Bab 25: Alif modeling

9.4K 456 12
                                    

Diya termenung seketika di tempat duduknya. Sesekali dikerling ke arah tempat duduk Alif di sebelahnya. Kosong. Sudah seminggu Alif tidak datang sekolah. Ya, semenjak peristiwa di bawah pohon angsana itu. Siti Nur hanya diam. Tiada riak risau, serba salah atau suka. Dia hanya buat tidak tahu. Kenapa Siti Nur benci sangat dekat Alif? Buntu!

"Diya, apa yang awak termenungkan tu?" Tanya Cik Hani dari hadapan kelas. Suara macam nak terkam orang je.

Diya cepat-cepat membuka buku dan salin apa yang patut di papan putih. Kalau Cik Hani dah bersuara, baik buat kerja. Karang ada dia suruh diri dekat tengah panas. Depan pejabat pengetua pula tu. Dan depan pejabat Izzat juga. Kalau dua-dua hentam aku lagi susah. Izzar tu dah lah mood dia kelaut.

Ketika waktu rehat pula, Diya pergi ke pejabat Izzat. Hanya urusan nak bermanja. Diya membuka pintu tanpa mengetuk. Izzat mengangkat kepalanya yanh dari tadi hanya memandang komputer ribanya. Ini mesti kerja office.

"Kenapa datang sini?" Izzat bertanya dengan suara tanpa nada. Macam nak marah je. Mood ke tebing ke ni?

"Saja datang. Tak boleh ke?" Diya jawab lalu mendekati Izzat.

"Ada aku kata tak boleh," Izzat berkata lalu menutup komputer ribanya. Sekarang layan isteri pula. Masa rehat. Rehatkan diri dengan isteri.

Diya dengan selamba, duduk di atas peha Izzat. Dah biasa dah. Tapi jarang buat dekat sekolah. Tak tau lah. Nak kata Izzat banyak lemak dekat peha membuatkan empuk, otot ada lah. Keras pula tu.

"Suka sangat duduk atas peha abang," Izzat berkata lalu lengannya memaut pinggang Diya untuk keselesaan.

"Tabiat kot," kata Diya. Sebelah telapak tanganya sudah berada di dada Izzat. Tangan yang sayu lagi itu dilingkarkan pada leher Izzat. Mengancam.

"Tak takut orang masuk ke?" Tanya Izzat. Sebenarnya dia yang takut. Karang orang masuk tanpa ketuk, mati dia. Kalau pengetua tak apa lah juga. Dah biasa tengok adengan minta kaki ni.

"Tak apa lah," Diya menjawab lalu memdekatkan lagi dirinya dan Izzat sehingga dada mereka berlaga. Izzat dengan wajah yang seperti ayam berak kapur. Resah!

"Don't seduce me here," Izzat memberikan amaran kepada Diya. Ada yang lain jadinya.

"Tak nak goda pun," Diya berkata lalu bangun dari duduk di atas peha Izzat. Kerusi yang berada di hadapan meja Izzat menjadi tempat duduknya pula kali ini.

"Budak ni kan! Aku rogol kau baru tau langit tu tinggi ke rendah," Izzat bersuara marah.

"Tak takut pun," Diya selamba sahaja. Buat apa nak takut kalau dah halal. Kalau Alif yang kata macam tu, memang dah kena backhand sampai patah riuk tulang belakang.

"Kau datang sini nak apa?" Izzat bertanya soalan yang sama sebelum ni. Pelik, Diya tidak akan menjejakkan kakinya ke dalam pejabat ni tanpa urusan.

"Alif dah seminggu tak datang. Risau lah. Ye lah, last Siti Nur kata, dia tak nak satu sekolah dengan Alif. Saya call tak menjawab. Saya mesej seen je," Diya memberitahu perihal kenapa dia tiba-tiba muncul di pejabat Izzat ni.

"Sakit ke? Apa kata kita pergi rumah dia hari ini. Lepas aku solat jumaat, kau dah habis kelas kan. Nanti aku ambil kau. Cepat-cepat sikit masuk kereta tu. Kalau ada orang perasan, mati katak aku," Izzat membuat cadangan seraya dia mengemas barangnya untuk masuk ke kelas selepas ini. Masa rehat hampir tiba ke penghunjung. Dia perlu masuk ke dalam kelas 5sc2. Kelas bersebelahan dengan kelas Diya.

~///~

Izzat keluar dari sebuah masjid berdekatan dengan sekolah. Ketika dia sedang memakai sandalnya, matanya telah tertancap pada tubuh seorang lelaki yang amat dikenalinya. Walaupun hanya dari belakang, izzat memang yang yakin itu memang orangnya. Gaya rambut juga sudah boleh membuatkan Izzat mengenal pasti. Izzat berjalkan mendekata tubuh itu lalu menepuk bahu lelaki itu. Lelaki itu terkejut dan terus memusingkan dirinya menghadap Izzat.

"Eh, cikgu," pucat lesi muka Alif.

"Ikut saya," Izzat menarik Alif ke arah keretanya.

"Cikgu nak cakap apa-apa ke?" tanya Alif sedaya upaya buat macam tiada apa-apa.

"Masuk," arah Izzat lalu membuka pintu kereta penumpang bahagian hadapan dan menolak Alif masuk. Dah macam kes culik.

Alif terdorong ke hadapan. Ikut je lah. Izzat memasuki kereta dan terus dipandunya menghala ke sekolah. Macam cacing kepanasan Alif. Kenapa pergi sekolah ni? Nak bagi tahu pengetua ke? No

Diya yang perasan kehadiran kereta Izzat terus melulu ke arahnya. Izzat membuka sedikit tingkap kereta untuk memberitahu Diya supaya duduk di belakang memandangkan Alif sudah duduk di hadapan. Diya terkejut juga nampak wajah Alif di dalam kereta. Diya membuka pintu kereta bahagian belakang dan memasukinya.

"Eh, mana cikgu jumpa dia?" Tanya Diya pelik. Punyalah dia bertungkus lumus telefon Alif. Tapi, Izzat yang dapat jumpa dia adulu. Tak guna punya Alif! 

"Dekat masjid tadi," Izzat beritahu. Kereta di parkirkan di hadapan sebuah kafe.

Mereka memasuki kafe dan memilih tempat duduk yang terpencil sedikit. Diya dan Izzat duduk di hadapan Alif. Kena soal siasat. Alif hanya mampu menelan air liurnya.

"Kenapa kau tak datang sekolah seminggu?" Izzat memulakan soalannya.

"Ada masalah keluarga," bohong Alif.

"Jangan tipu lah. Kau jujur je lah. Aku kawan kau," Diya menyangkal. Macam mana nak ada masalah keluarga. Keluarga pun tak ada. Ibu bapa Alif menetap di luar negara. Alif menetap di Malaysia seorang diri.

"Err, ada shooting seminggu ni," jujur Alif lalu menundukkan kepalanya.

"Huh? Shooting?" serentak Diya dan Izzat bersuara.

"A'ah. Aku dapat tawaran modeling untuk fashion magazine. Aku terima je lah," terang Alif.

"Kau modeling? Lawak lah bhaii," Diya tergelak-gelak. Kalau boleh berguling, dah berguling.

"Eleh. Layak tau. Merayu-rayu orang tu minta aku. Aku sedar yang aku ni handsome namate," Alif buat suara merendahkan dirinya. Pada hal, bangga tak ingat dunia.

"Ada gambar tak?" Tanya Izzat. Nak juga tengok anak muridnya ni bergaya depan kamera.

Alif menegluarkan Samsung Galaxy S6 Edgenya dan menunjukkan beberapa gambarnya di negeri yang berbeza. Cantik. 

"Macho ah kau. Tak percaya aku kau sekacak ni. Tapi, suami aku lagi kacak," Diya berkata membuatkan Alif mencebik. Izzat tersenyum sahaja.

Mereka pulang setelah bercerita dan bergelak tawa. Ketika Izzat dan Diya keluar dari kafe, mata Diya tertancap pada lelaki berpakaian hitam sedang melintas jalan ke arah lot kedai di mana kafe mereka lepak tadi.  Lemah lutut juga lah. Izzat perasan benda yang sama terus memeluk erat bahu Diya.

"Cikgu, lelaki hitam tu macam ikut orang depan dia je," Diya perasan yang lelaki itu mengikut seorang lelaki berpakaian kemeja putih dan seluar khaki hitam. Alif yang berada di sebelah mereka hanya berdiam saja. Biarlah, kisah hidup rumah tangga mereka.

"Eh, itu bukan Rayzin ke?" Izzat bertanya kepada Diya untuk mendapatkan kepastian.

"Sapa punya kerja sebenarnya?" Diya buntu untuk memikirkan lagi siapa yang memberi arahan supaya lelaki hitam itu menakutkannya.

'To be capable of steady friendship or lasting love, are the two greatest proofs, not only of goodness of heart, but of strength of mind.'    - William Hazlitt-

haip! Support my second story, D' Wedding Planner

Vote! Jangn x vote! ^_^


Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now