Bab 14: "Ouh, patutlah biy tak piat sayang dengan kuat eh?"

11.4K 439 3
                                    

Eryn dengan pantasnya berlari anak sambil menarik luggagenya menuju ke arah kereta berjenama Mazda milik Izzat yang terletak di hadapan pintu pagar sekolah. Dia sudah lambat! Lambat sepuluh minit sudah!

"Sir, sorry. I'm late. Overslept last night," jelas Eryn apabila Izzat membuka tingkap keretanya kerana diketuk Eryn.

"Tak apa. Letak beg dekat seat belakang je. Senang nanti nak ambil," terang Izzat lalu menutup tingkapnya semula.

Selepas sahaja Eryn meletakkan begnya, dia terus menapak ke pintu hadapan. Terhenti niatnya untuk duduk bersweet dengan Izzat.

"Eryn, duduk belakang. Saya hantar awak dulu. Nanti senang lah. Tak payah Diya nak bergerak ke hadapan pula," tegur Izzat

Dengan malunya Eryn membuka pintu bahagian penumpang belah belakang dengan muka yang seperti asam keping. Hampir 5 minit menunggu Diya, akhirnya Diya menunjukkan batang hidungnya.

Diya dengan selamba badaknya membuka booth kereta lalu meletakkan beg kasutnya dan juga beg baju yang mengandungi pakaian. Lepas latihan perlulah mandikan.

"Asal lambat ni?" tanya Izzat lalu tangannya menukar gear.

"Alah, tadi pergi tandas. Ramai pula orang. Tu yang lambat," terang Diya lalu membuka dashboard. Dikeluarkan cermin mata hitam jenama Anna Sue dan cermin mata hitam jenama Playboy. Diya memberikan cermin mata hitam jenama Playboy itu kepada Izzat.

"I'm driving, Diya," kata Izzat lalu menolak sedikit tangan Diya yang memegang cermin mata hitamnya.

Diya apa kisah. Diya ambil cermin mata hitam itu lalu memakaikannya pada Izzat. Tak usah cakaplah reaksi Eryn kat belakang tu. Macam buaya telan limau kasturi tau.

"Eh, kau tak reti malu ke Diya? Geledah kereta orang macam tak ada kereta. Dah lah pakai sunglass bini cikgu," tegur Eryn dengan wajah yang berkerut.

"Eleh, cikgu tak marah, kau sibuk nak menyibuk," kata Diya lalu menjeling Eryn tajam.

"Dah, jangan gaduh. Biarlah Eryn, saya tak kisah pun," kata Izzat lalu memakirkan keretanya ke kawasan letak kereta di KLIA2.

"Bwuek. Kan aku dah kata, tak payah menyibuk," kata Diya lalu menjelir lidahnya.

"Diya," Izzat menegur isterinya seraya mencubit peha Diya manja.

"Cikgu, sakitlah!" adu Diya lalu tangannya memegang pergelangan tangan Izzat.

"Dah turun," arah Izzat kepada dua orang pelajarnya.

Izzat menolong Eryn menurunkan luggage yang berjenama Hush Puppies dengan corak bunga ros. Dia juga menawarkan diri untuk menarik luggage itu memandangkan yang dua tu lelaki, kena bajet macho sekejap.

"Korang pergilah jalan-jalan dulu. Cikgu nak check in untuk Eryn kejap," kata Izzat lalu memberikan Diya beg duitnya.

"Buat apa ni?" tanya Diya.

"Belilah apa-apa," kata Izzat lalu meninggalkan dua orang gadis merangkap anak muridnya.

"Baiknya cikgu Izzat! Sebab tu lah aku minat dia. Tapi dia dah kahwin. Anyway, lelaki kan ada empat kuota. Aku still ada chance lagi," kata Eryn dengan riang.

Terdiam Diya. Takut kuga kalau Izzat tu kahwin lain. Ya lah, dia tu student. Mana tahu yang Izzat nak anak cepat. Hish, tak boleh jadi ni!

"Kau percaya ke yang sir Izzat tu dau kahwin? Bagi aku, sir Izzat mengarut je. Tengoklah perangai dia tu, macam belum kahwin," kata Diya kepada Eryn yang matanya tidak lekang melihat kelibat Izzat yang semakin jauh.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now