Bab 37: Kenapa malu-malu ni?

11.9K 441 30
                                    

Gaiz! Nak tanya ni... sampai mana je korang punya bab 36? Ada quotes seperti biasa tak? Kalau tak ada, korng bleh baca blik Bab 36 sebelum bce bab ni, kay. Edited.


Alif membuka matanya perlahan-lahan. Terasa seluruh sendi badannya berdenyut-denyut. Dia menoleh ke arah kanan. Kelihatan tubuh Siti Nur yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya dengan mengiring menghadapnya. Iphone6s miliknya yang berada di tangan Siti Nur diraih. Sudah jam sembilan malam. Lama gila pengsan! Alif melihat wajahnya dari screen phone. Luka semua sudah dirawat. Mesti Siti Nur panggil doktor. Sekarang ni, dia kena solat. Alif perlahan-lahan untuk bangun. Seksanya!

"Alif, awak nak pergi mana ni?" Tanya Siti Nur apabila Alif yang cuba untuk bangun dari pembaringannya.

"Aku nak pergi bilik air. Aku nak solat," jawab Alif apabila dia sudah berjaya duduk lalu mencapai cermin matanya dan memakainya.

"Kejap, saya tolong," kata Siti Nur lalu mengikat rambutnya dengan cepat.

Siti Nur memapah Alif hingga ke bilik air. Sesekali Alif mengaduh kesakitan. Nek Sue yang berada di ruang tamu hanya diam tanpa memandang. Serba salah menuduh dan melempang Alif. Selepas mengambil wudu', Siti Nur kembali memapah Alif ke bilik. Usai sahaja Alif solat, Siti Nur membantu Alif naik ke atas katil pula.

"Terima kasih bantu aku. Tadi kau panggil doktor ke?" Tanya Alif lalu menanggalkan cermin matanya sebelum membaringkan dirinya.

"A'ah. Saya panggil doktor dari Putra Hospital sebab saya jumpa awak punya private patient card dalam purse awak," terang Siti Nur seraya menyelimutkan tubuh Alif.

"Bayar guna duit sapa?" Tanya Alif. Janganlah kata bayar guna duit malaon tak guna tu. Kalau malaon babun tu yang bayar, aku bayar dia sepuluh kali ganda siap hadiah babun sepuluh ekor.

"Guna duit awaklah. Nasib baik cukup cash. Tadi harga rawatan RM 250. Saya guna cash awak tadi," beritahu Siti Nur.

"Okey. Siti Nur, sakit-sakit ni rasa nak makan bubur daging. Kau pandai buat tak?" Pinta Alif dengan memberikan senyuman penuh harapan.

"Reti tu memang lah reti. Tapi, kalau tak ada daging, ayam boleh? Kalau tak ada ayam ikan bilis je lah," kata Siti Nur membuatkan Alif ketawa. Ikan bilis pun jadilah.

"Tak kisah lah. Bubur kosong makan dengan kicap pon aku telan," balas Alif membuatkan Siti Nur tersenyum.

Sesampai sahaja Siti Nur di dapur, kelihatan neneknya sedang minum teh dan biskut. Siti Nur terus mengeluarkan periuk kecil. Nek Sue memerhatikan saja Siti Nur dari mula memasak sehingga tacapan terakhir. 

"Bubur untuk siapa tu?" Tanya Nek Sue memberhentikan langkah Siti Nur.

"Untuk Alif," balas Siti Nur lalu meneruskan langkah menuju ke bilik Alif.

Sesampai sahaja di bilik Alif, kelihatan Alif sedang bercakap di dalam talian. Siti Nur meletakkan bubur di meja sebelum melabuhkan punggungnya di sisi Alif. Terpaksalah Siti Nur menunggu sehingga Alif habis bercakap dalam talian.

"Cakap dengan sapa?" Tanya Siti Nur apabila sahaja Alif mematikan talian lalu mencapai semangkuk bubur untuk disuapkan kepada Alif.

"Dengan producer magazine. Aku off lima hari. Tak akanlah dengan muka sopak ni aku nak pergi shooting. Lari semua fans aku," kata Alik bukan main lagi riak takaburnya.

"Eleh, tahu lah famous. Saya dah siapkan bubur daging as you request," kata Siti Nur lalu menyuakan sesudu bubur kepada Alif. Tanpa membuang masa, Alif terus ngap bubur itu. Hmm, sedapnya.

~///~

"Apa hubungan korang berdua ni?" Tanya Iwat untuk mendapatkan kepastian. Siti Nur memandang Iwat dengan wajah yang marah. 

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now