Hohoho....esok sekolah!! Malasnya! Hari ni je dah 5 subjek punya kerja sekolah aku siapkan. Nak tercabut jari-jari runcing aku ni.
"Diya, aku nak pergi office ni. Jaga rumah tau. Aq pergi sekejap je," kata Izzat yang tiba-tiba muncul dari belakang.
"Takut lah. Tak de hantu eh rumah ni?," Diya bertanya seraya memandang sekeliling rumah mewah itu.
"Mengarut lah kau ni. Mana ada. Duduk rumah je lah. Esok sekolah kan? jadi, tidur awal!" arah Izzat lalu mengambil kunci kereta Hyunadai Genesisnya. Lalu pintu ditutup.
"Haish...apa nak buat nih?" rungut Diya.
~///~
Baru sahaja Diya ingin melelapkan matanya, dia telah terdengar sesuatu yang mencurigakan. Diya dengan malasnya berjalan ke arah tingkap dan menyelak langsir sedikit. Kelihatan seseorang telah memanjat tembok rumahnya lalu menyuluh ke arah pintu utama. Diya dengan cemasnya menelefoni Izzat.
"Hello, cikgu. Ada orang masuk rumah. Cepat balik. Saya takut!" adu Diya dengan gelabahnya.
"Bawa bersabar. Kau ni mengigau ke apa?" tanya Izzat seolah-olah tidak mempercayai kata-kata Diya.
"Betullah. Cepatlah! Balik!" pinta Diya lalu perlahan-lahan keluar dari biliknya menuju ke koridor
'PRANG' bunyi pasu kristal yang terletak berdekatan dengan tangga untuk ke tingkat atas telah pecah berderai akibat dilanggar oleh penceroboh itu.
"Argh!!" Diya menjerit akibat ketakutan. Jeritan itu telah membuatkan penceroboh tersebut menyuluhkan lampu suluh ke arah Diya. Diya berlari masuk ke biliknya semula. Diya mengunci pintu tersebut.
"Diya?! Diya?!!" Izzat memanggil nama Diya beberapa kali dalam talian. Diya yang masih menggenggam telefonnya tersentak.
"Cikgu, baliklah cepat!" arah Diya dengan esakannya. Ketukan pintu membuatkan Diya gelabah.
"Sapa ketuk tu?" tanya Izzat cemas.
"Penceroboh tu. Baliklah cepat! Cikgu, tolonglah!" rayu Diya.
"Saya OTW ni. Tadi saya ada call guard dekat situ. Nanti dia datang tengokkan. Tunggu eh? Pakai tudung sekarang," terang Izzat lalu mematikan talian.
Dengan sisa esakannya Diya melangkah ke almari pakaiannya dan mengeluarkan sweater untuk menutupi lengannya yang terdedah dek baju lengan pendek. Selepas itu, Diya mengambil instant Shawlnya dan dililit simple di kepalanya. Apabila Diya mendengar seuatu kecoh di luar, dia mengambil keputusan untuk melihat apa yang terjadi. Dengan perlahan-lahan Diya membuka pintu biliknya. Kelihatan dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam telah ditahan oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Apabila saja Diya terpandang sesusuk tubuh yang masuk ke dalam rumah itu, dia terus menjerit.
"Cikgu!" pekik Diya dari atas menyebabkan Izzat terus memaling ke arahnya.
"Diya? Are you okay?" tanya Izzat apabila Diya sampai ke bawah.
"Okay, tapi takut" rengek Diya.
"Kamu dua ni, baru kahwin ya?" tanya ketua rukun tetangga Kenny Vale, Bukit Tunku.
"A'ah ya. Kenapa ya pak cik?" tanya Izzat.
"Tak adalah, first time nampak yang perempuan."
"Ouh."
~///~
Pagi-pagi lagi Diya sudah bangun. Siap-siap nak pergi sekolah! Bosannya! Sekarang nak pergi buat sarapan untuk cikgu tu. Buat french toast je. Yang bagusnya, cikgu tak cerewet bab-bab memasak cincai aku ni. Dia kata, as long apa yang aku masak dia boleh telan, dia tak akan mengadu apa-apa. Senang ada suami macam ni. Easy to deal.
YOU ARE READING
Mr. Artist ku ✔
RomanceMasaalah disiplin sekolah? Sudah lali bagi Nur Adiya Sufiyya. Selalu juga dia keluar masuk pejabat pengetua, pejabat GPK Hem, bilik disiplin dan juga bilik kaunselor. Tapi pada tahun akhir Diya bersekolah, kemunculan Encik Izzat Aisy Shah, seorang g...