5 : hacker

335 19 3
                                    

-Edited

Sambil tersenyum sinis, Raes bersandar ke belakang, menikmati empuknya kerusi pejabat Qays. Dengan satu gerakan ringan, dia memusingkan kerusi tersebut. Berulang kali aksi itu dilakukan sehingga ketawa girangnya bergema di seluruh bilik itu.

Bila kadar kelajuan semakin surut, roda kerusi digeselkan rapat ke meja. Raes lihat keadaan meja kerja Qays yang kemas dengan susun aturnya yang sederhana. Dengan penuh bersahaja, dia melabuhkan sepasang kaki panjangnya ke atas meja lalu disilangkan.

Tup! Tup! Tup!

Kuku jemari yang mengetuk-ngetuk permukaan kayu meja beralih ke laptop kelabu milik Qays. Dibuka penutup laptop itu lalu dia mencucuh pemacu kilat ke penyambung.

Raes mengakses masuk peranti peribadi itu dengan mudah. Pecah masuk atau sabotaj maklumat memang salah satu kepakarannya. Semua ini datang dari didikan masa lampau.

"Aisywara Zalea." Setelah laman EHRS berjaya dibuka, dia ketik fail pesakit bernama Aisywara Zalea.

Anak mata Raes bergerak-gerak membaca maklumat Zalea yang direkodkan di dalam sistem itu. Baik dari segi asas atau sensitif, perhatiannya lebih cenderung kepada aspek kritikal Zalea.

Aisywara Zalea binti Zulqarnain
27 Tahun
Diagnosis: MDD, PTSD, Anxiety

Raes tolak kerusi ke belakang sedikit. Sambil mata tak lepas dari skrin, dia capai dokumen Zalea yang disimpan di dalam sebuah rak khas. Dengan lincah, kawalan keselamatan fail yang memerlukan kod rahsia itu turut berjaya dibuka.

Akal membuat hubung kait kedua-dua bahan itu sambil-sambil beberapa salinan data dipindahkan ke dalam pemacu kilatnya. Termasuk rakaman suara, komunikasi antara Zalea dan Qays.

"Punca sakit, trauma dari kejadian empat tahun lepas dan tekanan daripada keluarga." Sebelah kening Raes ternaik. Asbab yang menarik.

Badan bersandar sekali lagi, dia ketap kuku jari telunjuk kanannya. Sebelah tangan lagi ligat bermain dengan tetikus laptop.

Pergerakan Raes pegun. Dia mengecilkan anak matanya.

-------
Kepada kembar lelakiku, Zulfathun Arkan Zulqarnain.

Seandainya aku tak ajak kau jogging malam tu, pasti kau masih hidupkan? Mesti semua benda baik-baik sajakan?

Benar kata umi dan walid. Segala persoalan mereka sama sekali benar.

Kenapa bukan aku je yang mati malam tu? Kenapa harus kau?

Aku pun tanya benda sama pada diri sendiri. Kenapa bukan aku? Kenapa kau?

Zul, orang kata kembar ada telepati.
Zul, aku nak minta maaf. Aku harap kau dapat rasa betapa terseksanya jiwa dan ragaku sekarang. Aku hidup dengan penyesalan. Aku perlukan kau di sini. Semua orang perlukan kau, bukan aku.
Zul, pulanglah ke pangkuan umi dan walid.
Nescaya keluarga kita pulih balik.

Ketaksuban umi mahukan kau hidup dan aku mati itu..
Akan aku tunaikan. Jadi Zul, kau pulang ya? Biar aku jadi galang ganti kau.

Mereka mahu kau, bukan aku.
Mereka puja kau, bukan aku.
Mereka mahu kau hidup, aku mati.

Pulang ya, Zulfathun.

[Aisywara Zalea (2022)]

-------

Luahan hati Zalea itu hanya ditatap tanpa perasaan. Raes kelip mata berkali-kali. Tetikus geser ke maklumat seterusnya.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now