22 : father

103 11 5
                                    

"Don't you miss your papa?"

"How can I miss someone I never had?" Dia sanggup kerat leher dari mengaku lelaki di hadapannya sekarang adalah bapanya.

Iris kelabu yang diwariskan kepada Raes menala ke kain yang meliputi bahagian kepala si anak. Hujung bibir Jason ternaik sedikit.

"Wow, dah lama aku tak nampak pemandangan ni. You look just fine like your mother. Sebabtu senang sangat aku ratah dia," komen Jason selamba. Teringat semula memori malam pertamanya bersama Malinda.

Raes putar bebola mata. Ditarik shawl hitam dari kepalanya dan lemparkan ia ke lantai. Rambut coklat gelapnya yang berserabai dibiarkan sahaja. Mulutnya hembus satu dengusan kuat.

"Damn, you really think you can just waltz back into my life and act like you matter?" Rambut diraup kasar. Langsung tak kesah dengan apa yang baru keluar dari mulut Jason tentang arwah ibunya.

"Raes, aku masih bapak kau. Mestilah aku ni penting bagi kau. I am your father, your mother." Penuh yakin kata-kata itu diutarakan. Bila sampai ke salur telinga Raes, naik bengis wajahnya yang sedia tegang.

Tanpa fikir dua kali, helmet terus dibaling tepat mengenai bahu kanan Jason. Kuat bunyinya bertemu lantai. Satu langkah besar ke depan, penumbuk pula dilayangkan ke pipi Jason.

"Damn!" Tangan menekup pipi, terasa benar pijarnya. Semuanya berlaku dengan sangat pantas. Dia selaku ketua narko Mexico pun tak sempat nak tangkap.

"Hanya sebab aku datang dari benih tak guna kau, tak bermakna aku ni anak kau! You don't deserve to be a father, zasranets! (jerk!)" tempik Raes.

Jason seka darah di hujung bibirnya dan dongak kepala. Mata kelabu mereka saling berlaga.

"You abused me, ditched me, sold me like I was nothing! Tapi bodohnya aku sebab seteruk mana pun kau dera, aku tetap nak pulang ke pangkuan kau because I had no one except you!"

Raes geleng kepala. Dia sering kali diingatkan bahawa ibunya mati kerana tumpah darah semasa bersalin. Jadi dia hidup dengan status anak yatim tapi rasanya lebih kepada yatim piatu. Ada bapak macam tak ada!

"Not until Kamirez made me realized that you were just no one but a scumbag."

Senget kepala Jason mendengar kata hati anaknya. "Scumbag?" Dipandang tubuh Raes atas bawah.

"Raes, kalau bukan sebab papa, kau tak berdiri di sini tau. Aku serahkan kau pada Kamirez sebab aku percaya, kau tak akan hidup lama dengan aku. But as we're not blind, we can see that you're still sounding because of me." Sengaja digunakan status itu dengan suara yang seolah memujuk.

"Dan lihatlah, aku ajar kau untuk jadi Raes yang hari ini. Raes yang kuat. Raes yang disegani ramai."

Alasan bodoh! Dinding pipi diketap hingga berdarah. Jason tak dapat memanipulasinya dengan asbab celaka itu. Selepas apa yang berlaku, dia masih menggelarkan dirinya 'papa'?

"Kau ajar aku apa? Macam mana nak hidup tanpa hati? You ruined me and Kamirez raised me. Jadi aku hidup dengan darah Fedorov, bukan Rodriguez." Jijik rasa lidah mahu menggulung nama keluarga Mexico itu.

"Tak, kau tetap seorang Rodriguez." Sebelum wajahnya dizalimi lagi, Jason pusing dan menghampar badan ke atas sofa. Tangan disilangkan menjadi bantal kepala.

Raes herdik diri sendiri. Kenapa dia tak bunuh aje binatang tak guna ini? Rasanya seperti ada benteng yang menghalang.

"Look at you now. Kau dah jauh lebih kuat dari budak perempuan yang aku tinggalkan dulu. Shouldn't you thank me instead of demeaning?"

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now