Bab 39

108 8 0
                                    

        Sekejap sahaja masa berlalu dimana malam sudah pun bertukar siangnya. Hari ini merupakan hari pertama buat Aayaz dan tiga sahabatnya untuk menemani dan meluangkan masa bersama Tengku Areez selama dua hari yang mereka ada.

"Morning!" Ucap Tengku Areez penuh ceria. Bibirnya melakar senyuman tidak henti. Kesan daripada tidur semalam.

"Morning too, baby Reez." Ucap mereka serentak. Senyuman manis juga terukir dibibir masing-masing. Pagi mereka terasa lebih ceria dengan kehadiran si kecil itu.

"Dah, jom duduk." Ajak Tengku Adyan. Terus ditarik lembut tangan kecil anaknya yang sedari tadi berada dalam genggaman, menuju ke arah meja makan.

Tengku Areez hanya mengikut sahaja. Terkedek-kedek mengikut langkah si bapa.

"Anak daddy ni nak duduk atas kerusi sendiri atau atas riba daddy macam semalam?" Tanya Tengku Adyan ingin tahu. Tangan besarnya naik mengusap lembut kepala anaknya.

"Nak duduk atas riba daddy!" Balas Tengku Areez penuh keterujaan. Bukan selalu dipelawa berturut-turut macamni. Jadi kita kenalah hargai peluang yang ada ni. Jangan menyesal dikemudian hari jika memilih untuk menolak.

"Come." Arah Tengku Adyan. Terus dicempung tubuh kecil milik si anak dan diletakkan diatas ribanya.

"Thank you, daddy. I love you so much, my beloved hero." Ucap Tengku Areez ikhlas. Dicium lama kedua belah pipi cekung milik daddynya itu.

Tersenyum bahagia Tengku Adyan saat mendengar luahan anaknya itu. Setiap hari akan mereka berdua akan saling mengucap kata sayang buat satu sama lain. Ia merupakan salah satu cara mereka menunjukkan kasih sayang terhadap satu sama lain dan tidak pernah lekang sekali pun daripada mulut masing-masing.

"Welcome, my son and I love you so much too, my beloved son." Balas Tengku Adyan. Satu kucupan hangat dilabuhkan lama diubun-ubun si anak. Rasa bahagia dan bersyukur sentiasa mengalir dalam dirinya tiada henti.



"Dah, jom makan. Kejap lagi baby Reez keluar dengan diorang empat ok? Sebab daddy ada hal yang perlu dilakukan. Daddy nak kena pergi lawat paksu Aus awak dekat apartment macam biasa." Ajak Tengku Adyan selepas lama kucupan diubun-ubun anaknya dilepaskan. Disenduknya nasi goreng kampung yang dimasak oleh Aayaz tadi kedalam pinggannya.

"Ok, daddy. Tapi kalau baby Reez nak keluar dengan abang Zeeq dan Abang Yaz je boleh?" Tanya Tengku Areez meminta izin. Matanya terkebil-kebil meminta simpati daripada si bapa.

"Why?" Tanya Tengku Adyan pelik. Dah kenapa pula nak keluar dengan Asyraaf dan Aayaz je ni?

"I don't want to go out with people who can stress the brain." Tersembur terus nasi yang berada didalam mulut Areez dan Arash saat mendengar jawapan bersahaja daripada Tengku Areez itu. Habis pedih rasa ulu hati mereka berdua saat ini.

"AUCH! It's hurt so much, baby Reez." Luah Arash. Tangan kirinya sengaja naik mencengkam dadanya yang dikira sebagai lakonan.

"Do I care?" Balas Tengku Areez seakan-akan tidak terkesan langsung dengan luahan Arash itu.

"What?! Oh my god..." terkedu Arash apabila luahan dan lakonannya langsung tidak memberi sebarang kesan terhadap anak kecil itu. Sakitnya rasa hati ini!

"HAHAHAH sakit tak? Kesian tak dilayan! Padan muka kau HAHAHAH!!!" Terhambur terus ketawa kuat Areez. Geli hati dia apabila melihat sahabatnya itu langsung tidak layan oleh Tengku Areez.

"KAU!" Deram Arash. Suaranya jelas keluar daripada celahan giginya.

"Do you see, daddy? Their brain are too much stress us up when they join together." Tanya Tengku Areez. Matanya merenung tepat ke arah wajah kacak daddynya itu.

Tengku Adyan langsung tidak membalas pertanyaan anaknya itu. Sekadar membalas dengan senyuman. Senyuman yang jelas menunjukkan bertapa bangganya dia dengan si anak. Putera kecilnya ini benar-benar sudah mengikut jejaknya. Such a savage like he is now.

"Abaikan je diorang, baby Reez. The more we treat a person's unsophisticated behavior, the more he will become and lastly it will be causing our thoughts to become disturbed due to stress," nasihat Asyraaf lembut tetapi sangat pedih rasanya sehingga membuatkan kedua-dua jejaka itu terdiam sepi. Terkebil-kebil mereka memandang ke arahnya.

"So, ignore it when it feels really annoying because that's better than continuing to entertain it." Sambung Asyraaf. Tangan kirinya naik mengusap lembut kepala anak kecil itu sekilas sebelum kembali meneruskan suapan makanannya.

"Betul apa yang abang Zeeq cakap tu. Just ignore it and we will feel the peace." Tambah Aayaz. Senyuman manis diukir buat seketika dibibirnya sebelum dia kembali menumpukan diri terhadap makanannya.

Tengku Areez hanya mengangguk tanda mengiyakan nasihat kedua jejaka itu. Mulutnya dinganga bagi menerima suapan daripada si bapa. Dia hanya diam tanpa sebarang bicara sepanjang menjamu selera kerana itulah yang diajar oleh daddynya berkaitan adab ketika makan. Boleh bercakap ketika makan tetapi ketika ada keperluan sahaja.



"Are you serious Zeeq and Yaz? Again?" Tanya Areez seakan-akan tidak berpuas hati akan sesuatu terhadap Asyraaf dan Aayaz. Daripada tadi lagi dia diam memerhati dan sekarang dah tak boleh tahan.

"What?" Tanya Asyraaf dingin. Malas nak menbalas tapi dia bukanlah sekejam itu. Jadi dibalas juga walaupun tidak rela langsung.

"Korang tuju dekat kitorang ke? Daripada semalam lagi, semua ayat pedih dan menusuk hati je yang korang bagi. Even melalui perumpamaan dan nasihat tapi terasa pedih yang teramat sangat." Jelas Areez akan ketidakpuasan hatinya.

"Betul tu! Pedih gila rasa dia." Tambah Arash. Menyetujui apa yang dikata Areez itu.

Wajah kacak Asyraaf dan Aayaz dipandang mereka berdua bersilih ganti tidak henti bagi menunggu sebarang balasan daripada dua jejaka kacak itu.

"Only wrongdoers who will feel every word directed without any finger pointing. Kalau korang dua terasa dengan apa yang kitorang cakap means memang korang buat salah tu la." Balas Aayaz selepas melihat Asyraaf diam tanpa ada tanda-tanda untuk membalas pertanyaan dua jejaka itu.

"Can be an entertainer but don't focus so much until it disturbs and annoys others. Because not everyone likes the entertainment we provide." Tegur Asyraaf selepas lama berdiam. Dia bukannya tidak suka dengan perangai mereka tetapi kerana dia tidak mahu kedua-dua sahabatnya itu disakiti suatu masa nanti.

"Dah, makan dulu. Jangan bercakap lagi dah. Tak digalakkan sebenarnya untuk makan sambil menyembang ni. Nampak macam tak hormat makanan." Celah Isqandar sekaligus menghentikan perbualan itu.

Sedari tadi Tengku Adyan dan Tengku Areez hanya diam dan fokus terhadap makanan mereka tanpa menyibuk dan mencelah dalam perbualan itu. Lebih tepatnya kerana perbualan itu tiada kaitan langsung dengan mereka.

"Baik." Balas Areez dan Arash serentak.

Setelah itu, mereka bertujuh terus menjamu selera makanan mereka tanpa sebarang bicara lagi. Namun sesekali itu, mereka ada juga berbual pendek bagi menghilang rasa kekok dan sunyi akan suasana saat itu.

Seperti yang diminta dan dijanjikan, Asyraaf dan Aayaz pun menemani Tengku Areez kemana sahaja yang diinginkan sepanjang dua hari yang ada. Sekejap sahaja mereka sudah pun menjumpai keserasian diantara mereka. Bukan sebulan mahupun seminggu masa yang diambil. Hanya dua hari sahaja masa yang diambil dan chemistry diantara mereka sudah pun wujud dan terjalin.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now