31 : bloodshed

70 15 4
                                    

NUH'S FAMILIA PALACE

Porsche Panamera memasuki perkarangan luas rumah agam milik keluarga Nuh. Tempat majlis resepsi mereka diadakan pada malam hari nanti. Hud Arsalane selaku pemandu terpaksa pengantin baru itu memberhentikan keretanya di hadapan pintu rumah.

"Dah. Berambus." Tanpa berpaling, suara dinginnya berbunyi. Memecahkan sunyi sepanjang perjalanan mereka dari masjid tadi.

Mengerti, Nuh terus keluar dari perut kereta. Giliran Raes mahu membuka pintu di bahagiannya, seseorang telah menariknya dari luar. Angkat kepala, terpampang wajah tegang Nuh dengan sebelah tangan disua kepadanya.

"Come, bunga."

"The pet names begin already? Touching." Huluran ditepis, Raes tarik kain abaya dan keluar dari kereta. Kakinya laju menaiki anak tangga, namun Nuh lebih pantas menarik lengannya.

Sambil pintu ditutup, matanya tak lepas dari memandang wajah Raes. Apabila kereta Hud mula beredar, Nuh menggenggam jemari Raes dengan kuat dan menariknya rapat sehingga lengan mereka berlaga.

"Nak biadap, bukan sekarang." Bisiknya tajam, tepat di telinga Raes.

Ahli keluarganya berada di situ. Jadi mahu tak mahu, mereka perlu berlagak sopan. Bertahan untuk sehari dua sahaja. Selepas berpindah nanti, masing-masing boleh tanggal topeng sendiri.

"Jom." Nuh menarik Raes menaiki anak tangga, menuju ke pintu besar yang terbuka luas. Mereka disambut mesra dengan beberapa pekerja yang sibuk menyiapkan persiapan majlis resepsi.

Raes melonggarkan pegangan. "Dah, lepas!" Tubuh Nuh ditolak sedikit, kaki dibawa menuju ke arah tangga.

"Raes tahu ke nak pergi bilik mana?" Tangannya sempat menjepit hujung jemari Raes.

Sejak status mereka berubah, dia dengan sesuka hatinya turut mengubah pangkat dan gaya bahasa. Tiada lagi beraku-kau dengan isteri sendiri. Tapi itulah, hanya Nuh seorang.

"Umi ada bagitahulah," jawab Raes mendatar. Dia menarik kasar tangannya dan tingkat atas dituju semula.

Sesampai di dalam bilik, pintu ditutup pakai kaki. Tangan lantas meraba-raba tempat di mana jarum peniti dicucuk. Sambil kaki bergerak ke meja solek, tudung shawl putih dibebaskan dari kepala.

Lengan gaun disentengkan ke siku. Hujung abaya pula dinaikkan sehingga paras pinggang lalu diikatnya cara biasa. Mujur pakaiannya serba ringkas hari ini, senang nak buka.

Raes rebahkan badan ke atas katil bersaiz king yang terletak di pusat bilik. Bila anak mata bertemu siling, dia teringat sesuatu. Senjata yang tersisip di lilitan betis ditarik.

----

Dua butang atas baju melayu dibuka, membiarkan udara sejuk dari penghawa dingin menerpa kulit dadanya. Nuh merapati bilik Hud, pintu yang terbuka sedikit itu diketuk perlahan.

Tanpa izinnya, dia terus masuk. Terasa bagai ada kewujudan manusia lain di situ, Hud toleh dan melihat Nuh sudah terpacak bersamanya di balkoni bilik. Ibu jari yang ligat mengusap loket pegun.

"Apa kau buat di sini?"

Nuh terpandang loket di tangan Hud. Hadiah anniversary daripada Inara. Masih ingat lagi bagaimana adiknya itu angau dengan isteri sendiri macam crush baru lepas bagi hadiah.

Namun kini semua itu terlalu perit untuk dikenang. Dia membuang pandang ke pemandangan padang yang terbentang luas di hadapan. Kedua-dua belah tangan dilabuhkan ke atas baluster.

"Finding peace before the lightning strikes." Perlahan suaranya menjawab soalan Hud tadi.

"Come hell or high water, I'll go bat for you. Bukan untuk pihak kau saja, tapi untuk nyawa-nyawa lain yang tak bersalah." Itu janjinya kepada dunia.

Anak mata Hud jatuh pada gambarnya bersama Inara di loket hati itu. Wajah Inara menjadi titik fokus.

"Bila berkata, jangan berdusta. Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin. Kotakan janji kau selama aku pergi dari sini, Nuh."

"Apa kau cakap ni, Angah?" Leher automatik berpusing ke orang sebelah. Apa adiknya merepek ini?

Hud tarik nafas terlebih dahulu. "Aku akan pergi. Dan takkan pernah kembali." Senyum hambar.

Air muka Nuh berubah.

"Ke mana? Itu kau tak perlu tahu. I leave for good. Baik untuk aku atau orang sekeliling. Aku cuma nak kau maafkan segala salah silap aku sebelum kita berpisah hari ni. Malam ni. Maaf Nuh, aku tak dapat sertai majlis kau. Hati aku tak kuat." Suara Hud bertukar nada.

"Berpuluh tahun aku menimba duka seorang diri. Sampai satu tahap, aku sedar yang aku dah tak mampu nak tanggung lagi, jadi aku pilih untuk pergi. This is the wisest decision for now. If being a coward can ease the situation, then I'm willing to bear that title."

Dia tak sanggup melihat dunia ini hancur kerana dendamnya yang bermula dari sebuah duka.

"Tapi aku nak kau tahu, sikit pun aku tak pernah menyesal ada kau sebagai abang aku. Aku sayang kau dan adik-adik sampai akhir nafas."

Halkum Nuh bergerak menelan kelat air liur. "Angah-"

Hud pegang sebelah bahunya lalu ukir segaris senyuman. "In another universe, we will unite together.. as a family. After this war ends."

Di kehidupan mereka kini, tiada lagi gambar keluarga yang akan terabadi bersama.

----

Selangkah kaki memijak lantai bilik, terasa sesuatu menggores kulit lehernya dengan sangat pantas. Cak! Nuh toleh ke tepi, dilihatnya ada skalpel sedang terpacak pada potret besar di dinding itu.

Pintu ditutup, kepala kalih ke kiri pula. Bertemu dengan Raes yang sedang duduk di kerusi. Wanita itu angkat sebelah kening.

Mata Raes jatuh pada darah yang meleleh dari luka di leher Nuh. "Ups maaf, saja nak test tajam ke tak tajam benda tu. Nampaknya kau masuk salah timinglah."

Nuh buat tak endah. Dorsal tangan menyeka darah sambil matanya menilik Raes dari atas sampai bawah. Setelah itu dia berlalu ke potret.

"Raes kalau nak bunuh abang pun, jangan sekarang. The battle hasn't even begun, yet you're already baring your fangs. How amusingly pathetic." Skalpel ditarik, meninggalkan satu tebukan yang agak dalam.

"Mestilah bukan sekarang. Kau kalau mati cepat sangat, habislah rancangan aku. Tak ada hero," balas Raes. Rambut panjangnya dikuak ke belakang.

Nuh mendekati Raes lalu hulur skalpel. "Abang bagi ni, jaga elok-elok. Asah bagi tajam, senang nak bunuh abang nanti."

Reaksi santai Nuh membuatkan wajah Raes mekar dengan senyuman. "Oh, jangan risau! Mind if I use your skin as a whetstone for this?"

Raes menyambut huluran itu. Bila ditarik, Nuh tidak lepaskannya. Malah tapak tangan lelaki itu hinggap di atas dorsalnya. Digenggam kemas.

"Tajamkan ikut sesuka hati bunga. Just remember, sharp blades can cut both skin." Lembut Nuh memberi peringatan.

Sejajar itu, tangan yang masih menggenggam hujung skalpel ditarik laju. Sekaligus menggores tapak tangan Raes. Titisan darah merahnya jatuh ke lantai.

Raes pandang Nuh. Sakit yang menyengat telapak melebarkan senyumannya. Barisan gigi putihnya kelihatan, lalu luka berdarah itu dicalitkan ke serata kawasan bibir.

Now, our bloodshed has officially begun.

- HR -

Jangan lupa vote narings ♥ Thank you for 1K. Narings memang the best!

— Do you ever think my story akan ada chance untuk popular atau diketahui ramai orang. Haha, apa salahnya nak dreaming jadi author femes 👀

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now