Bab 35

115 7 0
                                    

"Jadi apa keputusannya?" Tagih Tengku Adyan akan jawapan daripada mereka berempat.

"Saya, Asyraaf yang merupakan ketua kepada Hell's Killer, betul-betul ingin memohon maaf dengan Ku Dyan. Sekali lagi saya ulang, yang kami bukannya berniat hendak menolak rezeki atau tidak bersyukur dengan apa yang ditawarkan. Tapi kerana kami sedar kedudukan kami. Kami rasa tidak layak untuk bersatu dengan Diaz Vercetti yang sangat hebat dan gah dimata semua orang. Kami sudi menyediakan bantuan untuk Diaz Vercetti apabila diperlukan tetapi bukan dengan menyertai dibawah naungan Diaz Vercetti. Kami hanya pihak pertahanan biasa dan tiada sebarang kelebihan seperti Ku Dyan dan yang lain. Dan kami memilih untuk menolak tawaran itu." Jelas Asyraaf sekaligus memberi jawapan akan pertanyaan itu.

"Baiklah, saya faham. Saya berharap sangat yang kalian berempat akan terima pelawaan saya tetapi tidak mahu memaksa. Kerana saya tahu dan yakin, ada sebab kenapa kalian menolak. Jadi saya terima keputusan yang dipilih itu. Dan saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sudi membantu Diaz Vercetti jika kami memerlukan. Bagi saya, itu sudah lebih daripada kata cukup. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan." Balas Tengku Adyan tenang. Dia menerima keputusan daripada mereka berempat kerana dia yakin yang suatu hari nanti semuanya akan berbalik. Mungkin semua pelawaan yang ditolak akan berubah menjadi terima. Mana kita tahu bukan?

"Terima kasih kerana faham dan sudi terima keputusan kami. Tolong maafkan kami jika keputusan yang kami buat ni dah kecewakan Ku Dyan. Tapi siapa tahu suatu hari nanti ia akan berubah? Allah SWT kan maha perancang, dimana dia mampu membolak-balikkan sesuatu yang dia inginkan mengikut kemampuan dan bertapa tekadnya kita. Dan ia sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu Diaz Vercetti apabila diperlukan kerana bermulanya dengan perjumpaan ini, kami sudah dikira bekerjasama dengan Ku Dyan." Ucap Asyraaf penuh ikhlas dan syukur. Terdetik juga sedikit rasa bersalah dihati mereka terhadap Tengku Adyan kerana jawapan yang dipilih.

"HAHAHA saya ni bukannya kejam sangat pun. Saya hanya akan berubah kejam bila dengan musuh je. Jadi tak perlulah rasa serba salah sangat. Demi Allah SWT, saya betul-betul ikhlas terima apapun jawapan kalian berempat. Dan sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada kalian berempat. Terima kasih sebab sudi datang dan bekerjasama dengan saya dan Diaz Vercetti." Balas Tengku Adyan bersama ketawanya. Adoiii rasa macam kejam dan jahat sangat pula diri ni bila diorang tak habis-habis minta maaf.

"Baik dan sama-sama, Ku Dyan." Ucap mereka serentak. Sekaligus menghentikan perbualan yang mereka yakin takkan habis berbalas.

"Allah...Lupa pula saya nak tanya dekat Supt. Zayn akan jawapan yang dipilih. Adakah awak terima tawaran saya yang mula-mula tadi? Jujur, saya memang berharap sangat yang awak akan terima. Tolong jangan fikirkan harapan saya tetapi cukup dengan fikirkan harapan anak saya. Dia berharap sangat yang awak akan terima dan betul-betul nakkan awak berdua. Dan sekarang saya hanya tunggu jawapan daripada awak memandangkan Supt. Haez terpaksa menolaknya." Terdiam Aayaz saat ditanya akan keputusan tawaran utama tadi.

"Errr..." tidak tahu hendak memberikan jawapan apa. Kerana dia benar-benar dalam dilema saat ini.

Sedang giat dia berfikir akan jawapan yang hendak diberi, secara tiba-tiba terasa ada satu tangan menepuk perlahan bahunya. Serentak itu, kepalanya ditoleh ke kanan.

"Cukup aku je yang dah kecewakan hati Ku Dyan dengan Ku Reez. Kau jangan ikut serta. Dan aku tahu kau pun tak sanggup nak tambah kekecewaan dekat diorang lagi, betul tak? Jadi, terimalah. Anggaplah tawaran ni sebagai satu rezeki dan balasan atas usaha kau selamani, terutamanya terhadap perjuangan cinta kau. Kitaorang tetap ada dan akan selalu bantu kau bila kau terima. Kitaorang takkan pernah tinggalkan kau. Accept it, Aayaz Zayyan." Pujuk Asyraaf sekaligus menyakinkan dan memberi nasihat buat sahabatnya itu.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now