Bab 40

141 7 0
                                    

        "Hmm...Tak terasa yang dah tiga hari berlalu, mula daripada awal kitorang datang sini. Tengok-tengok hari ni dah kena bertolak balik kem dah. Rasa macam sekejap sangat, macam baru sehari je." Luah Arash sayu. Dia masih ingin berlama lagi disini tapi nak buat macam mana kerana masa dan keadaan tidak mengizinkannya saat ini.

"Betul tu. Demi Allah SWT, aku rasa tak puas lagi nak spend time dengan baby Reez dekat sini. I will always miss the memories we made in the past three days. As one of the most beautiful memories in my life." Setuju Areez. Matanya tidak lekang memandang wajah comel milik Tengku Areez yang kini berada didukung ketuanya itu. Rasa tidak rela sangat hendak berpisah dengan anak kecil itu.

"This is not the end of memories, but it is the beginning for us to create many more memories together as we want." Pujuk Asyraaf lembut. Tangan kanannya naik mengusap lembut pipi gebu milik si kecil yang berada didukungannya itu.

"Insha Allah, kita takkan berpisah kemana kerana kita sudah terikat bersama dengan perjanjian yang dipersetujui atas kerelaan masing-masing." Ucap Tengku Adyan setelah lama berdiam. Aayaz dan Isqandar hanya mengangguk tanda menyetujui apa yang dikatakan oleh kedua-dua ketua itu.

"Dah, jom kita gerak sekarang. Dah pukul 8.30 pagi ni. Nanti lewat pula." Ajak Asyraaf sekaligus menghentikan perbualan mereka itu.

"Jup, aku nak call Aila kejap. Nak inform dia kata aku dah nak bertolak balik. Takut dia tertunggu-tunggu pula." Pangkas Aayaz. Langkahnya terus dibuka meninggalkan mereka yang lain disitu.

Ibu jari kanannya terus menekan kontak nama Naila yang disimpan sebagai 'My future' untuk membuat panggilan.

"Assalamualaikum," ucap Aayaz memulakan pembicaraan melalui panggilan telefon itu.

"Waalaikumussalam, abang." Sahut Naila daripada seberang sana. Tersenyum bahagia Aayaz saat mendengar nama panggilan yang dipanggil gadis itu. Bahagia gila rasanya!

"Dear princess abang ni tengah buat apa, hmm?" Tanya Aayaz dengan nada yang sehabis lembut buat bakal tunangnya itu.

"Aila baru lepas habis dengar ceramah daripada Ustaz Wadi Annuar berkaitan istiqamah dalam kebaikan ni. Kenapa abang?" Beritahu Aila. Nadanya jelas kedengaran risau melalui corong panggilan itu. Risau jika jejaka itu ditimpa sebarang masalah disana.

"Jangan risau, dear princess abang. Abang ok je dekat sini. Takde apa-apa yang berlaku pun. Semuanya selamat didalam kawalan Ku Dyan dan along." Pujuk Aayaz lembut. Daripada nada gadis itu sahaja dia sudah dapat mengagak perasaan risau yang dirasai.

"Alhamdulillah." Ucap Naila lega. Rasa risau yang menyesak jiwa dan fikirannya tadi terus lenyap dalam sekelip mata saat mendengar pujukkan daripada bakal tunangnya itu.

Dia yakin dan sangat percaya dengan apa yang dikatakan oleh jejaka itu. Kerana nada yang digunakan jelas mengambarkan keadaan seperti yang dikatakan.

"Maafkan abang, dear princess," terkedu Naila saat Aayaz memohon maaf secara tiba-tiba terhadapnya. Rasa takut terus hadir menyesak jiwa. Fikirannya mula terbayangkan perkara-perkara buruk yang mungkin berlaku.

"Ab... abang?" gagap dan serak nada Naila saat memanggil nama panggilan Aayaz. Perasaan takut semakin menyeksa jiwanya.

Takut jika jejaka itu tiba-tiba ingin membatalkan pertunangan mereka yang bakal diadakan dalam masa dua bulan lagi kerana telah menjumpai yang lebih sempurna daripadanya. Dia tidak sanggup kerana hatinya sudah mula berpaut dengan jejaka itu. Walaupun sikit sahaja pautan itu saat ini namun ia tetap menyesak dadanya.

"Hey, don't cry my dear princess. Apa yang cengeng sangat ni, hmm? Abang tak cakap apa-apa lagi pun kan?" Pujuk Aayaz lembut. Terkejut dia saat mendengar esakan kecil melalui corong panggilan yang jelas milik bakal tunangnya itu. Dia ada salah cakap ke tadi?

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now