Bab 31: "Kenapa kau tak tolak?"

10.3K 408 31
                                    

Diya dan Izzat terbaring di atas tilam landasan lompat tinggi. Kedua mereka merenung langit yang membiru di tengah-tengah padang stadium. Terasa aman sahaja. Dapat dating berdua, berehat dan menghirup udara segar.

"Siti Nur dah call kau?" Tanya Alif apabila dia teringat yang Diya masih merungut kerana Siti Nur tidak membalas mesejnya.

"Mesej pun tak balas, lagi nak call? Bawah tapak kaki lah jawapannya," balas Siti Nur dengan muka yang geram. Geram dengan Siti Nur. Tak pernah-pernah buat perangai macam ni.

"Dia penat sangat tu. Isnin jumpa juga kan. Kau orang berbual lah sampai rabak mulut sekali pun. Aku izinkan," Izzat bangun dari pembaringannya.

"Kecil hati lah dia buat macam tu. Kalau penat sekali pun, balaslah. Call tak jawab, mesej tak balas, whatsapp seen je. Melampau lah dia tu," bebel Diya menghentak kakinya beberapa kali.

"Bawa bersabar sikit sayang oi. Kalau kau hentak kaki tu tertendang aku macam mana? Cacat muka suami kau ni," tegur Izzat apabila mukianya hampir sahaja mencium tapak kasut sukan jenama Diadora.

"Baguslah. Tak ada lah dia tu banyak crusher," bals Diya lalu membetulkan posisi baringnya dan meletakkan kepalanya pada peha Izzat.

"Nak bermanja atas katil bilik, bukan padang. Cepat kemas. Dah pukul 6:30 petang ni," Izzat terus bangun membuatkan kepala Diya terjatuh ke atas tilam yang keras itu.

"Aduh, sakit lah!"

~///~

Alif balik ke rumahnya apabila hari semakin senja. Pintu rumah dibuka. Keadaan sedikit suram. Sliding door yang berkecai sudah di ganti sejam yang lepas. Lampu dibuka bagi menerangi rumah yang gelap dan suram itu. Dia juga tidak pasti mengapa dia boleh mengamuk sebegitu sekali. Rasa menyesal pula apabila terkenang semula wajah Siti Nur yang cuak dan pucat. Pintu bilik Siti Nur ditatap lama sebelum berlalu masuk ke biliknya untuk bersiap.

Selepas mandi dan menunaikan solat maghrib, Arif terus bersiap dengan memakai baju T bercorak dan juga blazer hitam paras siku. Skinny jeans hitam dan kasut high top cut biru gelap menampakkan lagi kekacakan Alif. Alif hanya menunggu di depan pintu rumah tanpa menyeru nama Siti Nur. Selepas lima minit, Siti Nur keluar dengan memakai skirt hitam labuh dan sweatshirt kelabu. Bagi tudungnya pula dia memilih shawl satin berwarna merah jambu lembut.

Siti Nur seboleh-boleh mengelak matanya bertembung dengan mata Alif. Kasut pink ballerina flat yan betul-betul di depan Alif di capai lalu disarungkan pada kakinya yang berstokin kulit itu. Apa yang Alif mampu lakukan ialah memerhatikan setiap gerak geri isterinya yang seperti cacing kepanasan. Siap menyarungkan kasutnya, Siti Nur berdiri dari membongkok. Bangun sahaja, terpampam muka Alif yang lebih kurang tiga sentimeter darinya. Alif hanya menikam anak matanya dengan pandangan kosong. Alif memegang belakang leher Siti Nur secara tiba-tiba. Seriau je dengar. Mukanya didekatkan lagi dan sehingga lah Alif menutup matanya dan menyegetkan kepalanya ke kanan. Siti Nur hanya terkedu. Seperti ada kuasa yang menyumpahnya untuk tidak menolak Alif. Apa semua ini? Dia keliru.

Apabila bibir mereka bersentuhan sedikit, Alif terus merangkul pinggang Siti Nur. Belum sempat nak mula french kiss ke, deep kiss ke, entah apa lagi jenis kiss, seorang pekerja Alif menerjah masuk membuatkan ketiga-tiga mereka tersentak. Hal dalam rumah kantoi!! Ternganga pekerja Alif itu. Rasa macam nak terabur je gigi tengok. Kau fikir ini cerita apa? Drama korea? English movie? Piri dah! Entah-entah, Indonesia pun tak nak terima.

"Err, tuan. Maaf, tuan. Kereta dah siap. Saya tunggu di bawah," kata pekerja Alif itu sebelum jalan dengan laju menuju ke pintu lif.

"Kau nak sambung episod yang beriklan tadi tak?" Tanya Alif nakal dengan tangannya masih pada posisi sama ketika episod tergendala itu berlaku.

"Gila!" Balas Siti Nur lalu menolak dada Alif kuat membuatkan ada jarak di antara mereka sebelum berlalu keluar dari rumah dan menuju ke pintu lif. Alif hanya tersenyum sumbing. Tak ada lah susah mana nak dapatkan dia tu. Kalau tadi tak ada si kacau daun tu, dah sampai bilik agaknya. Semak!

~///~

Diya berjalan ke kawasan barang dapur dengan menolak trolinya yang sudah separuh penuh. Rumah kehabisan barang dapur, sebab itulah dia paksa Izzat pergi malam ini juga. Tak kira. Kalau tak, tak payah makan. Makan lah pasir dengan batu. Izzat ke mana pun tak tahu lah. La maujud!

Sedang Diya memilih jenis coffee, seseorang telah menegurnya dari belakang membuatkan dia memusing menghadap suara itu. Mulut seperti dijahit, anak tekak seakan sudah tertanggal dan lidak bagaikan telah dipotong. Tak tahu apa yang perlu dilakukan apabila lelaki itu ada di depan matanya. Buntu.

~///~

"Siti Nur ambil bidang apa?" Tanya Puan Sri Armel kepada Siti Nur yang duduk di hadapannya.

"Siti Nur ambil akaun dan ekonomi. Siti Nur tak adalah pandai macam Alif," jawab Siti Nur merendah diri. Sekali sekala dia hanya termenung kisah depan pintu rumah tadi apabila anak beranak itu berbual. Maklumlah. Bahasa cina. Tak faham.

"Siti Nur!" Pekik Alif apabila dia memanggil isterinya itu beberapa kali tapi mengelamun sampai Arab Saudi.

"Huh? Ya?" Terpinga-pinga Siti Nur sebentar apabila diterjah Alif.

"Jauhnya mengelamun. Fikir apa? Mama dengan daddy nak balik ni," kata Alif lalu bangun untuk memberikan penghormtan kepada ibu bapanya.

Selepas sepasang suami isteri itu menyalami Puan Sri Armel dan Tan Sri Affan, mereka juga turut beredar dari reatoran mewah itu.

"Kenapa kau tak tolak?" Soalan cepumas dari Alif membuatkan Siti Nur terkedu ketika dalam perjalanan mereka kembali ke rumah.

'I shut my mouth mean I accept you... take note'

Pendek sikit since korng ni x sbr sngt..
Okay njoy kay!
Outing jer hri niee




Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now