28 : prove me

100 14 4
                                    

Pintu bilik rehat dibuka kasar. Melihat ada susuk Hud yang dimahukannya saat ini, Nuh langsung mendekati adiknya itu. 

"Hud Arsalane! We need to talk!" arahnya tegas seraya menahan bahu Hud dari bangun. 

Hud mendengus. Dijeling Nuh sekilas lalu menarik bahunya lepas dari cengkaman si abang. Dia bangun mahu beredar namun Nuh lebih pantas merentap lengannya.

"Angah!"

"Kau jangan sentuh akulah, Along!"  Pang! Satu tamparan hinggap di pipi kanannya. Kepala Hud terteleng ke tepi. 

Jeda. Rahang diketap erat sambil mata terpejam merasai pijar di sebelah mukanya. Hati dijerut sebuah perasaan baru, perlahan-lahan mata dikalih menemui mata Nuh.

Buat pertama kalinya, Nuh naik tangan pada adik sendiri. Ketahuilah bahawa jejaka itu juga tidak percaya dengan tindakan luar kawalannya itu.

"Angah.." Diburu perasaan serba salah, jarak mereka didekatkan. Hud lantas menolaknya ke belakang semula lalu berpaling mahu pamit.

Bila Hud buka langkah mahu keluar, sekali lagi langkahnya dihalang Nuh.

"Kau berambus, Along. Aku tak nak tengok muka kau!" jerkah Hud.

"Angah, Along minta maaf. Along tak ada niat nak tampar kau." Tubuhnya ditolak menjauh.

"Along risaukan kau, Angah. Kau tiba-tiba jauhkan diri dari Along. Setiap kali berselisih, kau langsung tak sudi nak pandang Along. Kau ada masalah, cakap. Berapa kali Along pesan?" Suara Nuh sedikit tegas namun terselit keprihatinannya.

Kening Hud bertaut. Sesuatu memagut hatinya. 

"Masalah aku adalah kau! Kau punca semuanya!" 

"Isteri dan anak aku mati sebab kau! Raes kau yang bunuh diaorang! Kalau bukan sebab kau anak emas walid dan umi, benda ni takkan jadi! Kau yang undang si bala tu dalam keluarga kita sampai dia musnahkan keluarga aku sekali! Apa kaitan Inara dan masalah kau?" 

Biji mata Hud bertukar merah. Terpancar gelora yang selama ini dipendam.

Terpempan. Tak terkeluar suara Nuh mahu meminta penjelasan lanjut.

"You're full of thrills, Nuh. Sebab tu aku pilih kau. Kalau tak dah lama aku buru Hud, since he is a duda now." Itulah kata-kata Raes yang membuatkan dia bergegas ke mari.

Hud tarik nafas sebelum sambung. "Apa hubungan kau dan Raes sebenarnya? Kenapa dia sanggup ragut nyawa Inara dan anak aku semata-mata untuk bersihkan nama kau? Kenapa Inara? Kenapa Qays?!" 

Semua dihamburkan tepat ke muka Nuh. Dadanya berombak kencang.

"Aku terpaksa perangkap Qays sebab dia ugut nak bunuh Zalea dan Eymen pula. Bila Qays masuk penjara, aku masih mengharapkan kau buat sesuatu untuk dia. Tapi kau buat bodoh je Nuh!" Suara Hud berubah lain.

Masih banyak yang dia mahu bicarakan lagi tapi rasanya semua itu tak kesampaian. Lidahnya jadi berpasir. Hatinya berat seribu.

"Kepala aku terlalu sarat dengan banyak persoalan tapi alih-alih jawapan yang aku dapat ialah kau. Semua ni jadi sebab kau. Inara, anak aku, Adam, dibunuh kerana kau. Qays masuk penjara sebab kau. Walid dan umi buat tak tahu sebab kau. Aku.." Hud hilang kata.

"Dan aku dapat tahu kau bakal berkahwin dengan dia. Aku dah tak mampu nak husnuzon, Nuh! Kenapa dunia asyik nak sebelahkan kau dan biarkan orang lain menderita?" 

Tanpa sedar, wajahnya sudah basah. Sakit yang dipendam akhirnya terhambur jua. Hud raup kasar mukanya lalu berpaling. Tahu ayatnya bercelaru sebab fikirannya turut sama bercelaru.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now