9 : accord

282 26 1
                                    

Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Siling asing menyapa bangkitnya. Kiri kanan dilihat, tempat itu terasa sangat asing bagai tak pernah dijejaki. Kegelapan bilik itu hanya diterangi cahaya lampu dan lilin. Malap.

"Urghh.." Nuh mengerang kecil apabila kepalanya terasa berpinar yang amat. Dibawa tangan memicit dahi.

"On prosnulsya! (He's awake!)" Tak sempat menganalisa pemilik suara garau itu, tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka dan derapan kaki seseorang berjalan ke arahnya.

Wajah seorang wanita muncul di sebelah. Akibat penglihatannya yang kabur, Nuh cuba mengenal pasti gerangan pelawat tersebut.

"Bangun dah kau?" Suara itu.. Raes Puspawangi! Secara tidak langsung, kepala mengimbau kembali sebab dia berada di tempat misteri ini.

Tiba-tiba Raes memakaikannya cermin mata, penglihatan serta-merta berubah jelas. Satu persatu wajah tak dikenali menyapa pemandangan. Nuh lantas ubah posisi kepada separa duduk.

"Aku kat mana?" Keningnya bertaut apabila pandang ke Raes. Dua orang lelaki di kiri dan kanannya berwajah dingin.

"Wah, Dr. Nuh dah guna 'kau-aku'. Syukur.. Baru je aku fikir nak kerat lidah kau tadi." Jari telunjuk melalui bilah karambit di tangan sambil tersenyum manis.

Nuh berdecit. "Buatlah sesuka hati awak, Raes. Sekarang ni, saya kat mana?"

Suaranya agak dingin. Hatinya masih terkilan dan marah akan apa yang baru berlaku.

"Dalam Lilith Heights, manor Najin. Sebab apa eh? Kau ingat tak?" Kotak memori Nuh sekali lagi membanjiri kepalanya dengan tragedi brutal itu. Dia merengus perlahan.

"What was that all?"

"What?" Raes buat-buat tak tahu.

"Jangan buat bodoh, Raes Puspawangi," tegas Nuh sambil mata helangnya tak lepas daripada menusuk iris kelabu perempuan itu.

Raes hanya balas dengan pandangan kosong. "Apa yang berlaku tadi adalah untuk menentukan kepercayaan aku terhadap kau. Dan sebagai jawapan, aku percaya kau bukan pembunuh." Riak playfulnya mati.

"It seems like someone wanted to make you steal the thunder." Tempat kosong di sisi Nuh diduduki dengan selamba. Raes menyilang tangan ke dada.

Sepi mengisi masa mereka buat seketika waktu. Nuh tiada kata, dia lebih selesa merenung jendela sebesar pintu yang berdekatan dengan katil.

"Perlu ke sampai macam ni sekali, Raes?" Rendah intonasinya menyoal.

"Haah. Kau ingat mudah orang nak raih kepercayaan aku?" Raes pandang Nuh dari bahunya.

"By playing with innocent lives? Itu cara awak nak percaya orang? That was the wisest decision a human like you could make? Nah, Raes. Semua tu buat awak nampak bodoh!" Nuh mula naik angin.

Gambaran tubuh dihentam dan darah merecik masih teringat jelas. Sukar untuk percaya bahawa dalang di sebalik semua itu ialah seorang jururawat psikiatri.

"Nampak muka cantik aku ni kesah ke?" Jari tuding diri sendiri. Raes seluk kocek seluar lalu lempar surat persetujuan yang sudah ditandatangani. Dia bangkit dari duduk.

"Bodoh-bodoh aku pun, kau dapat jugak apa yang kau nakkan? Dah dapat, nak bising pulak!" Hidung merengus kasar.

Nuh cabut IV dripnya dan turun ke arah bertentangan Raes. Lidahnya bermain di dinding pipi.

"Bawak mengucap, Raes! Sedar tak yang awak tu Muslim?" Kening Nuh berkerut melayan karenah tak betul Raes.

"Kenapa kau tuduh aku seorang je? Patutnya kau ceramahkan Si Najin tu jugak. Litar tu dia yang uruskan, bukan aku!"

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now