25 : visit

87 14 7
                                    

Raes dan Hun bersepakat untuk tukar kereta. Hun diarahkan untuk membawa Najin ke sana sementara Raes menguruskan Juan yang sibuk nak jadi spy mereka.

Aston Martin dibiarkan lepas ke jalan sunyi. Raes yang menelusuri dari belakang terus menekan dalam pedal brek. Tayar berdecit mencakar aspal lalu dalam sekelip mata Nissan Skyline putih itu dipusingkan seratus lapan puluh darjah melawan arah.

Masa untuk bersemuka dengan Juan! Sejurus kereta dipacu membelah jalan yang bertentangan, aksi langgar melanggar, tembak menembak di jalan malap itu berlaku. Hasilnya, Juan tewas di tangan Raes. Keretanya terbalik pada pembahagi jalan.

Jam 5 pagi, Raes tiba di rumah pangsanya. Selesai sudah urusannya dan Najin bersama ahli korporat Royal Aegis itu. Tubuh dihamparkan ke atas sofa di ruang tamu. Dia mengeluh kepenatan.

Pejam celik, pejam celik, akhirnya terkatup jua kelopak mata. Belum sempat lena menjengah diri, terasa ada pergerakan di hujung kakinya. Alert, Raes terus tegak dari perbaringan.

Kaki dipandang. Tiada apa. Tiada sesiapa menyentuh kakinya. Raes terdiam. Matanya menganalisa sekeliling kawasan rumah yang gelap gelita.

Jason tak ada. Dia dengan Kamirez. No one's here. No one, Raes.

Perlahan-lahan, Raes membaringkan tubuhnya kembali. Tangan disidai di atas dahi sambil mata merenung siling. Dia meraba-raba kocek jaketnya dan keluarkan sesuatu.

Sekeping gambar lama. Kertas pun sudah kecoklatan. Terjumpa semasa dia saja-saja menyelongkar kereta Jason tadi. Mata mengamati pasangan bahagia di dalam gambar itu. Terdapat sebaris tulisan di sisi mereka.

Jason & Malinda ♥ 1995

Malinda, ibunya yang syahid dalam pertarungan membawanya ke dunia ini. Masih jelas lagi gelaran yang Jason berikan kepadanya sejak kecil dahulu.

Pembunuh. Dia pembunuh isterinya. Pembunuh ibunya.

Ibu jari menutup muka Jason, membiarkan hanya wajah manis arwah ibunya sahaja yang tertayang. Walau dalam kegelapan, tapi masih samar-samar mukanya terlihat. Lagipun dia sudah puas tengok dalam kereta tadi.

"Ma, kenapa tak bawa aku mati sekali, ma? Kau tahu tak suami tak guna kau tu musnahkan hidup aku? Kenapa kau tinggalkan aku dengan dia? Dia panggil aku pembunuh sebab kau tau. Dia seksa aku sebab kau. Semuanya sebab kau."

Ma, singkatan bagi mama. Rasa janggal bila bibir mahu menuturkan perkataan mama itu.

"Not my fault I ruined this world. Aku tak pernah bahagia jadi tak akan ada sesiapa.. yang layak bahagia," monolog Raes sendirian. Dia mendengus mengenangkan nasib diri.

Gambar digenggam kuat sehingga remuk. Mata terpejam erat.

"Oh, honey, that was just a performance. You people really bought that- Boleh menang Grammy aku ni."

Tak. Dia benar-benar marah pada Jason sebenarnya. Tahu masa ini akan tiba dan kerana itu dia bersiap sedia menghubungi Kamirez tentang Jason. Tepat pada masanya mereka datang selepas dia puas melampiaskan amarah yang terpendam lama.

----

"Dr. Nuh." Serena mencucuk-cucuk pipi Nuh dengan pen hitamnya.

"Dr. Nuh!"

"Dr. Nuh! Argh-" Tersentak Serena apabila Nuh tiba-tiba headlock kepalanya. Dipukul-pukul lengan sasa itu meminta agar dilepaskan.

"Doktor! Doktor!"

Kelopak mata Nuh perlahan-lahan terbuka. Siling putih menyapa pandangan. Dahinya berkerut runsing tatkala satu suara lunak sibuk mengganggu lenanya.

"Uhuk! Uhuk! Dok- Tor.." Muka dah naik biru.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now