Bab 44: Epilogue

11.2K 346 21
                                    

"I don't get the point," kata Izzat pelik. Mak Nah di hdapan hanya mengeluh perlahan.

"Me too. Dari apa yang nek faham, they are aiming you. Bukan Diya. Because of the SnoW Gallery yang Izzat beli di London," terang Mak Nah membuatkan kerutan di dahi Izzat semakin terserlah.

"Huh? Kenapa dengan gallery tu?" Tanya Izzat pelik. Dia membeli gallery tu setahun yang lepas.

"Izzat buang mereka dari pemegang saham besar syarikat tu kan?" Tanya Mak Nah ingin kepastian. Takut-takut salah.

"Yup. Sebab dia orang hurt my wife. Then, Izzat buang lah dia orang. Lagipun, mereka hanya pelabur tetapi tidak memberi sebarang manfaat lain buat apa," kata Izzat. Sedangkan dua orang arwah tu dah tanda tangan perjanjian. Pada T&S nombor 13, 'Pemilik saham tetap boleh membuang pelabur saham dengan syarat duit ganti rugi pelaburan perlu dibayar semula dengan 30% dividen'. So? Bukannya dia tidak bayar duit ganti rugi. Dividen siap dinaikkan 60%. Apa lagi yang tak puas hatinya.

"Nek pun tak faham. Lepas sahaja Izzat buang dia, gallery seni tu semakin banyak keuntungan. Arwah Pak Tam kata yang Izzat sengaja buang dia supaya Izzat dapat keuntungan lebih seorang diri. Dan dia sangatlah tidak puas hati," kata Mak Nah membuatkan Izzat berkerut. Salah dia ke?

"Sekarang ni Izzat malas nak fikir. Dia dah mati pun. Yang paling penting sekarang ni ialah nyawa Siti Nur," kata Adam lalu merengus kasar. Hatinya gusar melihat keadaan Siti Nur. Tetapi, hatinya menjadi lebih gusar apabila melihat keadaan Alif. Air mata Alif sentiasa mengalir. Naik bengkak matanya.

~///~

Diya menghampiri Alif yang bajunya berlumuran dengan darah. Sudah empat jam Siti Nur di dalam bilik pembedahan dan empat jam juga Alif tidak berhenti menangis dan meminta pertolongan dari tuhan. Diya memandang Alif sayu. Dia masih tidak faham mengapa Alif menangis sebegitu terus. Mengapa apabila walid Siti Nur tiba, walid Siti Nur lantas memeluk bahu Adam dan menenangkannya.

"Alif, pergilah mandi dulu. Bersihkan diri. Solat Asar," kata Diya lembut. Alif memandangnya lalu menggeleng lemah.

"Tak. Aku nak tunggu sampai Siti Nur siap. Aku takut. Nanti kalau aku pergi kejap, doktor keluar. Apa-apa hal aku nak jadi orang pertama yang tahu serba-serbi keadaan dia," kata Alif sayu membuatkan Diya senyum kecil.

"Alif, sekejap je kau pergi. Allah lebih penting. Asar dah nak habis waktu ni," pujuk Diya lagi. Alif lambat-lambat bangun menuju ek tandas berhampiran.

"Alif!" panggil Diya. Alif menoleh. Diya menghampiri Alif.

"Nah umi Siti Nur bawakan untuk kau salin," Diya memberikan beg kertas kepada Alif. Menyambutnya lalu meneruskan langkahnya menuju ke tandas. Alif tak ubah seperti zombi.

Alif menunggu lagi. Kali ini penungguannya berakhir. Seorang doktor berbansa india keluar dari bilik pembedahan. Alif terus bangun melulu ke arah doktor itu. Dia perlu tahu keadaan Siti Nur.

"I'm Dr. Hivashini. Have a talk with me in 10 minutes at my office," kata doktor itu sebelum menghilangkan dirinya ke dalam bilik pembedahan semula.

Selepas 10 minit, Alif bertanyakan bilik Dr. Hivashini di kaunter pertanyaan. Setibanya di bilik doktor itu, Alif terus mengetuknya. Dr. Hivashini memanggilnya masuh. Alif mengambil tempat di hadapan doktor itu.

"Pewaris dia mana?" Tanya Dr. Hiva apabila tidak kelihatan ibu bapa pesakitnya.

"Ibu dan ayah dia perlu jaga kedai. Malam nanti mereka datang semula. Kenapa? Saya tak boleh jadi pewaris?" Alif menerangkan.

"It's not like that. I need her parent as heir to discuss about her condition," terang Dr. Hiva lembut.

"I'm her husband. I report myself as her heir," kata Alif dingin. Dia perlu tahu cepat keadaan Siti Nur.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now