Bab 44

103 7 0
                                    

        "Kau dah kenapa Yaz? Muram ja aku tengok. Awal tadi ok ja." Tegur Asyraaf. Sedari tadi dia hanya diam memandang wajah sahabatnya itu.

"Aku tak tahulah, Zeeq. Tiba-tiba je rasa tak sedap hati sangat. Rasa risau sangat dekat Aila dengan parents dia. Hati aku ni berdebar lain macam je daripada tadi dengan fikiran aku yang penuh dengan mereka bertiga." Jelas Aayaz mengapa dia muram dan diam tanpa sebarang suara saat ini. Tangan kanannya naik menekap didada kirinya. Merasa detak jantung yang sedari tadi tidak selari.

"Perasaan kau je tu. Cuba fikir yang positif dan buang yang negatif walaupun susah. Perasaan akan menjadi tidak tenang jika kita terlalu fokus dan membiarkan fikiran negatif yang menguasai minda setiap waktu." Pujuk Asyraaf lembut. Tangan kanannya naik mengusap perlahan bahu kiri sahabatnya itu

"Zeeq..." panggil Aayaz lirih.

"Aku yakin diorang akan ok. Dah jom kita gerak pergi tengok dua ketul tu. Dah janji kan nak teman diorang kalau kita takde kerja? Nanti merajuk pula diorang tu." Ajak Asyraaf. Serentak itu dia bangun daripada kerusi.

"Ok, jom." Sahut Aayaz. Serentak itu dia bangun daripada duduknya lalu segera mengikuti Asyraaf sambil berbual kosong disepanjang perjalanan mereka.



Tok! Tok!

"Boleh mama masuk, sayang?" Tanya Puan Melati sekaligus meminta izin pada outeri tunggalnya itu.

"Masuklah, mama." Izin Naila. Tangan kanan naik mencabut earpod yang dipakai lalu diletakkan diatas meja bersebelahan katilnya.

"Sayang mama tengah buat apa ni?" Tanya Puan Melati lembut sebaik sahaja selamat melabuhkan punggung disisi katil Naila. Tangan kanan terus naik mengusap lembut tangan kiri si anak.

"Aila tengah dengar lagu yang abang Zayy nyanyikan." Beritahu Naila jujur.

"Hero ada cover lagu ke? Bila?" Tanya Puan Melati penuh teruja. Tak sangka yang bakal menantunya itu boleh menyanyi juga.

"Haah. Sejak minggu lepas lagi, abang Zayy send lagu yang dia cover dekat Aila. Dia takut Aila rindu jadi dia send lah lagu bila dia sempat record. Dia tak dapat nak send gambar sebab Aila kan dah buta, tak nampak." Jelas Naila dengan nada ceria dan teruja.

Lantas itu, satu senyuman bahagia terukir dibibir Puan Melati. Matanya merenung tidak lepas wajah suci milik puteri tunggalnya itu. Jelas kelihatan riak bahagia terpancar diwajah gadis itu. Jadi memang tidak salah mereka suami isteri membuat keputusan untuk melepaskan puteri tunggal mereka pada jejaka itu.

Aayaz anak yang sangat baik. Dia sanggup berkorban segalanya demi Naila. Aayaz Zayyan memang benar-benar mencintai Naila Ayana. Mereka memang betul-betul jodoh yang telah ditakdirkan.

"Besar pengorbanan hero untuk sayang mama ni. Tak kahwin lagi tapi dah macam-macam pengorbanan dah dia buat supaya sayang mama bahagia. Kalau dah kahwin nanti mesti lagi banyak dan besar pengorbanan dia. Mama bahagia tengok anak mama dah jumpa kebahagiaan dia." Ujar Puan Melati penuh bahagia. Tangan kanan yang awalnya mengusap lembut tangan kiri si anak kini berubah ke rambut gadis itu pula. Diusap lembut disitu pula.

"Along ada cakap, 'Seorang lelaki akan rela melakukan apa sahaja dengan ikhlas jika perempuan itu tujuan dan pemilik hatinya.' Dan Aila yakin yang abang Zayy adalah salah satunya. Semua ahli Hell's Killer, seorang lelaki yang baik. Diorang berempat setia dan ikhlas dengan pemilik hati mereka. Tak pernah pukul perempuan walaupun mereka jenis bersifat kasar disebabkan kesan daripada pekerjaan yang dilakukan." Ujar Naila penuh yakin. Dia sangat yakin dan percaya dengan keempat-empat ahli Hell's Killer itu. Percaya yang mereka adalah lelaki baik, setia dan sempurna dalam senarai idaman wanita.

"Betul apa yang sayang mama cakap. Termasuk Deen dan Ash yang banyak tingkah tu." Setuju Puan Melati dengan apa yang dikatakan anaknya itu. Areez dan Arash juga seorang anak yang baik seperti Asyraaf dan Aayaz cuma mereka berdua jenis suka bertingkah banyak. Sampai naik pening dibuat mereka.

Terletus terus tawa ibu dan anak itu selepas mereka mula mengimbas kembali kerandoman dua jejaka itu.

"Mama rasa lega nak lepas sayang mama ni dekat hero. Dah tak rasa risau dan takut kalau perlu tinggalkan anak ni mama sendirian. Mama yakin hero akan jaga sayang mama dengan baik." Terhenti terus tawa Naila saat mendengar apa yang dikatakan oleh mamanya itu. Jelas kedengaran lain dan dia benar-benar tidak suka.

"Mama..." panggil Naila lirih bersama esakan yang mula kedengaran.

"Shushh, sorry...Mama minta maaf sebab buat sayang mama sedih." Pujuk Puan Melati. Air matanya juga mengalir secara tiba-tiba tanpa dia ketahui sebabnya.

Mereka berdua berpelukan erat bagi melepas kesedihan yang dirasai saat ini.



"Mama ada nak cakap apa-apa ke yang masuk bilik Aila ni?" Tanya Naila ingin tahu selepas tangisan mereka berdua terhenti. Jarang mamanya hendak masuk ke biliknya jika bukan pada waktu makan dan juga waktu keluarga kecuali jika ada perkara penting.

"Allah, lupa pula mama." Tangan kanan yang berada dikepala si anak terus naik menepuk dahinya sendiri. Lupa dah tujuan dia datang kesini.

"Takpe mama. It's ok." Pujuk Naila. Tangannya terus naik mengusap lembut lengan si ibu.

"Mama datang ni sebab nak tanya sayang mama. Sayang mama ni nak ikut tak pergi jalan-jalan esok? Ambil angin." Tanya Puan Melati ingin tahu.

"Papa ada meeting dekat luar ke?" Tanya Naila kembali tanpa menjawab akan pertanyaan mamanya itu.

"Haah. Kalini papa yang kena handle meeting sebab bulan lepas papa Adhaa dah handlekan. Diorang kan bertukar-tukar jadual handle meeting." Balas Puan Melati sekaligus menjelaskan kenapa suaminya perlu hadiri meeting pada bulan ini.

"Ohh,"

"So, sayang mama nak ikut tak? Mana tahu sayang mama ni ada rasa nak pergi mana-mana ke?" Tanya Puan Melati sekali lagi. Inginkan kepastian.

"Tak kot, mama. Aila rasa nak rest je kat rumah." Balas Naila sekaligus menolak ajakkan mamanya itu.

"Ok. Kalau macamtu mama pergi dengan papa jelah," muktamad Puan Melati selepas anaknya membuat keputusan. Serentak itu dia bangun daripada duduknya.

"Mama keluar dulu ye? Sayang mama sambunglah dengar hero nyanyi, ok?" Terus dilabuhkan satu kucupan hangat diubun-ubun puteri tunggalnya lama sebelum berlalu pergi.

Terkebil-kebil Naila dengan tindakan mamanya yang jelas nampak berbeza daripada sebelum ini. Kalau dulu selalu paksa dia bila nak keluar pergi mana-mana. Tapi kalini tidak, dah tak paksa dia. Setuju je dengan permintaan dia tanpa sebarang bantahan.

Disebabkan malas nak ambil pusing dan berfikiran negatif, Naila segera mencapai kembali earpodnya lalu dipasang ditelinga. Lagu-lagu yang dinyanyikan semula oleh Aayaz terus berputar mengikut kedudukannya dalam playlist.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now