Bab 11: Describe!

10.9K 451 6
                                    

Terpinga-pinga Sharis apabila Izzat tiba-tiba menghulurkan tangannya. Begitu juga Diya yang berasa sentap kerana Izzat melepaskan tangannya.

"Cepatlah bagi," kata Izzat lalu menggerakkan sedikt jari jemarinya.

"Bagi? Bagi apa?" tanya Sharis.

"Kau sendiri yang kata, kalau kau jumpa aku, kau akan berjanji nak bagi aku kad jemputan majlis perkahwinan kau dengan lelaki yang lebih dari sempurna. Lupa?" jawab Izzat sungguh sinis.

"I datang ni bukan nak bagi kad kahwin tapi, I datang nak kita yang buat kad kahwin," kata Sharis lalu memegang tangan Izzat.

"Such a funny joke, darling. Eh, dengar sini. Aku tak akan lupa apa yang kau dah buat kat aku. Kau buat aku macam orang gila meraih cinta kau. Dan sekarang kau pula datang entah dari mana minta get back,' kata izzat seraya merentap kuat tangannya

"I terlalu bodoh dulu. I'm so sorry, Izz. I nak kita kembali. Kita buka buku baru. I janji I tak akan tinggalkan you lagi," rayu Sharis lagi. Kali ini dengan tiba-tiba Sharis memeluk tubuh Izzat kuat.

"Aku dah buka buku baru lebih awal. Aku dah lama maafkan kau. Tinggal nak lupakan je memori pahit tu. Aku dah kahwin Sharis. Please respect my wife," kata Izzat lalu menolak tubuh Sharis kuat hingga membuatkan wanita itu terundur beberapa tapak ke belakang.

Izzat dengan pantasnya berjalan ke dalam rumah dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia terus membaringkan dirinya ke atas katil. Izzat menutup matanya dengan lengannya. Dia perlu menenangkan diri. Takut terjebak lagi dengan betina sundal tu.

Apabila Diya membuka sedikit pibtu bilik yang didiaminya dan Izzat, kelihatan Izzat sedang baring sambil menenangkan dirinya.

Diya hanya sekadar membiarkan Izzat. Dia terus berjalan ke dapur untuk mengemas apa yang patut. Usai sahaja semuanya dikemas, tiba-tiba Diya dipanggil oleh Sharis melalui pintu belakang rumah Nek Wan. Memandangkan semua dah masuk bilik, Sharis pon dengan beraninya datang untuk bercakap dengan Diya secara personal. Terkejut juga Diya. Alih-alih muncul dekat tingkap. Ingatkan pontianak manalah datang seru malam-malam buta ni.

"Ya?" tanya Diya kepada Sharis

"Kita cakap kat luar lah. Kat kerusi tu," ajak Sharis lalu menunjukkan sebuah kerusi batu di belakang rumah.

Diya hanya bersetuju lalu membawa dua gelas teh ais ke kerusi itu. Sesampai sahaja di kerusi itu, Diya terus menghulurkan secawan teh ais kepada Sharis.

"Thanks", ucap Sharis lalu mengambil a sip of that tea.

"Ada apa nak jumpa ni?" tanya Diya kepada Sharis.

"You kenal tak dengan wife Izz? I nak sangat jumpa dia. I nak cakap dekat wife dia suruh bagi I peluang untuk kembali ke Izz," kata Sharis lalu memegang ke dua belah tangan Diya sambil matanya laju menitiskan air mata.

"Kenapa tinggalkan Izzat dulu?" tanya Diya. Hatinya sekarang ni dah meluap-luap. Kau minta share dengan laki aku? Ada yang aku share tapak kaki ni!

"I bodoh! I tak fikir. I sangkakan dia tunggu I," rintih Sharis.

"Memang pon you bodoh. And now, dengan tak malunya you cakap depan-depan dengan isteri dia minta untuk bagi peluang kat you kembali ke Izzat. Cuba you yang ada dekat tempat I. You bagi ke kalau I minta untuk bagi peluang dekat Izzat? Lastly, I hope yiu tak datang lagi depan Izzat," kata Diya lalu meninggalkan Sharis yang terpinga-pinga.

Diya masuk ke bilik untuk membersihkan badannya. Selelas sahaja Diya siap berpakaian pijama, dengan perlahan-lahan Diya duduk di sebelah Izzat. Diusap rambut Izzat.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now