8 : race

302 22 2
                                    

Bunyi deruan enjin dari gabungan dua kenderaan berkuasa tinggi mengisi sunyi hutan yang terbentang di kiri dan kanan. Raes memacu Yamaha YZF-R1 miliknya dengan tenang. Di belakang pula diikuti sebuah Audi R8 kepunyaan Nuh.

Seribu satu persoalan berlegar di dalam kepala. Tapi Nuh hanya pilih untuk diam. Lambat laun nanti dia tahu juga.

Laluan berliku itu membawa mereka ke hadapan sebuah pintu pagar manor yang tersergam megah di belakangnya. Raes membelok motosikalnya ke kiri.

Nuh menggenggam erat stereng sebelum tayar keretanya berpusing ke belah timur. Tempat ini sangat asing bagai jarang diteroka manusia. Pelbagai spekulasi mula timbul dalam kepala. Tapi semua anggapan itu terbantut dek kewujudan manor yang dilihat tadi.

Motosikal Raes berhenti di hadapan pintu gerbang yang lebih kecil. Lampu merah menyala malap di sekelilingnya, menciptakan bayang-bayang di dinding.

Nuh berhenti di sebelah Raes. Dari cermin pemandu, dia dongak kepala melihat tulisan besar yang terukir pada papan tanda logam.

THE MANIAC LEAGUE

The Maniac League? Tempat apa pula Si Raes bawak dia ini? Bunyi ketukan di tingkap mengalihkan perhatiannya. Nuh turunkan cermin tingkap, Raes yang masih bersarungkan helmet di luar memberi signal tangan.

Keluar. Masuk dalam.

"Berhenti kat sini?" Musykil.

"Dah tu? Tak akan saya suruh doktor keluar dan angkut kereta ke dalam?" jawab Raes, suaranya agak teredam.

Nuh melabuhkan sebelah lengan ke atas bingkai tingkap. Dia pandang kawasan sekeliling, cerahnya hanya berbantukan lampu jalan dan cahaya bulan.

"Tempat apa ni, Raes?"

Helmet ditanggalkan lalu Raes membetulkan keadaan tudungnya terlebih dahulu. Tanpa menjawab soalan Nuh, dia mara ke depan kereta lelaki itu.

"Keluar," arah Raes dingin.

"Huh?" Nuh tersentak apabila Raes dengan selamba menghentak sisi keretanya pakai helmet.

"Woi! Kemek kereta tu kang!" Tak dapat dibendung perasaan takutnya. Takut duit melayang.

"Aku hentak sikit je. Over betul Mamat Rabun ni. See!" Raes tunjuk tempat hentakan tadi dengan helmet. Tiada apa-apa berlaku.

Nuh sedar akan pertukaran bahasa yang digunakan Raes. Bahasa kasar, tampak lebih informal. Status kerja dan perbezaan umur mereka juga telah gugur.

Ehem.

"Saya tak akan keluar kalau awak tak bagitahu saya pasal tempat ni!" protes Nuh. Hatinya berbelah bahagi mahu guna kata ganti diri 'kau-aku' itu.

"Ah, tak nak keluar sudah! Kau jangan harap aku nak setuju dengan perjanjian apa benda jadah kau tu!" Raes terus berpaling mahu meninggalkan Nuh.

Nuh tercengang di tempatnya. Dia tak percaya dengan apa yang disaksikan sekarang. Ini Raes Puspawangi ke? Jururawat psikiatri yang sama ke?

"Fine." Enjin dimatikan lalu Nuh keluar dari perut kereta.

Hayunan langkahnya dipercepatkan apabila kelibat Raes semakin menjauh. Bayang-bayang mereka tenggelam dan timbul kembali di sebalik kabus yang menyelubungi pintu gerbang.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now