Bab 43

103 6 0
                                    

         Sedar tidak sedar, kini tinggal seminggu sahaja lagi sebelum masuk sebulan mereka di Perak. Rasa macam sekejap sangat. Hari ni juga merupakan hari terakhir sebelum mereka lebih sibuk. Dimana esok, mereka akan mula terlibat dengan proses pemilihan sarjan baru bagi ahli yang baru masuk.

Sama seperti sebelum ini, dimana UTK dan VAT69 akan bergabung dalam semua event pemilihan.

"ARGHH MALAS GILA!" Ujar Arash dengan nada kuat sambil mengeliat.

"Apa je yang kau tak malas, Ash? Setiap masa mesti ada je malas tu." Kata Areez selamba. Sengaja nak menjentik kemarahan si Arash Daniel ni. Rasa tak tenang hidup dia kalau sehari tak ganggu jejaka itu.

"EIIIII KAU NI!!" Bentak Arash. Langkahnya terus dibuka. Dikejarnya Areez sehingga hilang terus daripada pandangan Aayaz dan Asyraaf.

Terus tergeleng perlahan kepala mereka berdua. Tak pernah sekali pun mereka rasa tenang tanpa perlu melihat perbalahan diantara klon upin dan ipin daripada UTK dan VAT69 itu. Areez sebagai upin manakala Arash sebagai ipin. Kadang tu, Asyraaf dan Aayaz pun boleh dikira sebagai kak Ros.

"Bilalah kita nak tenang tanpa dengar diorang bergaduh eh?" Tanya Aayaz senada. Penat!

Asyraaf hanya diam tanpa membalas. Dibiarkan sahaja pertanyaan itu berlalu pergi bersama tiupan angin yang dirasai saat ini.

"HA! Aku tahu dah!" Terkejut Asyraaf apabila Aayaz tiba-tiba menaikkan intonasi suaranya.

Sudahlah betul-betul tepi telinganya pula tu. Tangan kanan terus naik mengusap dadanya. Dimana detak jantungnya tidak seiring dan berterabur saat ini. Nasib dia tak melompat je tadi.

Asyraaf masih kekal dalam keadaan bisunya. Kening sebelah kirinya dijongket naik sebagai pertanyaan kepada Aayaz yang sedang tersenyum penuh bangga. Nampak yakin sangat dengan apa yang difikirkannya saat ini.

"Ok, macamni. Aku yakin sangat-sangat yang diorang akan berhenti sekejap tetapi dengan masa yang agak lama. Dengan satu cara ni je," jelas Aayaz tetapi tergantung. Dia tidak mahu terus memberitahu kerana dia ingin mendengar pertanyaan daripada sahabatnya itu dulu. Payah sangat nak buka mulut!

"So? Apa cara dia?" Tanya Asyraaf dengan penuh rasa ingin tahu. Mana tahu dengan cara itu boleh buatkan klon upin dan ipin tu diam sebentar. Boleh lah dia tenang meskipun sekejap nanti.

"Cara dia ialah kau kena mengamuk. Semua geng UTK dengan VAT69 takut bila kau mula mengamuk. Kau pandang kitorang dengan panahan tajam pun dah menggelabah tak tentu hala, inikan pula mengamuk. Mesti serik walaupun sekejap." Sambung Aayaz akan penjelasannya yang sengaja dibiarkan tergantung tadi.

Membulat mata Asyraaf saat mendengar penjelasan cara daripada Aayaz itu. Dia kena mengamuk? Apakah?! Tapi bila difikirkan balik, ada betulnya juga. Semua ahli UTK dan VAT69 termasuk Areez dan Arash takut bila dia mula mengamuk. Memang boleh dikatakan berbulan diorang jadi pendiam. Tak berani nak merapu.

"Takde cara lain ke?" Tanya Asyraaf ingin tahu selepas lama berdiam. Walaupun daripada awal tadi lagi Aayaz dah cakap hanya 'satu cara ni je'.

"Takde dan memang itu je cara yang ada. Boleh lah, Zeeq. Ala kau mengamuk je bila diorang dah melebih sangat. Ok?" Pujuk Aayaz dengan penuh rayuan. Hanya dengan cara ini saja dia boleh rasakan ketenangan walaupun sekejap.

"Hmmm...Tengoklah dulu." Balas Asyraaf, mengalah. Bersetuju kerana dia juga mahukan sedikit ketenagan walaupun sekejap.

"YEAY!" Sorak Aayaz penuh keterujaan. Dan sekali lagi membuatkan Asyraaf terkejut. Kalini siap dengan pakej melompat kecil daripada Asyraaf.


Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now