"WOW! Besar gila mansion Ku Dyan ni!" Ujar Arash teruja. Sekaya Asyraaf, lagi kaya Tengku Adyan. Matanya bersinar memandang rumah agam itu tidak berkelip.
"Woi! Tutup mulut tu. Lalat masuk nanti!" Cepat-cepat Arash menutup mulutnya yang tergangga tadi selepas disergah oleh Areez.
"Ish!" Marah Arash. Kacau sungguh lah Areez Zayden ni! Padahal dia pun dua kali lima je dengan kita. Acah konon!
"Dah jom masuk, tadi kalut sangat suruh aku cepat." Ajak Aayaz dingin. Kakinya sudah mulai melangkah mengikuti Asyraaf yang sedari tadi hanya diam tidak berbicara.
Cepat-cepat mereka berdua mengikut langkah Asyraaf dan Aayaz masuk ke dalam mansion itu. Hati rasa teruja sangat nak tengok keadaan dalam mansion itu pula. Mesti dekat dalam lagi gempak kan? Yelah, dekat luar pun dah nampak megah, apakan pula dalam.
"Assalamualaikum," ucap mereka berempat serentak sebaik sahaja berdiri tegak dihadapan pintu utama atau lebih tepatnya dihadapan Tengku Adyan Mateen.
"Waalaikumussalam, jemputlah masuk." Sambut Tengku Adyan sekaligus mempelawa keempat-empat jejaka itu masuk.
Keempat-empat mereka pun segera masuk selepas dipelawa oleh tuan rumah. Dan sekali lagi, mulut Arash dan Areez ternganga saat melihat bahagian dalam mansion itu. Sampaikan Aayaz terpaksa memberi tamparan dekat bahu seorang sekali.
"Macam tak pernah tengok rumah orang kaya jelah. Buat malu." Gumam Aayaz yang khas buat Areez dan Arash sahaja dengar.
"Bukan tak pernah tengok tapi ni terlebih kaya! Kalah Zeeq dengan kau!" Balas Arash dengan nada perlahan. Membulat kedua mata Aayaz saat mendengar balasan itu. What?!
"Memanglah dia kaya daripada kitorang sebab dia tu daripada kalangan keluarga diraja. Kitorang pula cuma rakyat biasa!" Tegas Aayaz dengan nada yang masih perlahan.
"Ye tak ye juga kan!" Setuju kedua jejaka itu serentak. Memang patut pun Tengku Adyan kaya lagi daripada Asyraaf dengan Aayaz sebab dia daripada kalangan keluarga diraja. Lupa pula...
"Dah, jom cepat." Ajak Aayaz. Langkah kembali dibuka mendekati dimana Asyraaf dan Tengku Adyan sedang berdiri.
"Terima kasih sangat-sangat saya ucapkan kepada kalian berempat sebab sudi terima pelawaan saya. Saya bertul-betul bersyukur." Ucap Tengku Adyan sebagai permulaan bicara. Matanya tidak henti merenung Asyraaf yang hanya diam tanpa sebarang tingkah.
"Woi, Yaz!" Cuit Arash perlahan. Serentak itu, Aayaz menoleh ke arah sepupunya itu dengan wajah pelik. Dah kenapa pula ni?
"Why?" Tanya Aayaz dengan nada perlahan. Dia dah melakukan kesalahan berat ni sebab membelakangkan Tengku Adyan. Sepatutnya dia perlu berdiri tengak dan fokus dengar apa Tengku Adyan cakap tapi jadi lain pula sekarang.
"Tengku Adyan tu normal ke?" Berkerut dahi Aayaz saat mendengar pertanyaan sepupunya itu. Seiring dengan anggukan kecil daripada Areez.
"Dah kenapa kau tanya macamtu?" Tanya Aayaz kembali tanpa menjawab pertanyaan Arash tadi.
"Kau tengoklah cara pandangan Tengku Adyan dekat Zeeq. Nampak macam tengah fall in love gitu." Ujar Arash membuatkan Aayaz segera menoleh ke arah Tengku Adyan dan Asyraaf. Nampak biasa je cara pandangan tu...
"Kau ni melebih lah, Ash. Tu bukan pandangan jatuh cinta tapi pandangan terpukau kerana sesuatu yang dia inginkan ada dekat seseorang tu." Pangkah Aayaz. Arash ni kalau dibiarkan makin menjadi-jadi pula nanti!
"Ye eh? Aku ingatkan pandangan cinta hehehe." Tersengih-sengih Arash saat mengetahui perkara sebenar.
"Dah, diam! Dengar apa yang Ku Dyan nak sampaikan." Arah Aayaz. Serentak itu juga mereka bertiga kembali berdiri tegak seperti Asyraaf sekarang.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...