"Kau dah baca majalah Remaja?" Tanya Izyana yang duduk di hadapan Diya.
"Kenapa dengan majalah tu?" Tanya Diya. Dia nak baca majalah? Jangan harap lah. Beli majalah buat istinjak boleh lah.
"Kawan baik kau Alif tu lah. Punya lah bergaya dalam majalah. Melting aku!" Izyana menerangkan kepada Diya sekaligus memuji Alif bersungguh-sungguh. Amboi, dulu masa dia nyah, punya lah korang cakap buruk pasal dia. Sekarang dah jadi peminat pula.
"Baru sekarang korang nak cakap baik pasal dia? Selama ni macam-macam korang caci dia. Kawan jenis apa korang ni?" Marah Diya. Dia sangat tidak berpuas hati dengan sikap budak sekolah ni. Hipokrit mengalahkan celebrity.
Alif yang bersweater dan memakai hood pada sweater itu berjalan memasuki kelasnya dengan mata-mata warga kelas yang tak sudah memandangnya. Tak selesa dibuatnya. Apabila sampai sahaja di tempat duduknya, dia terus membuka hood.
"Yang kau pakai hood bagai ni kenapa? Nak kata sejuk, biasa je," tegur Diya. Tak akan lah baru masuk majalah setakat berapa keping tu wartawan dah cari. Mustahil.
"Kau tau lah kan yang suami kau terpacak depan depan pagar tu. Karang kalau aku tunjuk rambut aku ni,ada yang percuma masuk pejabat dia. Ngeri aku," Alif menerangkan dengan menunjukkan rambutnya dicukur kedua bahagian tepi. Siap kau ada triple line.
"Walaweyh, kau fikir nanti si Izzat tu tak perasan ke bila dia masuk kelas. Kau tau lah yang mata dia tajam. Aku baru pakai contact lens 5 minit minggu lepas. Habis aku kena leter dengan dia," bersungguh Diya bercerita. Kesian lah kalau Alif kena. Diya tak apa. Boleh goda suami dia tu.
"Nanti pandai-pandai lah aku terangkan. Tapi, macam mana ni! Satu sekolah kecoh aku modeling. Tajuk utama blog sekolah kot,"Alif sudah tidak senang duduk dengan kekecohan yang melanda. Macam-macam gosip keluar.
"Entah. Itu kau settle sendiri. Aku tak boleh tolong. Mana lah tau kau jadi model ni Siti Nur jatuh cinta dengan kau ke kan," Diya berkata lalu mengeluarkan iphone6 plusnya.
"Kau ni, suka bagi aku harapan. Padahal Siti Nur punya sikit tak nak pandang aku. Jeling pun tak nak, weyh," Alif bersuara lemah. Dia pasrah sangat tu. Tak apa kan kalau lelaki layan perasaan sekejap. Sekejap je jangan lama-lama.
Kelas yang tadinya haru telah menjadi senyap apabila Izzat memasuki kelas dengan muka yang bengis. Ini mesti keputusan kertas peperiksaan add math yang di jalankan oleh cikgu disiplin sekolah ni teruk. Habis lah kelas 5sc1 ni meletup kejap lagi.
Semua berdiri tegak selepas memberi salam. Wah, ini namanya kecut segala hari jemari Jemah. Izzat sudah membuka cermin matanya. Kejap lagi nak explode lah tu!!
"Kau tak suka aku ajar kau ke?" Tanya Izzat dengan kuat. No comment.
Satu kelas diam. Karang kalau jawab, ada yang jadi Hulk ni. Tak mahu kita. Dengan tiba-tiba Izzat membaling kertas-kertas ujian yang tidak memberangsangkan itu. Bersepah semua kertas. Terkejut murid-murid. Kali terakhir Izzat marah di sebabkan markah tidak berapa baik pun bulan lepas. Izzat hanya memanggil seorang demi seorang lalu memarahi secara privasi.
"Diya, gunalah skill goda kau tu. Aku takut matu satu kelas ni," Alif berbisik perlahan di sebelah telinga Diya.
"Kau ni. Karang kalau aku goda tak menjadi, ada yang aku pula kena tengking,"balas Diya.
"Nur Adiya Sufiyya! Kau kutip kertas kau, kau datang sini," Izzat bersuara dengan tegas dan kuat. Kecut gigi.
Diya bangun dan berjalan ke lawasn hadapan kelas untuk mengutip kertas ujiannya yang sudah melayang hampir ke luar pintu. Dikutip kertas itu dan melihat markah yang tertera. Eh? Dia tak tulis markah? Ini memang kasi berdebar dup dap dup dap. Tak apa lah. Diya berjalan ke arah Izzat dengan pantas. Nanti dia pula terjerit-pekik suruh cepat.
"Kau letak kertas kau," Izzat mengarahkan Diya. Diya pun ikutlah arahan harimau bintang tu.
Izzat menyelak helaian kertas itu dengan kasar. Marah sangat ni. Teruk sangat ke keputusan tu.
"Teruk sangat ke, cikgu?" Tanya Diya selamba. Dia tak adalah takut mana dengan Izzat ni. Suami, tak akan marah isteri lebih-lebih.
Tapi, Izzat hanya diam. Tak nak jawab sudah. Dia mengeluarkan pen merah dan iphone 6nya dari kocek seluar untuk menanda dan kira markah. Selesai sahaja Izzat mngira markah, satu keluhan keluar dari mulutnya. Sah, teruk.
"Kau dengar sini. Aku ni suami kau tau. Kenapa teruk sangat? Suami yang mengajar mata pelajaran yang kau lemah ni tak mampu nak didik kau ke? Aku ajar memang kau tak faham ke? Kau tak suka aku ajat ke?" Izzat berkata perlahan demgan tegas. Isu suami boleh disebut memandangkan meja guru dan pelajar agak jauh.
"Berapa saya dapat?" Tanya Diya. Biar dengar sikit apa yang teruknya.
"72%. A minus. Kau fikir aku nak tengok result jahanam macam ni?" Izzat jawab dengan wajah yang bengis. Eh, jahanam? Kalau suami orang lain tengok keputusan bini dia macam ni, dah sujud syukur tak bangun-bangun tau. Kira okeylah ni. Susah lah kalau macam ni. Asyik nak target tinggi je. Kalau ni je yang mampu. Ini lah cikgu, tak habis-habis nak push 24jam.
"Okeylah tu. Saya dapat A minus. Nanti saya usaha lagi sampai dapat A plus," kata Diya dengan lembut lalu tangannya mengusap pinggang Izzat secara tersorok. Seduce mood, on.
"Aku tuntut A plus kau. Dua minggu lagi aku buat gerak gempur. Pastikan kau dapat yang terbaik seperti ni. Sekurang-kurangnya aku tak ada lah kecewa mana dengan keputusan kau ni. Kau paling tinggi dalam kelas," Izzat bersuara seperti biasa. Wau, godaan berjaya. Nampaknya, hati dia makin sejuk.
"Cikgu tak payah lah marah-marah sangat. Karang darah tinggi naik, sedih sayang tak ada teman tidur," Diya bertutur dengan lembut. Patah tulang osikel dengar. Tangan yang mengusap peha Izzat menjadi peranan. Dah macam peraba bersiri. Ngeri mak.
"Kau tak payah nak guna idea goda kau tu lah. Fikir aku ni bodoh ke. Aku nampak, Diya. Dah pergi duduk tempat kau sebelum aku jemur kau dekat luar," Izzat bersuara tanpa nada lalu menepis tangan Diya yang berada di pehanya. Sentap kejap.
Diya mengambil kertas ujiannya dan kembali ke tempat duduknya. Alif hanya memandang dengan muka yang gembira. Godaan berjaya. Izzat terus keluar dari kelas. Semua tertanya-tanya kenapa.
"Kau memang hebatlah. Kalau bab nak menggoda tu, bukan main lagi,"Alif berkata riang. Memuji bukan main. Ini semua dusta!
"Apa-apa je lah. Dah lah pergi kutip kertas kau. Tengok result kau tu," Diya bersuara malas. Dia masih runsing memikirkan mengapa Izzat boleh jadi Hulk pada hal, keputusan kelas ini tak adalah teruk sangat. Sembilan orang sahaja yang gagal dalam peperiksaan ini. Mungkin bilangan pelajar yang gagal meningkat dari empat ke sembilan.
~///~
Diya berlari dengan laju apabila geng Skull mengejarnya dari belakang kerana lima minit sebelum kejadian KL Gangster ni, Diya dan Siti Nur makan di bawah pokok angsana yang menjadi tempat lepaknya seperti biasa. Tiba-tiba datang pula geng ganas. Nak kata gangster pun boleh juga. Mereka ingin makan di tempat yang Diya dan Siti Nur melepak. Adibiaitu ketua geng itu menghalau Diya dan Siti Nur dengan baik. Diya tu keras kepala. Macam tak kenal pula. Diya buat bodoh walaupun Ifwat sudah menghalaunya dengan baik sebanyak dua kali dan Siti Nur yang sudah tidak keruan. Di sebabkan Adibhilang sabar, terus pelajar lelaki itu menendang roti yang berada di tangan Diya. Jauh terpelanting. Diya bangun dan terus memberi isyarat supaya Siti Nur pergi. Kalau dah dapat isyarat tu, pergi je lah. Karang batang hidung pula yang kena. Selepas sahaja Siti Nur meninggalkan Diya dan geng Skull, Diya mengambil botol airnya dan mencurahkan segala isinya ke atas kasut sekolah milik Ifwat yang terjahit logo tengkorak. Kira baiklah tak siram satu badan. Selepas sahaja buat kerja gila tu, Diya terus campak botol airnya dan berlari sekuat hati supaya dapat melarikan diri dari Adib dan koconya.
Bang!!
Terasa seperti ada buku-buku yang berterbangan di awang-awangan. Buku siapa yang terbang? Siap ada buku laporan guru lagi. Eh, cikgu mana ni?
"When I came out of school I didn't even think that modeling was a job" -Heidi Klum-
Sorry for the late update. So busy with my vacation wif family. Dun forget to vote my dear reader!
YOU ARE READING
Mr. Artist ku ✔
RomanceMasaalah disiplin sekolah? Sudah lali bagi Nur Adiya Sufiyya. Selalu juga dia keluar masuk pejabat pengetua, pejabat GPK Hem, bilik disiplin dan juga bilik kaunselor. Tapi pada tahun akhir Diya bersekolah, kemunculan Encik Izzat Aisy Shah, seorang g...