18 : revenge

116 14 3
                                    

Dua orang lelaki menarik Nuh keluar dari lif terlebih dahulu. Ternyata mereka tersekat di antara dua tingkat, nasib ruang untuk keluar agak besar. Pabila kaki selamat menjejak lantai hospital, tempat itu sudah dikerumuni ramai orang.

Nuh pusing menghadap semula lif. Raes masih berada di dalam. Dengan spontan, tubuhnya bertindak mahu jadi tukang penyelamat.

"Eh, Dr. Nuh! Doktor duduk dulu!" arah jururawat lelaki tadi seraya menghalang Nuh.

Doktor yang ada turut cepat menangkas tindakan Nuh. Lelaki itu perlu diperiksa kerana takut ada sebarang komplikasi.

"No! I'm fine!" tegas Nuh. Dia langsung menghulur sebelah tangan di tengah pintu lif yang terbuka separuh. Sebelah lagi ditekap pada dinding sebagai penguat daya tarikan.

"Cepat!" Tangan dipanjangkan lagi sampai bahu bila tiada sambutan dari Raes. Gadis itu hanya pandang kosong tangannya.

Tak peka dengan keadaan lif yang bila-bila masa boleh terjunam ke bawah. Menangkan egonya. Bila bunyi aneh dan gegaran kecil berlaku, automatik dua jari disuakan lalu merenggut kolar jaket Raes. Degil sangat!

"Cik, cepat keluar cik!" Ramai orang memberi semangat. Kebarangkalian mereka fikir mangsa berada dalam ketakutan namun sebaliknya.

Kolar ditarik, Raes pantas mencapai tangan kiri Nuh. Pegangan diketatkan. Guna kudrat lelaki Nuh, dia menarik gadis itu dengan mudah. Dibantu bersama beberapa orang yang lain juga.

Proses menyelamatkan mangsa akhirnya berjaya. Mereka dibawa jauh sedikit dari lif dan perhatian orang awam. Lif itu sedang diselenggara dan akan ditutup buat sementara waktu.

"Hospital terbaik apanya kalau benda macam ni pun boleh berlaku?" gumam Raes, tak puas hati.

Dia berpaling apabila Nuh meminta diri untuk menguruskan hal kerjanya. Ucapan terima kasih tidak lekang dari bibir jejaka itu sejak tadi.

Baru beberapa langkah Nuh menapak, tiba-tiba datang Puan Khawla dengan wajah berkerut risau. Raes tilik pemakaiannya yang mengenakan baju kelawar biru dan kardigan hitam. Nak cepat punya pasal, tudung masuk jamban pun si matron itu tibai.

"Nuh! Ya Allah, Nuh okay?" Wajah si anak dipegang dan ditilik kiri kanan.

Nuh membetulkan rambutnya yang agak kusut. Kaca mata dibereskan lalu senyum versi penyejuk hati melakar di bibirnya.

"Alhamdulillah, umi. Along okey. Umi jangan risau."

"Macam mana boleh tersangkut pulak lif tu? Aish, kena report kat walid ni! Umi nak suruh dia pastikan benda macam ni tak jadi dah." Puan Khawla bawa tangan ke dada lalu hela nafas lega.

Raes melihat interaksi dua beranak itu. Hatinya tiba-tiba dihuni sesuatu. Dengki dan marah.

Dijeling mereka sekilas. "Sangkut dalam lif je pun, bukannya mati tersepit pintu lif. Drama betul orang tua ni," monolog sendirian.

Bahunya disapa kecil. Raes dongak kepala dan wajah Puan Khawla kini di depan matanya.

"Raes.. Raes okey?" Lembut wanita separuh umur itu menyantuni.

Tanpa ragu-ragu Raes mengangguk. "Baik je, cik. Terima kasih tanya. Nasiblah lif tu tak tersangkut kat tengah-tengah." Senyum manis.

"Alhamdulillah. Syukur.. Risau tau kalau apa-apa jadi. Lif ni bukan.." Puan Khawla terus membebel sambil mengambil tempat di sebelah Raes.

Tangan anak gadis digenggam dan diusap lembut. Raes agak kaget. Ketelusan seorang ibu mengalir padanya bak arus elektrik. Rasa nak tarik saja tangan.

"Raes kerja sampai malam ke hari ni?" Soalan itu menerima anggukan.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now