Bab 29: "Sebab kau lah penyebab kakak aku mati!"

10.6K 469 18
                                    

Puan Nashwa hampir sahaja terjelopok jatuh apabila melihat anak perempuannya berada di balai polis. Kalau tidak disebabkan suaminya yang menahan, memang sudah melutut dia di situ. Tidak disangka sama sekali anak yang dididik penuh dengan agama berzina. Sepanjang perjalanan ke balai polis selepas mendapat panggilan dari seorang ustaz, dia hanya berhusnuzon yang ustaz itu telah membuat panggilan yang salah. Dia berdoa banyak-banyak semasa dalam perjalanan. Tapi, memang betul orang kata, iman tidak mewarisi.

"Kenapa Nur buat umi macam ni? Tak cukup ke agama yang umi dengan walid bagi? Tak cukup?!" Puan Nashwa tidak dapat menahan amarahnya. Siti Nur hanya tunduk dan menangis. Air mata yang bercucuran biarkan jatuh tanpa diseka. Alif hanya mampu melihat Siti Nur yang menangis tidak henti.

"Nashwa, bawa bersabar. Kita dengar penjelasan Nur dulu. Jangan bertindak terburu-buru," Encik Fuad menasihati isterinya lembut. Sweet pak ustaz ni.

"Baiklah, umi bagi Nur bagi penjelasan," Puan Nashwa membuat keputusan untuk mendengar cerita sebenar dari Siti Nur.

"Nur tak buat semua benda ni, umi. Nur tahu haram halal. Lelaki ni yang cuba nak rogol Nur." Woah! Dia salahkan Alif pula. Tak apa, orang tengah marah. 

"Eh, tak! Saya cuma selamatkan dia dari dirogol. Saya tak ada niat sikit pun nak apa-apakan dia. Sumpah!" Nafi Alif bersungguh. Takut juga dia kena sebiji pelempang dari ayah Siti Nur. Ada yang terabur gigi nanti.

"Kau fikir aku tak tahu ke permainan kau? Kau tak dapat goda aku, kau hantar orang supaya buat-buat rogol aku, lepas tu kau nak berlagak jadi hero. Tak pun kau tahu bila orang masjid nak lalu dekat situ, lepas tu kita kena tangkap basah. Macam tu? Aku tak bodoh lah, sial!" Pergh, susah nak tengok Siti Nur mengamuk. Kali ini, peristiwa Siti Nur mengamuk yang paling teruk dalam sejarah. Habis kerusi plastik yang berada di situ dihempas hingga pecah. Hebat.

"Kau jaga sikit mulut kau tu. Aku tak sealim kau, tapi aku tak sejahil yang kau fikirkan. Aku tak faham apa yang kau benci sangat dengan aku. Apa salah aku?" Kata Alif dengan suara yang cuba ditahan supaya tidak menengking Siti Nur. Tak gentleman lah kalau tengking perempuan.

"Bagus lah kalau kau sedar yang aku benci kau sangat. Sebab kau lah penyebab kakak aku mati! Kau buat kakak aku mati! Kau langgar kakak aku! Kenapa kau je yang tak mati?! Kenapa kakak aku yang mati!" Siti Nur meraung kuat lalu melutut dan menangis.

Terdiam Alif seketika. Kejadian lima tahun lalu. Ketika itu, dia baru ambil keputusan UPSR. Untuk meraikan keputusannya yang cemerlang, dia dan kawan-kawannya merempet pada tengah malam. Kejadian yang paling buruk baginya. Terlantar hampir setahun. Kedua buah pinggang rosak, tulang bahu patah, kaki kiri patah teruk, kecederaan yang seruis pada bahagian kepala dan beberapa kawasan luka tergesel. Kemalangan yang membabitkan dua penunggang mtorsikal iaitu seorang budak lelaki berumur 12 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun. Mangsa perempuan mati ditempat kejadian apabila dia tercampak masuk ke dalam gaung. Kakak Siti Nur rupanya. Dah macam berita pula.

"Aku tahu itu salah aku. Tapi, ajal dan maut tu di tangan tuhan. Aku tak boleh nak buat apa-apa. Aku tak boleh nak patah balik semula," kata Alif sayu. Semenjak peristiwa itu, Alif megambil keputusan untuk jauhkan diri dari kawan-kawannya dengan menjadi nyah. Dia hanya berkawan dengan Diya. Dia tidak mahu terpengaruh lagi dengan kawan-kawannya. Dia juga tahu itu memang salah dia. Salah dia kerana merempet dan membawa motor tanpa lesen. Kesal tak sudah.

"Kau tak payah sebut pasal tuhan lah dengan aku," balas Siti Nur sinis. Matanya menikam mata Alif. Tikaman anak mata kemarahan.

"Nur! Apa Nur kata ni. Ajal dengan maut di tangan tuhan. Nur tak boleh nak tunding jari pada orang lain," marah Encik Fuad kepada anak bongsunya. Anaknya yang masih tidak boleh terima kehilangan seorang kakak walaupun lima tahun sudah berlalu.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now