Bab 36: Mohd Ifwat

13K 480 42
                                    

"Alif, temankan aku malam ni. Aku takut lah," pinta Siti Nur perlahan apabila Alif baru selangkah bergerak untuk meninggalkan bilik itu. ALif terus berpaling ke arah SIti Nur. Pandangan redup itu seperti meminta simpati. Alif bergerak ke katil sebelum melabuhkan duduknya di sisi katil.

" Aku tunggu sampai kau tidur," kata Alif lalu membuka cermin matanya sebelum menyandarkan dirinya di kepala katil.

Siti Nur memeluk erat lengan milik Alif. Dia rasa selamat bersama suaminya. Tersentuh hati apabila Alif menenangkannya sebentar tadi. Semuanya seakan ikhlas keluar dari mulutnya. Dan Siti Nur yakin bahawa Alif ikhlas menuturkan semua. Alif pula hanya memerhatikan Siti Nur yang memeluk lengannya erat. Tapi, mengapa sekarang juga dia keliru dengan perasaan sendiri?

~///~

"Kau kenapa Siti Nur?" Tanya Alif kalut kepada Siti Nur yang menangis dengan tangan yang berdarah.

"Aku tak suci lagi. Aku bekas orang. Aku tak layak untuk kau," luah Siti Nur dengan esakan yang kuat sebelum menangis ditemani raungan kecilnya. Alif terkejut dengan kata-kata Siti Nur. Tubuh Siti Nur diraih dalam dakapannya.

"Siapa kata kau tak layak untuk aku? Yang menentukan layak itu Allah. Allah dah jodohkan aku dengan kau. Dan semestinya kau lah yang paling layak untuk aku. Kau tetap isteri aku dan kau lah perempuan yang memegang tulang rusuk kiri aku," tutur Alif perlahan di sebelah telinga kiri Siti Nur. Dahi Siti Nur dikucup lama.

~///~

Jari-jemari Diya menari di atas bahu Izzat yang sedang membuat kerja di atas meja belajarnya. Tapi, tiada respon. Argh, cuba lah sekali sekala dengar cakap isteri. Asyik cakap dia je. Tenat tau tak.

Tiba-tiba Izzat memusingkan kerusi membuatkan Diya jatuh ke atas badannya. Terkebil-kebil Diya. Izzat pula terus memandang mata isterinya. Kenapa jantung ni berdetak lain macam je.

"Are you trying to turning me on?" Tanya Izzat dengan suara menggodanya lalu tangan dinaikkan untuk melingkar di pinggang isterinya.

"Astaghfirullah hal azim, tak sama sekali," balas Diya lalu terus bangun. Lain yang dirancang Izzat lain yang jadi. Ingatkan nak kenakan si Diya. Dia beristighfar pula. Insaf kejap.

"Kan aku dah kata, duduk rumah. Aku pergi satu malam je. Aku malas nak bawak kau. Leceh lah. Nanti kalau kau bosan, macam mana? Aku tak suka tengok kau duduk melanguk. Baik kau buat study group ke, kemas rumah ke, tak pun pergi belajar melukis. Jadi berseni macam aku," kata Izzat apabila Diya sudah berdiri dengan stabil.

"Alah. Penat lah nak belajar. Rumah dah bersih pun. Melukis? Ops, I hate drawing," Diya memberikan alasan semenggahnya.

"What so ever, you can't even follow me. Pergilah lepak rumah Siti Nur. Belajar sejarah dan BM dengan dia. Tak pun lepak dengan Alif. Belajar kimia dengan fizik dari dia," balas Izzat.

"Cikgu tak kesian kan Hazim ke? Tak akan lah saya nak jaga anak orang ni seorang diri," Diya berkata dengan simpati apabila matanya tertangkap sesusuk tubuh bayi yang sedang lena tidur.

"A'ah lah. Tak fikir pula. Okey, lah. Kita pergi Langkawi Island bertiga," putus Izzat dengan matanya tertancap pada tubuh kecil Hazim.

~///~

Alif tersedar apabila terasa seseorang menepuk kakinya beberapa kali. Terkebil-kebil Alif apabila matanya melihat Siti Nur yang tersenyum padanya. Bukan itu yang dia terkejut. Tetapi melihatkan Siti Nur yang tidak memakai sebarang fabrik untuk menutup rambutnya. Rambutnya yang lurus hitam berkilat sehingga empat inci melepasi bahu.

"Alif. Dah subuh ni. Pergilah solat. Saya dah solat tadi. Saya pergi buat sarapan dulu," kata Siti Nur kepada Alif apabila suaminya itu betul-betul telah sedar sebelum beredar keluar dari bilik.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now