14 : death

150 11 4
                                    

     Nuh menggantung sejadah kemudian berlalu ke meja ofis sambil mengenakan semula kaca matanya. Bawah mata sudah berhias warna hitam, muka tampannya juga nampak agak serabut. Tak cukup tidur punya pasal.

Jika diikutkan kata badan, pasti saja tubuhnya sekarang sudah terlentang di atas katil. Tapi entah kenapa, dia lagi rela mengorbankan tidur berkualitinya pagi ini. Otaknya sarat dengan pelbagai kata negatif. Hatinya juga rasa tak tenang.

"Eymen, angkatlah.." gumam Nuh sambil menanti panggilannya diangkat. Rasa bodoh juga sebab telefon di waktu-waktu sebegini. Tapi dia kesah apa, ini tentang Anaqi!

6:45 a.m

Telefon berulang kali, berkali-kali juga suara perempuan yang menerjah telinganya. Ini misi menghabiskan kad kredit!

Sudahnya, Nuh letak telefon. Dia mula mencekak pinggang sambil mengetuk-ngetuk permukaan meja ofis dengan hujung telefon. Selagi tiada khabar daripada Eymen, selagi itu dia tak senang duduk.

------

PICU Hospital Universiti Aberdeen

   Pintu terbuka, Raes menapak masuk bersama tray dengan beberapa botol ubat dan jarum suntikan. Sampai di katil Anaqi, dia memandang kosong budak lelaki itu sambil rambut hitamnya diusap perlahan.

"Sleep tight, honey." Bibir mengulum senyum manis di balik topeng muka. Cecair jenis Potassium Chloride mula memenuhi ruang udara picagari.

Dos ubat yang berlebihan disuntik ke dalam saluran darah Anaqi. Seusai itu, dia berdiri tegak di sisi katil. Menanti sesuatu.

Kejang. Gelombang hiperkalemia muncul pada skrin mesin kardiogram.

Wajah Anaqi dijeling sekilas sebelum Raes menyusun langkah keluar dari bilik itu. Bila berselisih dengan staf lain, dia tunduk hormat dengan sekulum senyum puas di balik mask.

"Ma.. Macam mana?" tanya satu suara lunak apabila kelibat Raes muncul di depannya. Mereka berdua mengenakan pakaian yang sama.

Langkah Raes mati setelah dia memintas jururawat itu. Dia berpaling sedikit ke belakang melalui bahu.

"Erm.. Anaqi.."

Belum sempat Marissa menghabiskan ayat, Raes mula berlalu pergi. Tanpa sepatah kata. Meninggalkan jururawat yakni kakak kepada Anaqi itu terpinga-pinga di tempatnya.

"Huh." Genggaman buku lima dibuka, sebuah kaca mata terletak elok di atas tapak tangannya. Dia jeling kelibat Raes dan kaca mata berkamera pemberian gadis itu.

Apa fungsi Raes bagi kamera itu? Sudah tentunya untuk merakam saat sakaratul maut Anaqi yang akan berlangsung tidak lama lagi. Video rakaman tersebut akan diberikan kepada Raes sebagai tontonan masa senggangnya.

BAM! Selesai solat Subuh, Eymen terus pecut ke bilik PICU apabila seorang staf lelaki datang kepadanya bersama berita buruk tentang Anaqi. Nasib baik sempat sapu doa.

"The T wave is peaked and the QRS complex is widening."

"Kenapa kadar kalium dia tinggi sangat?!" Melengking suara garau Eymen setelah melihat perubahan pola jantung Anaqi melalui monitor ECG.

Staf perubatan semua kelam-kabut. Mata kuyu masing-masing terus segar bugar.

"Kalsium glukonat! Berikan sekarang!"

Marissa segera menghulur suntikan kalsium glukonat lalu tangan Eymen pantas menyambutnya.

Beep.. Beep.. Beep..

Eymen cuba kawal riak muka. Bunyi monitor akan selalu menjadi mimpi ngeri dan kenangan pahit buatnya.

"Insulin! Hurry up!" Aksi yang sama, Eymen tangkas menyuntik insulin bersama dextrose tetapi Anaqi masih tidak memberi respon yanh sewajarnya.

HR : Maniac OGWhere stories live. Discover now