruskan bahagian penghantaran. Susah untuk Eiser melibatkan pihak berkuasa kerana kuasa Najin terhadap mereka. Bila harta menjadi takhta, hati manusia menjadi buta.

Matlamat Eiser adalah untuk melaga-lagakan Raes dan Najin. Pasti kepercayaan mereka hilang dan perang di antara dua jiwa hitam itu berlaku.

Eiser mahu Hud saksikan detik kehancuran mereka sebelum lelaki itu tampil untuk melampiaskan sisa dendamnya. Buat kali terakhir. Sebelum Hud sendiri menghantar Raes ke alam Barzakh.

Dia mahu ranapkan perempuan itu. Tak kira apa jua berlaku.

-----

"That's all for today. If you don't have any questions, you may leave. See you in next class." Ucapan biasa seorang pensyarah kepada pelajarnya setelah kelas tamat.

Kedengaran bunyi desas-desus pelajar memecah sunyi yang tegang sejak tadi. Beberapa orang sempat berterima kasih kepadanya sebelum pamit dari bilik simulasi.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now