10 : happy house

244 20 5
                                    

Bang! Kuat bunyi terhasil apabila pintu terhempas ke dinding. Nuh pantas berlari keluar, tangan masih mengagang telefon agar panggilan tidak diputuskan. Manor itu terlalu besar dan luas jadi dia hanya bergerak mengikut kata hatinya.

"Wrong way!" Satu suara menghentikan pergerakannya. Nuh berpaling ke punca suara itu datang, Najin.

"Pintu keluar kat sana." Tangan kirinya tuding ke satu arah.

Nuh tidak beriaksi. Perhatiannya juga bukan pada Najin tapi makhluk di sisi perempuan itu. Sedang merangkak. Dahi berkerut cuba menganalisa apakah ia.

Tiga manusia telanjang dalam posisi merangkak. Seorang lelaki di depan dan dua perempuan di belakang. Mulut mereka bertemu jubur orang depan. Terkunci bagai dijahit dengan stapler.

"Bang! Tolong kami bang- Aark!" aduh si lelaki apabila Najin memukul kepalanya pakai kasut tumit tinggi.

Buat seketika, Nuh lupa akan panggilannya. Telefon perlahan-lahan menjauh dari telinga.

"Don't mind them. They just like to interrupt people while having a morning walk." Ditolaknya punggung perempuan paling belakang untuk terus berjalan.

Perlahan-lahan, mereka merangkak semula. Wajah masing-masing menahan perit seumpama ditimpa azab.

Nuh telan liur dan larikan anak mata. Rasa loya mula menguasai tekak. Dengan pantas dia buka langkah besar semula.

"Behave, man! Else your Zalea will end up like them." Baru beberapa langkah, sekali lagi Nuh terhenti dan toleh ke belakang.

"Apa kau cakap?"

Najin menjambak rambut perempuan di tengah.

"This creature's name is.. The Human Centipede! Kalau kau nak adik kau ganti tempat betina ni, I dare you to shed Raes' tears." Sebuah ugutan maut diberikan secara bersahaja.

Nuh mendengus. "Both of you are sane."

Najin duduk di atas perempuan tengah. Kaki disilangkan lalu seputung rokok Malboro Red tersemat ke celah bibirnya.

"Mungkin. Tapi aku harap otak cerdik kau tu ingat friendly reminder aku yang ini." Dia meramas rambut 'kerusinya'. Hujung rokok itu dinyalakan.

Bazir masa sahaja kalau nak bergaduh dengan perempuan gila ini. Sudahnya, Nuh jeling tajam lalu keluar dari Lilith Heights itu. Akalnya kusut!

Bila kelibat Nuh beredar, muncul Raes di sebaliknya. Najin pandang perempuan itu dengan kening yang terangkat.

"Oh. You just did." Toleh ke Nuh kembali.

Setitis air mata palsu mengalir di pipi Raes. Sempat dia terdengar amaran daripada Najin tadi sebelum Nuh betul-betul menghilang.

Najin is a woman with her word.

-------

Pemanduan Nuh bagai berada di dalam litar malam tadi. Audinya laju membelah angin dan memotong apa jua halangan di depan. Sepanjang perjalanan, panggilan dengan Qays tidak putus sesaat.

"Balik cepat, Along.. Adik tak tahan tengok Alang kena pukul dengan walid.." Suara Zalea teresak-esak mengadu.

"Along tengah on the way ni, Lea. Sikit lagi Along sampai. Sikit je lagi. Along tak jauh," pujuk Nuh.

Resah di hati semakin menggunung setiap kali bunyi kulit dilibas berselang dengan suara jeritan Qays masuk ke telinganya. Ya Allah, selamatkanlah adik-adikku.

"Lea bawak bertenang dan mengucap dulu, okey? Work your respiration, inhale, exhale. Can you do that for yourself?" Pedal minyak makin ditekan, enjin mengaum kuat.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now