"Abang ada idea sebenarnya untuk tarikh pertunangan kita nanti tapi tak pastilah awak setuju ke tidak dengan cadangan tu." Balas Aayaz. Banyak kali dia fikir sebelum dinner tadi tapi dia takut ditolak pula oleh orang pihak perempuan.
"Abang Zayy bagitahu lah bila. Mana tahu Aila setuju ke?" Arah Naila. Dia tidak kisah bila pun tarikhnya kerana dia lebih suka mengikut cadangan Aayaz, kekasihnya.
Macam terbalik pula sekarang tapi takde masalah pun kalau Aayaz yang pilih sebab dia juga ada hak dalam hubungan ni. Tak semua perlu ikut telunjuk dia sebagai pihak perempuan.
"Abang ingat nak adakan majlis pertunangan kita pada cuti sekali lagi yang bertempohkan dua bulan lagi. Cuti abang kalini dah nak habis, cuma tinggal beberapa hari je lagi. Mana sempat nak buat majlis pertunangan kita. Betul tak? Lagipun esok petang abang nak kena bertolak pergi mansion Ku Dyan pula sebelum masuk kem balik." Beritahu Aayaz mengenai cadangannya. Dia tidak kisah dengan komen pihak perempuan kerana baginya jika diterima, dia akan bersyukur sangat. Jika ditolak pula, dia akan redha dan ikut sahaja cadangan lain.
"Aila setuju dengan cadangan abang Zayy. Aila janji akan bantu abang Zayy pujuk kalau parents kita tolak cadangan ni nanti. Aila sanggup buat apa sahaja kalau abang Zayy betul-betul jadikan Aila sebagai tujuan abang Zayy." Setuju Naila terus tanpa sebarang bantahan.
"Betul ke awak setuju dengan cadangan abang ni?" Tanya Aayaz inginkan kepastian. Terkejut dia bila cadangannya diterima serta-merta begini.
"Yup. Ada sebab juga kenapa Aila setuju. Satu, sebab Aila tahu yang abang Zayy dah mula nak busy balik. Kedua, sebab kita masih tiada persiapan lagi. Jadi lebih baik ikut cadangan abang Zayy dimana kita masih ada masa untuk prepare semua berkaitan majlis." Jelas Naila kenapa dia setuju dengan cadangan itu tanpa sebarang bantahan.
"Thank you, my dear princess...Abang bersyukur sangat sebab ada awak. Dengan izin Allah SWT, Abang janji akan tunaikan segala janji abang. Awak tujuan abang dan akan selamanya begitu. Jangan takut dan stress sebab kekurangan awak lagi. Ingat yang awak ada abang untuk menyempurnakannya. I love you so much, my dear princess. See you tomorrow, ok?" Luah Aayaz penuh syukur. Dia rasa bersyukur sangat kerana memiliki Naila sebagai pemilik hatinya. Naila benar-benar memahaminya daripada pelbagai segi.
"Orite abang Zayy. Aila masuk rumah dulu, assalamualaikum." Ucap Naila sebelum menapak turun daripada kereta milik Aayaz sambil dibantu oleh papanya.
"Baik, waalaikumussalam." Balas Aayaz sebelum kelibat kekasih dan bakal bapa mertuanya hilang daripada penglihatan.
Malam ini, dia pulang dengan penuh rasa bahagia. Bibirnya tidak henti mengukir senyuman. Hati pula berasa tidak sabar untuk memberitahu ibubapanya tentang perkara ini. Sempat dia meminta mereka untuk menunggunya sebelum mereka berdua bertolak daripada restoran tadi. Bukan tidak sabar untuk memberitahu ibubapanya sahaja tetapi sekali dengan Hell's Killer. Kebahagiaannya perlu dikongsi terutamanya dengan Asyraaf yang sudah banyak membantunya selama ini.
Pagi esoknya, "FUH! Ketaq habis, aih!" Gumam Aayaz sendirian didalam biliknya. Rasa ketar habis lututnya sejak selesai bersiap tadi.
Dah dapat restu tapi tetap rasa takut menguasai diri. Mahu tidak mahu, dia tetap perlu hadapinya kerana dia tidak mahu Naila-nya terlepas lagi. The aster's protector really needs his aster's flower now.
TOK! TOK!
"Anak teruna mama ni tak siap lagi ke? Bila nak bertolak ni? Kita dah janji kan dengan diorang bila waktu kita nak datang? Jadi jomlah kita gerak sekarang, takut nanti lewat pula." Tanya Puan Jihan membuatkan tingkah Aayaz tadi terhenti. Dengan segera dia melangkah menuju ke pintu lalu menuruni tangga bersama si ibu.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...