"Dear?" Panggil Aayaz sambil fokus kepada pemanduan, menuju pulang ke rumah.
"Ye?" Sahut Naila lembut.
"Kalau abang nak tanya sikit boleh? Tapi janji yang awak akan jujur dengan abang." Tanya Aayaz meminta izin. Sedari tadi lagi ada soalan yang berlegar difikirannya dan sangat-sangat menginginkan jawapannya.
"Boleh dan Aila janji akan jujur dalam semua jawapan Aila." Izin Naila bersama janjinya.
"Kenapa awak berkeras tolak cinta abang walaupun tahu diri abang ni macam mana dulu?" Tanya Aayaz ingin tahu. Walau pada hakikatnya dia seakan-akan tahu sebab kenapa dia ditolak sebelum ini. Namun, dia tetap ingin mendengar alasan yang keluar daripada mulut gadis itu sendiri.
Dia tidak mahu terus meletakkan andaian kerana tidak mahu menjadi satu fitnah nanti. Haz Asyzzq pernah berkata, "Sebarang andaian yang kita letakkan terhadap seseorang berdasarkan penglihatan luaran akan menjadi fitnah apabila kebenarannya terbongkar kelak. Maka gunakanlah penglihatan dalam untuk menilai sesuatu perkara itu."
"Sebab Aila takut...Takut abang cuma kasihankan Aila dan bukan kerana cinta. Takut Aila akan menyusahkan dan membebankan abang kalau Aila terima..." lirih Naila memberitahu sebab kenapa dia menolak sebelum ini.
"Dear..." seru Aayaz lirih. Dia faham akan trauma yang dirasakan gadis itu tapi hatinya tetap berasa terkilan bila diletakkan andaian sebegitu rupa.
"Abang bukan macam Idrees, yang sanggup dan berani menyakiti mental awak sampai trauma begini. Kami berdua berbeza daripada pelbagai segi walaupun sama jantina. Datang dengan rasa yang berbeza dalam tujuan menghalalkan awak. I want you because of the sincerity of love that is present, and he wants you because of the compulsion of love that he received. Abang cintakan awak daripada abang tingkatan 2 lagi dan tak pernah berubah sampai sekarang." Lirih Aayaz meluah segala yang tersemat difikirannya.
Mungkin orang nampak dia bodoh sebab sanggup pendam dan setia mempertahankan cinta yang terpahat dihati demi seorang gadis selama 11 tahun. Ia bukanlah masa yang singkat dan senang untuknya, dimana pelbagai dugaan dia perlu hadapi untuk sampai ke tahap ini. Namun dia tidak mengalah kerana dia yakin dengan apa yang dia lakukan. Yakin yang cintanya itu benar-benar datang seperti yang telah tertulis dan ditakdirkan tepat buatnya.
"Kasihan? Menyusahkan? Membebankan? Abang tak pernah fikir dan rasa macamtu pun dekat awak. Abang nampak awak istimewa daripada perempuan yang lain. Abang nak memperisterikan awak bukan semata-mata kerana kecantikan tetapi kerana kesempurnaan awak dalam menjaga maruah diri dan bersujud kepada-Nya. Abang jatuh cinta kerana itu dan bukanlah kerana nafsu. Cinta kerana nafsu hanya akan memusnahkan segala yang terjalin dan takkan pernah rasa bahagia. Kesopanan dalam menjaga diri adalah asbab pertama abang mencintai awak." Tambah Aayaz bersertakan asbab kenapa dia memilih Naila sebagai bakal isterinya.
"Tiada yang menyusahkan atau membebankan bagi kekurangan awak terhadap abang. Kerana ia adalah satu anugerah untuk abang, anugerah yang perlu dijaga dengan lebih sempurna dan penuh kasih sayang. Dan juga satu sebab untuk abang merubah diri menjadi lebih baik dan layak sebagai seorang suami. Kekurangan awak mengajar abang untuk lebih menjaga segala emosi, fikiran dan sikap. Berusaha merubah segala keburukan yang pernah ada ke arah lebih baik." Akhir Aayaz. Jujur daripada hati akan segala yang terluah.
"Abang Zayy ni macam Alhayyz lah." Ujar Naila tiba-tiba sehingga membuatkan Aayaz terdiam. Dia macam Alhayyz? DIA? HOW COMES?!
"Apa maksud awak? Kenapa cakap abang macam Alhayyz, si penulis lelaki kedua terhebat tu?" Tanya Aayaz tidak faham. Celah mana yang nampak dia macam Alhayyz? Pelik...
"Cara abang Zayy cakap tu nampak serupa dengan Alhayyz. Dia selalu pujuk peminat dia dengan kata-kata yang sangat melembutkan hati dan kena dengan kami semua even panjang berjela. He is a sweet talker just like Haz Asyzzq, who is the most comfort and sweet person for his fans." Jelas Naila. Dia dah lama minat dua penulis itu dan kenal sangat dengan diorang punya cara. Dan Aayaz betul-betul nampak serupa dengan Alhayyz even dia tak pernah tahu bagaimana kewujudan penulis itu.
"HAHAHAH...Ya Allah, dear...Sampai ke situ pula eh awak. Mana mungkin abang sama dengan Alhayyz. Abang, Aayaz Zayyan, seorang superitendant dalam VAT69 yang memegang platun Alpha. Alhayyz pula seorang penulis kedua terhebat lelaki selepas Haz Asyzzq yang sangat digemari dan diminati oleh semua pembacanya. Kami berbeza dan mungkin nampak sama daripada segi cara bercakap tapi tak semestinya yang lain pun sama. Mungkin pelanduk dua serupa dan kita, setiap manusia ada 7 orang yang hampir seiras daripada segi berbeza. Ok, dear?" Balas Aayaz. Yang bukan-bukan jelah Naila ni fikirkan. Dah terjebak dengan perangai Arash dengan Areez ke?
Siapalah dia untuk dianggap sebagai Alhayyz, salah seorang penulis terkenal itu. Dia hanyalah seorang superitendant yang sangat mencintai cinta hatinya. Tak mampu langsung untuk jadi penulis.
"Betul juga eh apa yang Abang Zayy cakap tu. Hmm...dahlah, abaikan jelah." Setuju Naila. Ada betul juga apa yang dikatakan itu. Setiap manusia ada 7 orang yang hampir serupa dengan diri masing-masing. Yang pasti tidak semestinya serupa pada wajah, kerana sikap dan perangai juga boleh dikira sebagai satu perkara seiras.
"Dah, kita stop cakap pasal Haz Asyzzq dan Alhayyz awak tu. Ingat sama dekat orang sebelah awak ni. Dia jealous tahu tak sebab bakal isteri dia tak habis-habis cakap pasal lelaki lain." Rajuk Aayaz. Daripada tadi dia tahan cemburu. Dan sekarang dia dah tak tahan! Lelaki mana je yang tak jealous bila cinta hati dia sibuk bercerita perihal lelaki lain berbanding dia. Berdesing telinga dia mendengar semua tu.
"Hehehe sorry...By the way, bukan bakal isteri lagi eh! Kita tunang pun tak lagi mana datangnya bakal isteri. Restu dengan tarikh tunang pun tak dapat lagi, dah panggil kita bakal isteri." Bebel Naila. Gelojoh sungguh Aayaz Zayyan bin Adhaa Fathi ni!
"HAHAHAHA ok, ok. My bad. Restu tu dah dapat lama dah, my dear princess. Cuma abang nak minta sekali lagi dengan tarikh tunang. Abang nak cepat-cepat ada satu ikatan dengan awak. Mungkin bukan dengan ikatan perkahwinan lagi tapi ia sudah memandai dengan ikatan pertunangan dulu. Abang nak semua orang tahu yang awak ni milik abang supaya takde yang berani kacau awak lagi termasuklah Idrees. I'm your aster's protector and you are my aster's flower." Luah Aayaz romantik. Habis membahang teruk wajah Naila saat itu.
Walaupun dia tidak nampak tapi dia tersangatlah yakin yang Aayaz ada merenungnya sesekali.
"Yelah. Yelah. Tapi abang ada cadangan ke untuk tarikh pertunangan tu? Ke nak ikut majoriti daripada kedua belah pihak je?" Tanya Naila, mengalihkan topik. Mahu meletup muka dia kalau berterusan seperti ini.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...