15 : locked up

128 14 4
                                    

Saat Nuh dimaklumkan tentang kematian Anaqi, terasa dunianya jeda seketika. Kenyataan bahawa dia tak akan dapat melihat wajah comel anak kecil itu bahkan mendengar riang tawanya selepas ini menusuk ke lubuk hati. Bila ditanya punca kematian, Eymen enggan menjawab. Talian terus diputuskan.

Seperti Eymen, dia turut berasa gagal sebagai seorang doktor. Tanggungjawabnya adalah menyelamatkan nyawa. Namun, lihatlah apa yang jadi sebaliknya. Pangkal hati dipaut satu beban berat sehingga pegun tangan yang bermain di kekunci laptop.

"Along!" Kepala terus kalih ke tangga rumah, melihat Qays turun dalam keadaan tergopoh-gapah.

"Along.."

"Along tahu." Nuh angguk sekali.

Sementara Hud, dia kini berada di Lilith Heights ketika dapat tahu akan berita duka itu. Namun hatinya lebih hanyut dengan kedukaan sendiri. Raes di tempat duduk penumpang keluar dari perut kereta.

-

"Hantar bangkai isteri dan anak kau dekat satu tempat, nanti aku tunjuk. Oh, pasal jantan tu pula.. leave him on me."

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Begitulah kata-kata Raes melalui telinganya. Dia termenung sambil mendukung mayat anaknya yang dibaluti kain bajunya dan Inara di pangkuannya.

"Congratulences, Hud. Your wife gave birth to a.. girl. Ew, kau pegang makhluk hodoh tu? So yucky!" Dicemuh penuh selamba sebelum Raes angkat kaki untuk mengambil lagi banyak stok air soda di dapur.

"Banyak Sprite kau simpan. Bukan tak bagus untuk ibu mengandung ke? Oh my.. were you planned to abort the baby? Dah cakap, kau kejam!" Raes gelak terhibur lalu tarik dua tiga botol Sprite ke dadanya.

'Perempuan'. Hud tunduk melihat anaknya lalu sekali lagi air mata jantannya gugur. Anak perempuan, itu yang dia dan Inara dambakan dari dulu.

"Empat tahun.. Empat tahun kita tunggu untuk ada zuriat, Nara."

"But now, it all fell down. Abang minta maaf sebab gagal lindungi Nara dan anak kita. Nara ialah anugerah paling bermakna bagi abang, cahaya penyuluh laluan dunia dan akhirat abang, penyeri hidup abang. Tak pernah sedetik pun abang kesal jadi suami Nara." Hatinya sebak teramat.

Kerana hospital, mereka bertemu. Inara pernah menjadi pesakit di wad psikiatrik dan kunjungan Hud ke sana secara tiba-tiba membuahkan perasaan cinta antara mereka.

Tujuannya ke sana adalah untuk bertanya khabar dan mengambil rekod kesihatan pesakit wad psikiatrik yang masih dalam fasa pemulihan Hemorrhoid. Tak disangka pula dirinya tiba-tiba menjadi mangsa peluk seorang perempuan. Tersentak Hud dibuatnya, sudahlah peluk macam koala.

Bila tunduk nak tengok, muka gadis itu terhalang dek kepalanya yang disembamkan ke dadanya. Bila rasa bajunya basah, tahulah dia bahawa gadis itu sedang menangis. Terhinjut-hinjut tubuh kecilnya sambil pelukan diketatkan.

"Nara takut.. Nara takut.. Dia nak ambil Nara balik.. Nara tak nak!" Dia geleng kepala bersungguh. Bening mata Hud bertukar redup, terbit rasa simpati dalam dirinya.

Penuh ragu-ragu, Hud memberanikan diri untuk menepuk lembut belakang badan gadis itu seraya memujuk.

"Shh.. Shh.. Na- Nara jangan takut. Dia tak akan ambil Nara. You're safe with me here, Nara." Dipandang gadis bernama 'Nara' itu.

Tepat pada waktunya. "Inara!" Suara Raes memetir dari jauh.

Tanpa sedar, kehadiran tak diundang Inara memagut jiwa Hud. Sehinggakan dia perlu mengguna khidmat orang tengah iaitu Raes. Tapi siapa sangka, jururawat psikiatrik itu juga dalang pemisah dunia mereka berdua. Dengan cara paling zalim!

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now