4 : cradies

364 25 6
                                    

Kamila mara setapak. Nuh ditentang dengan berani.

"Kalau abang Nuh tak nak terima Ila, Ila bunuh diri!"

Kenyaringan suara Kamila bergema kuat hingga Nuh mencengkam kepalanya. Rasa sakit menyerang saraf neurons. Memori pahit itu diputar semula dengan kelajuan maksimum.

"Ila bunuh diri Ila!" Lantang Kamila menegaskan.

Susulan ugutan itu, Nuh lihat Kamila bawa pisau ke lehernya. Wajahnya nekad. Sungguh nekad.

"Emma is mine since after the first week of your marriage."

"Kami dah lama bercinta." Suara sombong Tengku Farehan turut bergema.

"She killed the full-fledged embryos twice. It's not a coincidence but a deliberate murder." Disusuli dengan suara Hud.

"I dan Farehan pergi kahwin lari kat Thailand. Hasil perkahwinan kami, Elara dan Fayyadh." Pengakuan daripada Emma pula.

Satu persatu kebenaran yang terungkai diulang umpama klip video tak berpenghujung. Bak asid, semua itu menghakis dirinya. Sakit di kepalanya kini tak sesakit hati dan perasaannya.

Nuh cengkam dada. Dia menumbuk-numbuk tempat itu berulang kali tatkala sesak bercampur perih kian terasa.

ZRAP! Darah memancut.

"Ila!"

Tubuh Kamila yang rebah lantas didakap dari menyembah bumi. Bergetar anak mata Nuh melihat darah yang membuak-buak keluar dari leher Kamila. Tunang Arasy itu..

Dibunuh. Nuh panggung kepala menghadap Emma.

"Apa awak dah buat, Emma?" Tiada secalit rasa kesal terbias di wajah wanita itu.

BAM! Pintu bilik ditendang seseorang. Perhatian Nuh dan Emma automatik teralih kepada pencetus bunyi tersebut.

"Ila.."

Arasy di muka pintu. Keadaan lelaki itu seperti baru lepas lari pecut. Air mukanya jelas terkejut dan tak percaya dengan apa yang sedang disaksikan.

Mulut Nuh yang terbuka mahu bersuara terpotong dek suara Emma yang tiba-tiba memekik.

"Argh, abang! Apa abang dah buat ni? Kenapa abang bunuh Ila? A.. Adik.." Tersentak Nuh apabila difitnah sebegitu sekali. Meluas bebola matanya.

"Kau.. Kau buat apa kat Ila setan?!" Tanpa apa, langsung Arasy menyerang Nuh bersama kata-kata kesat disekalikan bersama.

"Apa lagi hati busuk kau tu tak puas, setan?! Kau curang belakang kakak aku dengan tunang aku sendiri dan sekarang kau bunuh dia pulak? Manusia jenis apa kau ni, Nuh?!"

Kolar baju Nuh dihambat kasar. Pisau yang tenggelam dalam lautan darah terus disambarnya.

"Kenapa kau bunuh Ila? Kenapa?! Apa salah Ila dekat kau? Apa salah kakak aku dekat kau? Apa salah AKU, Safar Nuhzen! Arghh!"

"Setan.. Pembunuh! Kau memang syaitan bertopengkan manusia!" Dalam sekelip mata, hujung pisau itu ditujukan ke sisi leher Nuh.

Pandangannya bertukar hitam. Segala ulang tayang memori pada dua tahun lepas itu turut tenggelam dalam kegelapan pekat.

Tiba-tiba wajah dan anggota badannya diserang hyperventilation. Nuh terasa bagai berada di ambang kematian jika tiada tangan yang menarik bahunya.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now