Selepas sahaja menunaikan solat maghrib, Siti Nur keluar dari biliknya menuju ke dapur. Tiba-tiba terasa tekak ni kering sangat. Baru sahaja ingin menyuakan sebotol air mineral ke dalam mulut, terlebih dahulu Alif meneguknya rakus. Dah kenapa? Berlari ke tadi sampai sebotol habis. Siti Nur hanya buat bodoh dan mengambil sebotol air mineral lain sebelum meneguknya dengan sopan.
"Sayang, don't you think this is our honeymoon?" Tanya Alif di sebelahnya. Fuh, nasib baik Siti Nur dah habis minum. Kalau tak, rasanya dah tersembur.
"Apa yang kau merepek ni?" Siti Nur berkerut memandang Alif yang seperti orang tebiat. Baru tadi mengaku aku adik, sekarang fikir honeymoon pulak? Pelik jantan ni.
"Kita kan baru kahwin. So, we should spend our quality times together. Am I right?" Tanya Alif dengan senyuman menggoda. Oh no! Jangan dia nak buat benda merapu sudah. Daripada merapu nanti ada yang dapat penyapu.
"Dah lah. Daripada aku layan angin tak betul kau tu, baik aku berehat," kata Siti Nur lalu menolak sedikit badan Alif ke tepi untuk memberikannya laluan.
Baru beberapa langkah, Alif terus menyambar lengan isterinya hingga membuatkan Siti Nur terdorong ke belakang. Alif mengunci Siti Nur di antara kabinet dan dirinya. Cermin matanya ditanggalkan. Bibirnya dijilat. Kepala Siti Nur didongakkan menghadap mukanya. Siti Nur gelisah.
~\\\~
"What? Biar betul. I have no experience to babysit. Gosh. So nonsense," decit Diya kecil. Nak jaga? Ouh, troublemaker lah jawabnya.
"Alah, practice make perfect," usik Izzat.
"Practice for what?" Tanya Diya pelik.
"Senang lah kalau dah tahu macam mana nak jaga anak nanti. Tak ada lah terkial-kial. Lagipun, sementara Haziq pergi Dubai seminggu," pujuk Izzat.
"Jauh berangan. Tapi, siapa nak jaga dia masa kita dekat sekolah?" Tanya Diya dengan hati yang masih berbelah bahagi untuk menjaga bayi yang berusia 15 bulan.
"Kita hantar dia dekat taska depan sana. Petang kita ambil lah. Sayang tak kesian ke? Dah lah ibu tak ada. Ayah pula sibuk melukis mencari sara hidup untuk anaknya," Izzat sudah menjadi drama king.
Diya diam seketika. Jika difikirkan semula, kesian juga pada bayi itu. Ibunya telah meninggal ketika melahirkannya. Bayangkan seorang bapa tunggal menyara anaknya dengan hanya menjual lukisan. Ingat kos lampin dan formula tu murah?
"Okey lah. Diya setuju," Diya bersetuju untuk menjaga bayi itu selama seminggu.
"Ikhlas ke tak ni?" Tanya Izzat ragu-ragu.
"Ikhlas tak perlu diungkap," jawab Diya.
"Macam ni lah isteri abang," kata Izzat lalu mencium pipi isterinya.
"Tapikan cikgu. Kenapa dia tak cari pengganti? Kan senang ada orang boleh jagakan anak dia," Diya bersoal pelik. Carilah isteri baru buat teman hidup.
"Sayang ingat senang ke nak lupakan orang yang paling kita sayang? Bukan semudah tu, Diya."
~\\\~
Siti Nur terkedu. Di dalam otak tiada lagi merapu mahupun penyapu. Tindakan selamba Alif melagakan bibirnya dengan bibir Siti Nur terlampau drastik. Kali ini tiada siapa yang akan mengacau. Kali ini hanya mereka berdua.
Siti Nur hanyut dalam belaian seorang suami. Ciuman dibalas perlahan-lahan. Tindakan refleks tanpa kawalan. Ianya natural. Secara tiba-tiba. Siti Nur memaut leher Alif seperti Alif akan pergi darinya.
Alif memutuskan ciuman. Tercungap-cungap Siti Nur mencari nafas. Mata mereka bertembung lama. Kali ini Siti Nur tidak melarikannya. Jikalau Alif meminta lebih sekalipun, dia akan melaksanakannya. Dia nekad.
YOU ARE READING
Mr. Artist ku ✔
RomanceMasaalah disiplin sekolah? Sudah lali bagi Nur Adiya Sufiyya. Selalu juga dia keluar masuk pejabat pengetua, pejabat GPK Hem, bilik disiplin dan juga bilik kaunselor. Tapi pada tahun akhir Diya bersekolah, kemunculan Encik Izzat Aisy Shah, seorang g...