Bab 22: "Apa lagi lelaki tu buat?"

9.3K 519 10
                                    

"Sapa nak volunteer larian 100×4 bawah 15 dan atas 18 dan baton,line up infront of me now," Izzat memberikan arahannya.

Empat orang murid berdiri di hadapan Izzat. Berkerut dahi Izzat. Tak akan lah empat orang saja. Perlukan lima orang dan kenapa semua muka kelab olahraga?

"Yang lain tak nak cuba ke?" Tanya Izzat kepada ahli-ahli pasukan rumah biru yang lain.

"Selalunya Puan Saodah ambil dia orang ni saja. Malas katanya nak buat saingan," jawab Syuen Huey.

"No! From now on, saya tak nak ada ahli-ahli olahraga kecuali Diya. Eh, mana Diya?" Izzat memerhatikan sekeliling kelas.

"Macam biasalah, apply some sunblocks. Dia tu kulit cantik mana boleh ada cela sikit," kata Farhan. Okey, bunyi macam ada dengki sikit.

"Kenapa mesti Diya?" Tanya Syuen Huey tidak berpuas hati.

"Tak adalah, sekurangnya ini dapat menolong dia menguatkan stamina untuk olimpik akan datang," jawab Izzat temberang. Banyak lah kau punya kuatkan stamina. Kata saja lah yang sayang bini sudah. Sibuk putar belitkan.

"Whatever," kata Syuen Huey sambil mata dijulingkan ke atas.

"Alif, sini sekejap," pinta Izzat lalu melabuhkan punggungnya pada kerusi yang terletak di meja guru.

"Ya, ada apa sir Izzat?" Tanya Alif apabila dia betul-betul berada di depan cikgunya.

"Kenapa saya tengok macam dia orang tak berapa suka Diya?" Tanya Izzat berbisik kepada Alif.

"Diya ni tak berapa ramah. Diya kan banyak masalah, jadi dia orang tak berapa suka. Kawan Diya cuma saya dan Siti Nur sahaja. Diya memang tak rapat dengan orang lain selain kami. Tapi Diya ni boleh lah tahan hangat dalam kalangan junior," terang Alif tanpa percakapan nyah gi tu.

"Boleh pun kau cakap macam lelaki tulen," kata Izzat tersenyum sinis.

"Saya pernah katakansebenarnya saya ni lelaki tulen ," tutur Alif.

"Carikan Diya sekejap," arah Izzat kepada Alif. Alif tanpa membuang masa terus keluar dari kelas.

"Okey semua, beratur dekat track larian sekarang. Saya akan buat pemilihan," arah Izzat.

Macam biasa, ikutkan sahaja apa yang Izzat mahukan. Sapa nak lawan. Mati lah banyak rekod disiplin.

Izzat mengekori dari belakang. Setibanya di track larian, Izzat terus randomly sebut nama dalam buku kedatangan untuk mulakan larian pertama. Dia juga telah mengarahkan empat orang murid menjaga masa pada hujung track.

Selepas beberapa pusingan, Diya datang bersama Alif. Diya datang dengan menyandang beg sekolahnya sambil meratakan krim sunblock pada belakang tapak tangan.

"Asal lambat? Kan aku dah kata perjumpaan pukul berapa. Kenapa susah sangat nak ikut peraturan?" Kata Izzat cuba mengawal kemarahannya.

"Rules? I have no rules in my life. So, get loose with you rules," jawab Diya lalu berlalu ke arah tepi padang. Bengang Izzat dibutanya.

Diya mengeluarkan beg kasutnya dari beg sekolahnya. Kasut sekolah berjenama All Star itu ditukar kepada kasut sukan berjenama Diadora. Hoodie jenama Playboy di pakai dan dia memulakan beberapa aktiviti pemanasan badan.

Tipu lah kalau lelaki tak suka tengok dia bersenam. Dengan badan yang persis coach fitnessnya, membuatkan mata lelaki macam nak terkeluar. Nak kata seksi, lengkap menutup aurat. Tapi mata lelaki kan, sapa tahu. The most important is her 11 curve. Fuhlamak!

Mr. Artist ku ✔Where stories live. Discover now