20 : deal

109 15 4
                                    

Najin menghempas pintu hingga terhincut bahu tetamu yang sedang menunggunya. Kening Jason bertaut melihat Najin yang mengambil tempat di kerusi bertentangannya.

Matanya tertancap pada hujung mata dan pipi Najin yang agak lebam. Plaster kecil turut tertampal sekali.

"Someone is knocked sideways," tegur Jason sambil meletakkan cawan kopi di atas piring kecil.

"You should've beat her till death back then. Tak adalah menyusahkan orang lain bila dah besar." Najin mendengus bila teringat semula perangai 'menyusahkan' Raes sepanjang mereka berkawan.

Jason ketawa. "Tak ada faedah kalau aku bunuh dia. I knew she had the potential to bring me good fortune.. like now." Dia berpandangan sesama Najin.

"So that's why I let her live."

Terus tersungging hujung bibir Najin mendengar ayat Jason itu. "Dengan cara jual dia pada SB (Solntsevskaya Bratva) dan biar mereka yang bentukkan anak kau sendiri?" tekanya.

Kalau dah nama kumpulan bratva, mafia, kongsi gelap, sudah tentu didikannya keras. Tak berhati perut. Kasar. Entah apa yang mereka lakukan terhadap Raes hingga gadis itu jadi sebegini rupa. Ah, padan muka dialah!

Jason mengangguk. Lantas terhambur tawa sinis Najin. Boleh nampak dah lima puluh peratus perangai Raes ikut siapa.

"I needed to. Lepas kahwin dengan mak dia, hidup aku tak pernah senang. We chose to part our ways after she gave birth to her. Unfortunately, she dead and I was hella livid! Dia tak sepatutnya mati lepas buat aku terpaksa masuk Islam dan tarik semua kesenangan aku. And she had the urge to leave me with that brat?!" Sedikit-sebanyak Jason membuka cerita.

Rahang diketap erat bila teringat momen-momen hidupnya beberapa tahun lepas. Jason dan bekas isterinya— Malinda, kahwin lari di St. Petersburg kerana terlanjur semasa wanita itu bercuti. Tanpa disangkal, berita itu sampai ke pengetahuan abang Malinda iaitu Ivan sebelum mereka berkahwin.

Dia mengugut Jason supaya bertanggungjawab kerana terpengaruh dengan cerita karut Malinda yang meletakkan sepenuh kesalahan pada Jason. Itu membuatkan Jason terpaksa memeluk Islam dan bertanggungjawab ke atas kandungan Malinda.

Alamatnya, status Jason sebagai anak kepada ketua narko Mexico turut terkesan. Keahliannya hilang. Segala kekayaan dan kesenangan yang dimiliki selama ini juga hilang dalam sekelip mata.

Semuanya gara-gara Malinda. Meski mereka telah diijabkabulkan, Jason kerap kali mendera zahir dan batin Malinda kerana dendam dan amarahnya.

Buatlah apa pun, bukan ada orang tahu tentang Malinda. Kecuali abangnya sendiri, itu pun tahu tak tahu aje. Wanita itu datang dari keluarga berpecah belah.

"One day, I dealt with the Bratva." Cerita hampir sampai ke klimaks. Najin masih berdiam diri, tetap dengan ekspresi kosongnya.

Dia tahu siapa ketua Solntsevskaya Bratva pada ketika itu, Kamirez Fedorov. Jadi perjanjian apa yang mereka putuskan?

"Semuanya bermula bila aku tak mampu nak bayar hutang dia. So he pulled what was hidden under my sleeves." Rahsia Jason mengenai dirinya yang sebenar dan keluarga kecilnya terpecah jua.

"Dia tawarkan aku dua benda," sambung Jason dengan dua jari diangkat. "First, he would help me return to my lair and my debt would be wiped clean— KALAU aku sanggup korbankan Raes kepada dia."

Tunak mata Jason berubah sinis. Senyumnya meleret bangga. "Macam yang kau boleh agak, mestilah aku korbankan dia. It was the only logical choice." Kedua belah bahu dijungkit tanda senang.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now