Bab 30: "Jangan cabar kesabaran aku"

11K 442 23
                                    

"Alif cakap apa dengan mama Alif tu?" Tanya Encik Fuad dari arah belakang membuatkan Alif berpusing menghadap Encik Fuad.

"Cakap pasal kes ni lah. Mama tak boleh datang. Kemungkinan dia sampai esok malam ataupun lusa. Saya pun tak pasti. Jadi, saya cadang untuk tangguhkan kes ni sampai mama dengan daddy arrive Malaysia. Boleh pak cik?" Terang Alif. Tak adalah terperinci mana.

"Tak payah tangguh-tangguh. Alif setuju atau tidak kalau pak cik cadangkan yang Alif dengan Nur nikah malam ni. Alif cubalah bincang dengan mama dan daddy Alif," Aduh pak cik ni. Dah lah mak aku setuju. Tahu-tahu saja lah.

"Saya ada bincang juga dengan mama saya tadi. Dia setuju," beritahu Alif. Tanpa sengaja, keluhan berat keluar dari mulutnya.

"Kenapa mengeluh? Alif tak suka Nur ke?" Tanya Encik Fuad. Nampak macam keluhan berat sangat sahaja.

"Pak cik pun tahu kan yang saya memang ada hati pada Siti Nur. Tapi, boleh ke dia terima saya? Siti Nur benci saya sangat, pak cik," Alif menerangkan keluhan yang keluar dari mulutnya.

"Pasal itu, Alif jangan risau. Siti Nur tu hati dia lembut. Pak cik percaya yang Alif boleh leburkan hati dia," Encik Fuad menyedapkan hati Alif.

"Nikah sekarang ke?" Tanya Alif apabila dia rasa sudah lebih lima minit dia mendiamkan diri.

"Alif ada cash?" Tanya Encik Fuad dengan senyuman keayukuran. Agaknyalah.

"Ada dalam RM550. Pak cik nak saya letakkan mas kahwin berapa?" Kalau pak cik ni minta sampai ribu memang dia tak ada. Kalau sempat pergi bank ada lah.

"Ikut sahaja mana yang common orang guna. Selalunnya orang guna RM300," cadang Encik Fuad membuatkan Alif tersenyum. Ternyata pak cik ni kahwinkan anak dia dengan aku bukan sebab harta daddy.

~\\\~

Siti Nur diam dengan riak muka tidak berpuas hati. Gila! Ini memang gila. Walid dah tak sayang aku ke? Ke aku ni jahat sangat sampai walid nak aku pergi dari rumah. Selepas sahaja bernikah sepuluh minit lalu, Encik Fuad terus menyuruh anaknya itu berpindah ke rumah Alif. Malam ini juga. No excuse!

"Kau pergilah kemas apa yang patut. Aku tunggu dalam kereta je. Nanti kalau kau tak larat nak angkat barang-barang kau, panggil aku," kata Alif yang sedang menjenguk sedikit sebuah rumah teres dua tingkat dari dalam kereta.

"Kau tak payah nak gentleman sangat lah. Meluat," balas Siti Nur dengan menjengkelkan lalu jeluar dari kereta.

Alif hanya berdiamkan diri selepas menyandarkan dirinya pada seat kereta. Teringat lagi kata-kata Encik Fuad tadi. "Alif mampu lembutkan hati Nur." Mampu? Mampukah? Hanya Allah yang tahu.

Siti Nur pula terus mengemas pakaiannya. Diletakkan pakaian yang dipilih ke dalam luggage berwarna kuning. Beg sekolah dan sebuah kotak fabrik yang diisi buku-buku rujukannya diletalkan di sebelah luggagenya. Perlu dibawa. Semua yang penting sudah dikemaskan. Rumah dia ada barang-barang mandi ke? Mestilah ada. Tak akan lah anak Tan Sri mandi tak guna sabun. Bawa berus gigi saja lah.

Usai sahaja mengemas, Siti Nur menyandang beg sekolahnya dan rangan sebelah kiri menarik luggagenya manakala tangan sebelah kanan memegang kotak bukunya. Terasa macam nazak pula nak angkat barang-barang ni. Kalau minta tolong Alif, jatuh ego aku. Tak apa. Sesampai sahaja di tingkat bawah, kelihatan seorang lelaki memakai hoodie bersandar pada pintu rumahnya. Lelaki itu pusing apabila terdengar sesuatu terjatuh.

"Jual mahal lagi kalau aku nak tolong. Sekarang, suit yourself," ejek Alif lalu menghampiri Siti Nur yang sedang mengemas kembali buku-bukunya yang telah terjatuh dan terkeluar dari kotak. Berat sangat!!

"Aku rela minta tolong bangla dari aku minta tolong kau," balas Siti Nur kasar.

"Kau jangan banyak cakap lah," kata Alif lalu mengangkat kotak buku Siti Nur dan luggagenya sebelum dibawa ke dalam kereta.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now