Silaunya. Sapa yang buka lampu memalam ni? Argh, sakitnya kepala ni.
Diya memicit lembut kepalanya yang berdenyut-denyut. Diya terus toleh ke arah pintu bilik air apabila pintu itu dikuak oleh seseorang.
Kelihatan Izzat keluar dengan bertuala dari bawah pusat hingga ke lutut. Lemah jantung Diya apabila melihat Izzat sebegitu seksi. Air yang jatuh mengalir dari rambutnya yang masih sedikit basah jatuh ke dada bidangnya membuatkan Diya tidak senang duduk.
"Sakit kepala ke?" tanya Izzat selepas melihat Diya berkerut-kerut memicit kepalanya.
Diya sekadar mengangguk. Izzat terus berjalan menghala ke katil dan melabuhkan punggungnya di sisi dia yang masih memicit kepalanya sambil duduk.
Izzat mengalihkan tangan Diya yang masih lagi memicit kepala ke sisi lalu meletakkan telapak tangannya di dahi Diya.
"Panaslah. Kau demam ni. Hari ni tak payah pergi sekolah," arah Izzat lalu mengorak langkahnya kembali ke almari baju.
Diraih kemeja putih dikenakan dengan tie hitam dan juga seluar sleck hitam.
"Solat dulu lepas tu kau boleh sambung tidur. Aku masak bubur nanti kau makan tau. Or else you wanna see Doc Fadzil." kata Izzat yang baru sahaja selesai mengemaskan dirinya.
"Ergh, No way! It's okay I can breath without doctor. Anyway, please cook for me nicely. I need a balance taste for that porridge kay," kata Diya lalu berjalan masuk ke bilik air.
"Macam-macam kau nak. Kalau demam tu, buat cara demam," bebel Izzat pendek seorang diri.
~///~
Usai sahaja menyiapkan bubur 'balance taste' untuk Diya, Izzat mendaki anak tangga untuk ke biliknya.
Kelihatan sekujur tubuh sedang lena diulit mimpi pagi hari. Izzat mengambil tempat di sisi Diya. Dielus lembut ubun-ubun Diya.
"Lagi lama aku layan perasaan ni, ada yang tak belajar budak-budak kat sekolah tu. Ada juga first morning pulak," kata Izzat seorang diri lalu mengambil beg laptopnya dan beberapa buku kerja anak muridnya di atas meja.
Izzat keluar dari bilik tidurnya meninggalkan Diya seorang diri.
Apabila sahaja mendengar tutupan pintu utama rumah yang kuat, Diya terus mencelikkan matanya.
"Biarlah budak-budak tu tak belajar. Nak jadi first morning pon tak apa. Hihi...gatallah kau Diya," gerutu Diya sambil tersengih macam kupang busuk.
~///~
Dengan segaknya Izzat berjalan ke kelas 5sc1 untuk apa lagi, mengajarlah. Cikgu kan.
"Selamat pagi,sir," ucap semua murid di dalam kelas sebaik sahaja Izzat meletakkan laptop dan bukunya di atas meja guru.
"Okay, you may sit down. First of all, please open your exercise book topic 4, vectors. You had learn that topic yesterday. Did you remember? So, as usual make some revisions. I'll call one by one to tick up your book and anything that you can't understand, you can ask me anytime," arah Izzat sebaik sahaja anak muridnya duduk selepas memberi salam.
"Cikgu, Adiya seorang saja yang tak datang," kata Eryn kepada Izzat sebagai tanggungjawab ketua kelas.
"Tahu," jawab Izzat sepatah.
"Cikgu, saya tak faham lah macam mana nak buat formula ni," adu Eryn gedik.
"Ambil kerusi. Duduk sebelah saya," arah Izzat kepada anak murid yang paling dia rapat dalam kelas ni selepas Diya.
Dengan pantas Eryn bangun dan menarik kerusinya dan diletakkan di sebelah Izzat.
"Pukul berapa sekarang?" tanya Izzat sambil matanya ralit membelek buku kerja seorang murid.
YOU ARE READING
Mr. Artist ku ✔
RomanceMasaalah disiplin sekolah? Sudah lali bagi Nur Adiya Sufiyya. Selalu juga dia keluar masuk pejabat pengetua, pejabat GPK Hem, bilik disiplin dan juga bilik kaunselor. Tapi pada tahun akhir Diya bersekolah, kemunculan Encik Izzat Aisy Shah, seorang g...