Bab 43: Pre Epilogue

9.2K 370 21
                                    

Diya masih lagi berkeras hati. Walaupun neneknya telah banyak kali mengungkapkan kata maaf, dia masih lagi diam tidak mahu membalas apa-apa. Izzat hanya diam sahaja memerhatikan. Malas dia mahu campur.

"Salah nek semua ni. Nek minta maaf. Kalau nek dengar cakap Diya dari dulu lagi, nek tak jadi macam ni," kata Mak Nah dengan tangisannya.

"Tak ada gunanya nak menyesal. Lepas dah kibas harta, dia ceraikan pula. Baguslah tu. Diya malas nak tolong. Apa kata nek jumpa je dengan anak-anak atau cucu-cucu nenek yang lain. Minta dia kutip nenek  balik. Diya tak nak. Menyemak je," kata Diya membuatkan Izzat memandang tajam ke arahnya.

"Language sayang," tegur Izzat pendek. Diya hanya menjeling Izzat.

"Tak apa lah. Nenek balik dulu," kata Mak Nah sebelum mengorak langkah keluar dari rumah. Diya menghempaskan dirinya di atas sofa yang bertetntangan dengan Izzat. Izzat bangun untuk menghantar Mak Nah keluar. Biar isteri kurang ajar jangan suami pun sama.

"Nek, Izzat harap nek tak terasa hati dengan dia. Biarlah dia sejuk dulu. Nanti Izzat slow talk dengan dia. Nek jangan risaulah," kata Izzat lalu meraih tangan wanita itu sebelum menyalamnya hormat.

"Tak apa. Nek faham dia. Nek ada benda nak cakap dengan Izzat. Kalau Izzat sudi, jumpa Nek malam esok di Salad Atelier Avenue K. Nek pergi dulu," kata Mak Nah sebelum hilang di dalam perut kereta. Izzat hanya menghantar Mak Nah dengan pandangan mata.

Kesian dengan orang tua tu. Suami dah tukar semua harta atas nama dia. Kecuali beberapa harta pusaka peninggalan arwah atuk kandung Diya. Selepas itu, Pak Tam ceraikannya pula. Sungguh Mak Nah menyesal kerana mengabaikan apa yang Diya kata. Kalau baru sekarang nak menyesal buat apa.

~///~

"Thanks to the staff for your hard work. We will dismiss by now," kata seorang director yang berbangsa cina.

Alif menuju ke bilik persalinan miliknya. Kelihatan Siti Nur sedang tidur dengan pakaian sekolah masih tersarung pada tubuh. Alif hanya membiarkan. Dia mengambil baju T tanpa lengan bewarna kelabu dan juga sweatpant hitam di dalam beg sandangnya. Selesai pakaian disarungkan pada tubuh, Alif bergerak menghampiri Siti Nur. Bahu isterinya ditepuk perlahan. Siti Nur mengeliat sedikit sebelum mula mengangkat kepalanya. Matanya cuba dibuka perlahan.

"Kemas homework tu. Dah nak balik," arah Alif lalu keluar dari bilik persalinan itu. 

Siti Nur yang sedang masak untuk makan malam diperhatikan. Kenapa hati rasa tidak sedap hati sangat. Rasa macam tak puas tatap isterinya itu. Dia bangun dari duduknya sebelum berjalan ke arah Siti Nur. Tangannya melingkari pinggang isterinya. Erat sekali.

"Hish, orang nak masaklah. Duduklah diam-diam," Siti Nur cuba melepaskan pelukan itu.

"Tak nak. Rasa tak sedap hati lah. Like something wrong somewhere," kata Alif. Siti Nur mematikan api dapur gas. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Alif. Pipi Alif diusap lembut.

"There is no something wrong. Kalau tak sedap hati apa kata cuba doa pada Allah. Dia dapat sedapkan hati tu," kata Siti Nur lembut membuatkan pelukan dipinggangnya makin erat.

~///~

Alif memandang sekilas ke arah Diya yang dari tadi hanya diam. Sepatah haram tak keluar dari mulut kawan baiknya. Puan Subaya yang mengajar Sejarah di hadapan langsung tidak dipedulikan. Dia sibuk termenung sambil menulis lirik lagu pada buku kosong. Segala jadah lirik lagu ada. Dari Western ke Malay ke Korea dan sekarang Hindustan pula.

"Weyh, kau kenapa? Ada prob ke?" Tanya Alif berbisik. Diya hanya mengeluh lalu berhenti menulis lirik lagu.

"Nanti lah aku cerita. Out of mood," balas Diya lalu menyambung menulis lirik Chaa Bottle Vodka pada buku kosong. Alif hanya angkat kening. Macam besar masalahnya.

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now