30 : nikah

138 16 6
                                    

"Enjoy your night, birthday girl."

Isyarat mata diberi kepada Hun. Jejaka bersarung balaclava itu terus berjalan mendekati sambil melirik tubuh Emma atas bawah. Raes menyusun langkah untuk keluar dari tempat itu.

Kerana dia lebih tahu apa akan terjadi selepas ini. Itu adalah rancangannya sejak awal pertemuan mereka di Aesino tempoh hari. Dia tak pernah berniat untuk membantu Emma.

Jeritan ketakutan daripada Emma bergema ke segenap ruang empat segi itu apabila Hun menyentuhnya cara seksual. Sekaligus ia mengejutkan Elara dan Fayyadh dari pengsan mereka.

Emma dipaksa baring di hadapan Hun. Jejaka itu tarik topeng balaclava dari kepala lalu mendedahkan siapa dirinya yang sebenar.

Suara nyaring tadi sirna. Mata Emma terbuntang besar, lidahnya berubah keras. Perasan akan perubahan suasana itu, Raes menghentikan langkahnya di hadapan pintu besi. Tangan di pemulas kunci juga turut pegun.

"Kenapa senyap? Terkejut?" Kepala berpaling ke belakang. 

"Kau tahu, Emma. Alasan kau mahukan Nuh kerana equestrian sampah kau memang tak boleh pakai. Kau ingat aku benak ubi macam kau, tak boleh kesan tujuan sebenar kau mahukan dia?"

Emma teguk liur. Sesekali kerling orang di atasnya. 

"You love him, greedy." Raes mengeluh lalu senyum. "Tapi, Emma Roselle.."

Dia mengeluarkan sesuatu dan dicampak ke arah Emma. Sekeping kad. Kad walimatulurus Safar Nuhzen dan Raes Puspawangi yang akan berlangsung dua bulan lagi.

Rahang Emma jatuh. Sungguh tak percaya dengan apa yang dibaca lalu dia memandang Raes dengan pandangan meraih penjelasan.

"Too bad, he's mine." 

"Disebabkan aku ni masih baik hati, aku izinkan kau pasang angan-angan untuk bersama dengan dia. Cuma itulah, setakat jadi delulu sambil beranak-pinakkan anak orang lain kat dalam rumah ni. Di sini."

Anak mata beralih ke Elara dan Fayyadh. Emma turut mengikuti arah pandangannya. 

"My babies!" Hun segera menangkap tubuh Emma lalu ditahan dengan tubuh besarnya apabila wanita itu mahu bergerak ke anak-anaknya.

"Raes, jangan apa-apakan anak aku.." rayu Emma.

"You took two lives before, so what's the harm in me returning the favor? Isn't that right, mommy?" Perlahan-lahan iris kelabu Raes berpaling ke wajah basah Emma. Jatuh pada perut Emma.

"Lagipun, bukan nanti kau akan ada anak baru juga ke? Tak payahlah sedih sangat! Sebab aku akan pastikan tempat ni penuh dengan your babies. Kau tak akan kesunyian dan in the future, ada ramai penonton yang akan tengok dan lihat how their mother committing adultery."

Rahang diketap erat. Aliran air mata menjadi semakin deras. "Tak, Raes. Tak! Tak! Tepi! Lepaskan aku!" Dada Hun ditumbuk-tumbuk.

Setelah itu, Raes pamit dari ruang bawah tanah itu. Sempat dia meletakkan kain buruk berwarna hijau milik Farehan, berbungkuskan kek hari jadi yang diambil pakai kaki di atas lantai.

Lalu meninggalkan Hun menyelesaikan bisnesnya bersama Emma sambil dirakam kamera CCTV yang akan menjadi medium tontonannya nanti.

-----

Cahaya malap dari lampu meja membenarkan Nuh meneliti segala maklumat yang diperolehinya berkenaan Raes. Jarum jam bergerak ke angka 12 malam. Sekali-sekala kaca mata dibetulkan apabila matanya terdedah lama kepada cahaya dari komputer riba.

Beberapa minggu lagi, mereka akan bergelar suami isteri. Selama hampir dua bulan ini juga Nuh tidak berhenti mencari tahu tentang identiti sebenar Raes. Dan kini hampir kesemuanya jatuh ke tangan dia. Hampir. 

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now