11 : fitnah

210 15 6
                                    

Tepat jam 10 pagi, Nuh menjejakkan kaki di Hospital Universiti Aberdeen lagi. Dia memutuskan agar Zalea tinggal di rumah sewanya buat sementara waktu. Dengan bantuan Helena selaku sahabat Zalea dijadikan peneman ketika ketiadaannya di rumah. Reda sikit gusar yang melanda hati ketika mahu berjauhan dari adiknya.

Orang dalam fasa kemurungan ini, macam-macam benda boleh berlaku.

Ubat paracetamol ditelan dua biji sekaligus. Nuh pegang kepalanya yang terasa berpinar. Mungkin impak pra-kemalangan yang tak sampai 24 jam di litar maut tempoh hari. Bercakap pasal itu, bebanan di kepala naik setingkat.

Raes.

Anaqi.

Keluarga.

Raes.
Raes.
Raes.

Sejak pertemuan dua jiwa mereka, hidupnya makin tersasul dari landasan bahagia. Satu persatu bala perempuan itu bawa masuk. Bait memori sepanjang berada di The Maniac League dan Lilith Heights kerap kali dimainkan oleh pita ingatannya.

Nuh cuba menenangkan diri. Kini dia berada di hadapan pintu Operating Theatre. Kawal sistem respiratori dan stabilkan hormon kortisol terlebih dahulu. Tak mahu baham anak orang tak tentu pasal nanti.

Huh.

Pintu besi bilik terbuka secara automatik. Nuh masuk dengan lagak seorang doktor bedah. Lengkap dalam surgical equipment dari atas sampai bawah.

Beberapa pasang mata di dalam bilik itu pantas menyambut kedatangannya dengan penuh hormat. Dua ke tiga minit kemudian, sesi craniotomy dimulakan.

"The initial scalp incision exposes the underlying galea aponeurotica and pericranium, which we will dissect carefully. These layers are vascularized, so meticulous hemostasis is crucial to prevent unnecessary blood loss."

Pisau bedah yang dikendalikan Nuh mula memotong kulit kepala model simulasi. Kaedah Bicoronal Incision. Potongan dibuat secara melengkung mengikuti garisan rambut di kawasan frontal kepala.

Nuh angkat pula flap kulit kepala sejurus mendedahkan lapisan galea aponeurotica dan pericranium.

Sesi diteruskan lagi dengan prosedur selanjutnya.

"Ermm, Dr.. How do you differentiate between tumor tissue and healthy brain tissue during resection?" Salah seorang pelajar bangsa Cina bertanya. Ketika itu proses pembuangan tumor hampir ke penghujung.

"Rely on a combination of visual cues, tissue consistency, and intraoperative imaging. As you know, gliomas typically have a softer and more friable texture." Pandangan mereka bersabung.

"In addition, fluorescence-guided surgery with agents like 5-ALA also lend a helping hand to," sambungnya.

Dengan bantuan instrumen mikro, tumor dikeluarkam penuh berhati-hati untuk memastikan margin dalam keadaan selamat. Berpandukan navigasi intraoperatif.

"The tumour is debulk," ujar suara pelajar perempuan pula. Nuh tak beriaksi, hanya fokus.

Sebelum tutup kepala balik, sesi soal jawab berkenaan komplikasi dan risiko semasa pengeluaran tumor, juga alatan yang sesuai turut menyelit sekali. Seperti biasa, Nuh jawab dengan ilmu di dadanya.

"Close the dura using a running suture. Thus, ensuring a watertight closure to prevent any CSF leaks. After this, we'll replace the bone flap and secure it with titanium plates and screws."

Demikianlah itu, sesi craniotomy melabuhkan pisau bedah. Nuh melanjutkan suasana kuliah dengan caranya sendiri. Sedar tak sedar, masa sudah tiba di kemuncak.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now